Empayer Hatiku

Thursday, June 29, 2006

Anak ku...

Tak sangka dlm usiaku yg masih muda, anakku sudah bergelar " anak dara". Prasaanku bercampur aduk, takut bila fikirkan anak perempuanku sudah meningkat remaja. Byk perhatian yg perlu diberikan, supaya mereka tidak lalai dan tidak mudah terpengaruh dgn gejala sosial . Mujur sebelum ini aku sudah memberi sedikit tips2 tentang akil baligh.
Dia nampak muram dan gusar, mungkin juga belum bersedia menghadapi perubahan dlm dirinya.
Nampaknya aku perlu luangkan lebih byk masa utk bersamanya dan membimbingnya menjadi gadis yg baik. Semoga aku akan berjaya menjalankan tugas ku sebagai ibu yg baik. Besar harapan agar anakku akan menjadi anak yg soleha. Jika dia tidak pandai dlm duniawi, aku harap dia akan lebih cenderung ke arah ukhrawi. Aku percaya asas ugama amat penting utk anak2 yg baru meningkat remaja. Dgn berbekalkan ilmu Allah didada, ia seolah2 akan menjadi benteng utk seseorang itu menjauhkan diri dari melakukan kemungkaran. Smoga kluarga ku dilindungi oleh Allah dan dijauhkan dari balak dan malapetaka. Ya Allah perkenankan lah doa hamba mu ini....
posted by Nona at 2:22 PM 0 comments

Wednesday, June 28, 2006

Mobile phone

Tadi aku hantar talipon ke Nokia service ctr. Sedih bila mereka kata hp aku dah tak boleh di baiki lagi kecuali aku tukar mother board dan speaker baru. Tapi aku harus bayar $586, sama mcm talipon baru. Giler, talipon tu baru 3 bulan, tak kan nak beli yg baru. Aku ni bukanlah cap duit. Talipon tu pun aku beli hasil dari wang bonus yg aku simpan. Ini smua gara2 suamiku yg campakkan talipon ku semasa kami bergaduh kelmarin. Sampai hati betul. Bila aku beritahunya, dia hanya diam membisu. Sedih betul.
posted by Nona at 4:07 PM 0 comments

Luv

posted by Nona at 9:43 AM 0 comments

Tuesday, June 27, 2006

Cinta

posted by Nona at 8:48 AM 0 comments

Wanita

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikanseorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."
posted by Nona at 8:18 AM 0 comments

Monday, June 26, 2006

Buku baru

Suamiku meminta agar kami tidak lagi mengungkit sejarah silam. Dia mengaku bersalah sehingga terjadi nya keretakan rumahtangga kami. Dia minta maaf atas segala kesilapannya dan dlm nada yg rendah pinta diberi peluang utk berubah. Dia ingin membuka buku baru dlm kehidupan kami. Dia ingin tutup buku lama .
Aku menangis di ganggang talipon, sayup mendengar kata2nya. Aku harap benar dia akan kotakan apa yg dia nyatakan. Namun aku katakan padanya bahawasanya aku tidak pernah akan memaafkan betina itu. Kerana dia lah rumahtangga kita hancur.
"Mcm mana baik pun dia, pada pandangan mata U, I tetap dgn pendirian I, mengatakan dia betina yg jahat. Kerana wanita yg baik tidak akan berlaku curang dibelakang suami. Wanita yg kuat imannya akan tetap teguh disisi suami walau sehebat mana pun godaan yg diterima. Mudah utk dia mohon maaf tapi I tidak akan pernah memaafkan. Dan I tidak akan semudah itu dapat melupakan smua kejadian yg telah berlaku. I can forgive but I will never forget. I akan bawa smua kenangan pahit ini sampai I mati. Setiap kata2 dari U yg amat memedihkan hati , tidak akan I lupakan. Kekata 'she is wonderful' yg U berikan pada betina itu akan sentiasa terpahat dihati I. Tidak ada isteri yg akan dapat menerima jika suami memuji wanita lain. Mata U seolah2 ditutup oleh syaitan sehingga tidak dapat mengenal antara intan dan permata. U menganggap dia baik walaupun dia telah menduakan suaminya? I yg selama ini sedaya mungkin menjadi isteri yg terbaik tidak dihargai oleh U. Susah U susah lah I. Tak pernah I berniat meninggalkan U ketika U menghadapi masaalah kewangan 2 tahun dulu. Malah I carik jalan menyelesaikannya bersama. Tak cukup kah lagi smua yg telah I lakukan utk U? U cariklah wanita yg lain tetap akan setia bila dapat tau yg suaminya curang. Kebyk kannya smua akan kluar rumah minta diceraikan. Hanya I ni lah pompuan bodoh yg sudah bertahun menangis , memendam rasa, masih lagi tetap berdiri teguh diblakang U. I ketepikan EGO I yg besar hanya kerana anak2. Merekalah yg membuat I kuat dlm mengharungi hidup yg lesu dan gelap bersama U. Tanpa mereka I sudah lama pergi dari hidup U seperti mana terjadi pada kakak I. Bodohkah I? Atau adakah ini dinamakan cinta sejati. Atau inikah yg dinamakan pengorbanan dlm rumahtangga. Jawapan tiada disisi I. Yang pasti I hanya ingin mendapatkan rahmat dari Allah. Biarlah I bodoh dan hina di mata orang sekeliling kerana masih ingin mengutip sisa2 kasih sayang dari U. Asalkan I tidak dipandang hina oleh yang Maha Esa. Kekuatan I dlm mendalami Islam telah membuat I menjadi seorang yg kuat dlm smua aspek kehidupan. U doakan lah agar I tetap terus teguh berdiri meneruskan kehidupan dgn U. Smoga Allah akan merahmati rumahtangga kita ... Pa!" lalu aku letakkan ganggang talipon sambil terisak2. Office mate yg berada disekeliling smua memerhati ....
posted by Nona at 5:23 PM 0 comments

Fitnah semata

Aku cuba hubungi nombor2 yg diberi suamiku yg appear on tt bitch hp. All those numbers belongs to chinese staff. Tak mustahil smua ini adalah rekaan semata dari betina itu. Tapi suamiku seboleh2nya mempertahankan yg betina itu juga tidak berbohong. Suamiku slalu berfikiran yg aku sudah gemparkan cerita ttg kecurangannya pada smua office mate aku. Giler ke? Knapa harus aku menyebarkan keaiban seorang lelaki yg masih menjadi suamiku? Tidakkah itu hanya akan memalukan aku sendiri. Sudah pasti orang akan katakan yg aku nie tak pandai jaga suami sehingga terjadinya kecurangan. Aku rasa aku masih waras utk membezakan antara baik dan buruk.
B'mana mungkin harus aku membiarkan orang lain terus terusan memfitnah/memburukkan diri ini. Aku harus carik jalan membersihkan namaku yg telah busuk. Aku cuba mencari data si penghantar sms yg slalu berikan aku informasi2 ttg suamiku. Namun apa yg aku dapat adalah nombor itu menggunakan pre-paid card. Sungguh bijak mereka memainkan peranan. Dah ku duga, no itu adalah dari pre-paid card. Kerana itu setiap kali aku membuat panggilan, tak pernah dijawab. Kiranya no itu hanya itu menghantar sms berbaur fitnah atau sengaja utk melagakan aku suami isteri.
Aku ada memikirkan utk buat polis report. Tapi apa yg aku tau, polis tidak akan memberikan keterangan si pemegang hp itu. Polis hanya boleh bertindak dgn memberi warning agar orang itu berhenti dari mengganggu. Itu saja. Apa yg aku inginkan ialah mengetuhui siapakah dalang di sebalik smua ini.
posted by Nona at 12:23 PM 0 comments

Sunday, June 25, 2006

Prasaan

Pagi tadi suamiku berlagak seperti tiada apa yg berlaku. Sambil mengusap tanganku, dia mengajak aku dan anak2 bersarapan di luar . Aku mengiyakan saja, tapi lebih byk mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Dia yg byk berbual dgn anak2 dan melayan mereka makan.
Kami kemudian mengambil bas utk ke destinasi seterusnya. Bila kami turun di destinasi, hujan mula menampakkan diri. Aku menghulurkan payung utk anak2 . Biarlah mereka saja yg menutupi kepala supaya tidak demam. Biarlah aku dan suami berentas jln dlm hujan. Seperti mana aku dapat menahan hujan dlm hatiku, begitu juga aku harus meredas hujan dlm alam realiti. Aku tidak akan jadikan hujan 1 faktor utk aku berpaling dari meneruskan perjalananku. Ia tidak boleh dijadikan sebagai penghalang dlm meneruskan destinasi. Hujan hanyalah butir2 air. Lama kelamaan ia akan kering ditiup angin lalu.
Suamiku, memaut dan memegang erat tanganku. Aku terpaku. Dia memandangku, tapi aku tidak langsung menoleh padanya. Aku mempunyai reaksi yg berbelah bagi. Sayang, marah dan sedikit kesal. Tapi yg pasti aku masih menyayanginya. Aku pasti!
posted by Nona at 6:37 PM 0 comments

Janji suami

Aku solat hajat. Aku berdoa smoga Allah cekalkan hatiku dan memohon agar diberi petunjuk pada suamiku bahawasanya aku berkata benar. Aku memohon Allah bukakan pintu hatinya utk melupakan betina itu. Aku memohon agar dipulihkan rumah tanggaku. Aku memohon agar ditetapkan keimanan suamiku. Aku bermohon agar aku dijauhkan dari FITNAH, balak dan malapetaka.
Suami masih menunggu utk makan bersama mutton chop yg dibelinya. Kami slalu berkongsi makan bersama. Tapi hari ini tekak ku kembang nak mengadap makan bersama walau perutku berbunyi tanda lapar. Lebih baik aku makan maggie. Namun maggie itu pun aku tak lalu makan. Aku pintal2 mee itu sambil fikiran jauh melayang.
Suamiku yg sedari tadi menonton tv, dtg mengajak ku masuk tidur. Aku hanya mendiamkan diri. Dia memegang bahuku. Dia berkata dlm nada perlahan. "I will forget her. I will leave her. And listen here, I would never leave u!". Lalu dia berlalu pergi meninggalkan aku di meja dapur dgn linangan air mata yg bertambah deras. Dlm hati berkata " Pastikah kau boleh melupakannya? ".....Wallahuallam bisawab!

*Amazing, aku tak ngantuk langsung. Aku masuk tidur jam 3.15 a.m.
posted by Nona at 1:00 AM 0 comments

Saturday, June 24, 2006

Biarkan

Haruskah aku percaya pada SMS layang itu? Atau haruskah aku percaya yg semua ini adalah fitnah semata? Suamiku mempertahankan yg dia tidak berjumpa dgn betina itu lagi. Tapi mengaku ada berhubungan dlm talipon hanya "once in a blue moon". Aku pasti betina itu hanya mengambil peluang utk mengadu perkara yg tidak pernah wujud. Mungkin dia hanya mengada2 kan cerita agar dia masih boleh berhubungan dgn suamiku.
Aku tahu dia pembohong. Dulu pernah dia talipon aku di tempat kerja dan ceritakan mcm2 ttg suamiku, tapi dgn suamiku, dia berani bersumpah yg dia tidak membuat panggilan itu. Walhal suaranya mmg aku kenal dan cam. Dari situ aku tau yg dia nie mmg pelakon terbaik. Hipokrit ! Sebiji mcm FIFI dlm sinetron DIA. Mungkin juga dia byk mengambil tips2 utk bermuka2 dari sinetron itu. Tapi apa nak buat, suamiku sudah termakan kata2 manisnya. Malah mempercayai sumpah yg dibuat olehnya. Biarkan....biarkan....Allah Maha Mengetahui. Kalau dia benar dia pembohong, satu hari sumpah itu akan memakan dirinya. Bagi diriku, aku mmg berkata benar dan kerana itu aku berani bersumpah depan Al-Quran .
Mungkin juga suamiku ada menghubunginya siang tadi utk putuskan hubungan. Kerana itu pada jam 11 malam tadi, betina itu menghantar sms padaku. Tapi yg menyakitkan hati, dia menulis meminta aku berhenti mengganggu nya. Kata2 yg seolah2 aku lah yg selama ini menganggu hidupnya. Tapi tak pe, aku bersabar. Aku tak mudah melatah dan kerana itu aku tidak membalas sms itu mahupun menjawab setiap panggilan talipon yg tertera namanya. Biarkan dia jadi seperti cacing kepanasan, melayan prasaan sendiri. Tulis lah apa saja yg dia mahu, sendiri tulis sendiri baca. Biarkan dia geram yg aku tidak melayannya. Aku tidak akan melayan panggilan2 itu. Nanti blakang hari dia buat cerita yg lain pulak. Atau mungkin nanti dia edit sms yg aku balas. Orang mcm dia tidak boleh percaya. Putar belit.
Selama ini pun aku tidak memberitahu suamiku yg aku terima panggilan2 dari nya. Kerana aku tidak mahu bergaduh. Dan kalau pun aku ceritakan, suamiku tidak percaya. So why should I waste my saliva. Biarkan...biarkan.....Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Hanya Allah yg tahu hati inti dlm kalbuku.....
posted by Nona at 11:45 PM 0 comments

SMS

Selepas sarapan, sedang aku berbual dgn kakakku, aku dikejutkan oleh bunyi sms. Sms yg aku terima - "That bitch is with ur hubby last night !". Ya Tuhan sakitnya hatiku. Smalam mmg dia pulang lewat kerana perlu mengambil ketuanya jam 11 mlm. Walaupun aku hanya separuh percaya tetapi aku hanya mendiamkan diri.
Aku cuba hubungi suami dan bertanya dgn baik, namun dia tidak mengaku. Dia menyuruh aku supaya jgn terlalu percayakan kata2 orang. Tak habis2 aku difitnah. Dulu dia tanya sama ada aku ada upah orang supaya pukul betina tu la. Sama ada aku ada hantar sms maki hamun betina itu la. Hari ni pulak, dia kata betina tu ada terima panggilan dari office aku bertalu2 dan meninggalkan pesan utk return call. Bila betina tu call, katanya tak ada orang jawab. Mana lah aku ada masa nak ganggu orang. Lagipun teman sekerja sentiasa disekeliling. On off ada je teman2 yg datang ke meja. Mmg bukan mudah nak berbual secara privacy di dlm pejabat. Tapi apa kan daya, payah betul nak buat suamiku percaya! Aku bukan sejahat itu, aku tidak pernah ganggu kebahagiaan orang lain, tidak ada manfaatnya.Wahai suamiku, aku cukup dewasa dan cukup waras utk tidak melakukan kerja2 yg bodoh. Memaki hamun orang lain hanya akan menambahkah lagi dosa2 ku. Setiap hari aku doa pada Allah utk lucutkan segala dosa2 silamku, knapa pulak aku harus menambahkan lagi dosa2 baru dgn sewenang2nya? Dosa lama blum tentu dapat dimansuhkan lagi....inikan pula dosa lama.
Ya Allah, hebatnya dugaan mu , bagai tidak tertanggung lagi rasanya. B'mana dapat aku membuat suamiku percaya bahawasanya aku tidak pernah hubungi atau hantar sms pada betina tu lagi. Aku tak perlu nak serang atau kutuk dia . Kalau aku nak buat jahat, dari awal dulu aku boleh buat begitu, tapi aku rasa tak perlu. Kalau pompuan yg faham bahasa, sekali ckp dia akan faham. Ini tidak, dia terusan2 masih lagi nak hubungi suamiku. Apa motifnya?
Ya Allah namun aku tetap redha, mungkin ada hikmah disembunyi....
posted by Nona at 3:24 PM 0 comments

Wednesday, June 21, 2006

Doaku

Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.
posted by Nona at 2:08 PM 0 comments

Tuesday, June 20, 2006

Siapakah

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah oranmg yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illahi rajiuun. Lalu sambil berkata, Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara? Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.
Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekua tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakh orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaiakn.
Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujanamata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit? Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.Siapa?
posted by Nona at 2:16 PM 0 comments

Sunday, June 18, 2006

Renungkanlah ...

Jika kamu merasa letih didalam kebaikan, sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal...
Dan sekiranya kamu merasa seronok melakukan dosa, sesunggguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal...
posted by Nona at 11:29 AM 0 comments

Saturday, June 17, 2006

SYURGA RUMAH TANGGA

Syurga rumahtangga itu fitrah hati. Naluri semulajadi yang pinta diisi. Kerananya jejaka rela menjadi suami. Kerananya perawan rela menjadi isteri. Masing-masing dengan harapan agar rumahtangga membawa kebahagiaan. Matlamat yang satu tapi jalannya berliku. Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza. Lalu bermacamlah jalan ke sana.Ada yang mengatakan, bahagia itu pada harta. Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan). Tidak kurang merasakan, bahagia itu pada rupa... Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity). Ramai juga yang merasakan, bahagia itu pada kuasa. Dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan). Pelbagai jalan menimbulkan dilema. Mencari yang benar mempelai tersasar.
Kalaulah bahagia itu pada harta. Kalaulah bahagia itu pada nama. Kalaulah bahagia itu pada rupa. Kalaulah bahagia itu pada kuasa. Kenapa Charles dan Diana berpisah? Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah? Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah? Bahagia itu dari dalam hati. Kesannya zahir rupanya maknawi. Terpendam bagai permata dalam hati. Terbenam bagai mutiara disalut nurani.
Bahagia itu pada HATI. Bertakhta di kerajaan diri. Bahagia itu pada JIWA. Mahkota di singgahsana rasa. Bahagia itu KESABARAN. Bila susah tak gelisah. Bila miskin tak pemarah. Bila gagal tidak resah.Oh, suamiku,inalillah..... Hakikatnya bahagia itu ketenangan. Bila hati mengingati tuhan.
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman. Tuluskan niat luruskan matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi', 'isteriku, kaulah permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah. Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan. Iman itu tujuan. Syariat itu jalan. Tempat merujuk segala permasalahan. Tempat mencari semua penyelesaian.- isteriku, taatilah hukum Allah.....- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah S.A.W. Binalah hidup di neraca maaruf. Rumah jadi sambungan madrasah..... Seninya kerana solat..... Indahnya oleh munajat. Tapaknya ....iman. Jalannya ....syariat. Natijahnya.....akhlak.Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah.
posted by Nona at 2:04 PM 0 comments

Friday, June 16, 2006

Selalunya

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan ianya hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…


Y eh....
posted by Nona at 2:10 PM 0 comments

Thursday, June 15, 2006

Rahsia

~Rahsia Wanita~

- Wanita suka digoda.
-Wanita mengambil masa untuk dirangsang, bermula dengan otaknya dulu sebagai persediaan awal untuk menjalin hubungan intim.
- Wanita tidak suka diancam dengan kehadiran wanita lain.
- Wanita suka dihargai dan diberikan perhatian.
- Wanita gemar bercerita termasuk mengenai hal remeh temeh.

~Rahsia Lelaki~

- Hubungan intim amat penting bagi lelaki.
- Rasa bangga apabila dipuji seolah-seolah merasakan telah melakukan sesuatu yang hebat.
- Lelaki gemarkan isteri yang ada sifat kelakar.
- Lelaki suka menikmati sifat kewanitaan seorang isteri, jadi jangan terlalu kasar dengannya.
- Lelaki sukakan wanita yang cekap.
posted by Nona at 12:31 PM 0 comments

Wednesday, June 14, 2006

Karam (Zabarjad)

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu Di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...
posted by Nona at 8:24 AM 0 comments

Tuesday, June 13, 2006

Maaf

Maaf? Perkataan itu memang mudah dilafazkan tetapi amat sukar dilafazkan dengan hati yang ikhlas. Setelah berasa sakit hati kerana dibohongi, setelah rasa sakit hati kerana dikhianati, sesiapa sahaja pun tidak berasa mudah untuk memaafkan. Dalam bahasa Arab, maaf diungkapkan dengan kata al-'afwu. Kata al-'afwu, bererti terhapus atau menghapus. Jadi, memaafkan membawa pengertian menghapus luka atau bekas-bekas luka yang terdapat dalam hati.
Allah S.W.T telah berfirman, ''Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang baik, serta berpalinglah dari orang yang bodoh.''
Sikap pemaaf dikatakan jauh lebih baik dari sedekah yang diberikan dengan diiringi ucapan atau sikap yang menyakitkan bagi orang yang menerimanya seperti ALLAH S.W.T berfirman, ''Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun.''
Seorang Muslim bukan hanya dituntut memberikan maaf. Ia juga diperintahkan berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah kepadanya. Mereka yang mampu berbuat demikian mendapat kedudukan tinggi, pujian dan pahala yang baik daripada Allah SWT. Firman Allah SWT, ''Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) ALLAH. Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang-orang yang zalim.'' (QS 42: 40).
Walau bukan mudah kita manusia yang lemah ini mahu memberi maaf, tetapi kemaafan walaupun terlalu sukar dan payah adalah sesuatu yang terlalu indah. Indah bukan sahaja dari segi ganjaran yang telah dijanjikan ALLAH, tetapi indah kerana hati yang bersih dan mudah memaafkan. Sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah.


....teringat aku akan kata2 ku pada suami beberapa bulan dulu. "Jika I ditakdirkan mati esok hari, I tak kan maafkan apa U". Ketika itu aku terlalu marah. Namun siapalah aku utk menghukumnya.
posted by Nona at 12:17 PM 0 comments

Monday, June 12, 2006

Hp rosak

Aku hantar sms pada hubby nyatakan yg hp aku dah tak berbunyi lagi. Hanya ada vibrator je. Thanks to him yg telah menjahamkan hp aku yg baru beberapa bulan diganti. Hp itu hasil dari titik peluhku sendiri. Kerana nafsu amarahnya, dia mencampakkan hp aku tanpa ada rasa bersalah. Jwbnya, ok lah tu dari tak berbunyi langsung. Ya, ok pada ku kerana hp bagiku bukanlah benda penting dlm hidup ku. Kalau lah hp dia yg rosak, maka pincanglah hidupnya tak dapat hubungi smua skandal2 nya.
Dia tak jwb , sekadar membiarkan aku terus-terusan bercakap sendiri. Kataku lagi, mungkin dah tak ada zest dlm hubungan kami. Mungkin dia dah bosan melihat wanita yg sama setiap hari selama hampir 12 tahun. Mungkin juga dia ingat dia masih segak dan masih boleh pikat pompuan muda. Tapi dia terlupa yg rambut hitamnya sudah mula memutih. Terlupa akan rahmat yg telah diberi Tuhan selama ini membuat seseorang itu mudah lupa diri. Ya Allah kau tetapkan lah iman didada suamiku. Jauhkan lah dia dari kemungkaran ......
posted by Nona at 5:35 PM 0 comments

Sunday, June 11, 2006

Berjauh Hati

Hari ni nak tak nak mesti pegi supermarket. Pampers dan barang2 dapur smua dah kehabisan stok. Nak ajak suami kluar rasa mcm terpaksa. Tak ceria seperti slalu. Bila berjalan, aku berjauhan sedikit dari suamiku. Aku rasa janggal nak pegang tangannya. Aku takut nanti dia akan merasa malu berjalan berpimpin tangan dgn isteri yg bertudung. Mungkin juga minatnya lebih pada wanita yg tidak bertudung. Lebih kelihatan stylish dan open minded.
Namun walaupun aku bertudung, aku masih kelihatan bergaya. Bukan jenis berbaju kurung setiap masa. Tudung, bag dan kasut selalu nya warna sepadan. Tak lah mcm makcik2. Kadang aku tak faham hati lelaki. Ntah apa keinginan mereka yg sebenarnya. Sepatutnya dia bersyukur punya isteri yg tanpa perlu diajar, dgn sendiri menutup aurat. Kalau tidak dia juga yg akan tanggung dosa2 isterinya.
Bila kami berjalan atau dalam kenderaan, aku byk berdiam diri. Tidak seperti slalu, aku seperti tidak ada topik utk berbual. Aku terasa seperti jauh darinya. Semakin jauh hati. Walau hati ni masih amat sayang padanya. Tapi aku amat terguris dgn perbuatannya. Dia seperti tidak menghargai ketulusan hati ku. Mungkinkah dia curang kerana aku sudah tidak kelihatan menarik lagi? Usiaku blum 40 tahun, dia sudah cari lain, kalau lah nanti rambutku dah beruban dan mukaku dah berkedut seribu, sudah pasti sekali lagi dia akan mempunyai skandal yg baru. Pada ketika itu nanti, aku dah tak berdaya nak menahan kehendaknya, biarlah aku pertingkatkan amalan ku. Dan pada usia sebegitu, biarlah anak2 saja yg mendampingiku .....
Pergilah jika ia akan membahagiakan mu.....
posted by Nona at 1:59 PM 0 comments

Thursday, June 08, 2006

Panggilan t/malam

Pagi ini aku nampak ada panggilan dari pompuan sundal tu pada jam 11.48 malam. Entah apa lagi yg dia inginkan. Tak habis2 nak ganggu rumahtangga aku. Kalau jenis pompuan baik tak kan talipon hp orang tgh2 malam. Tak cukup dgn itu, pagi dan tgh hari ini pun berturut2 dia talipon hp aku. Aku yg sedang berkursus, jadi geram . Namun aku sabar, tak guna aku jwb dan bercakap dgn pompuan jalang. Lebih baik aku mendiamkan diri, biar dia yg rasa tak karuan. Kalau aku ckp dgn suami mati balik hidup dia tak percaya. Padanya pompuan itu cukup baik dan jujur. Dia tidak faham perangai pompuan. Baginya aku yg suka buat cerita. Jadi biarlah aku pendam saja prasaan ku. Biarlah Tuhan saja yg mengetahui apa yg tersirat dan tersurat. Biarlah aku jahat pada pandangan suamiku, asalkan aku tidak hina di mata Allah. Aku ingin menjadi seorang mukmin yg beriman. Semoga suatu hari suamiku akan tahu yg aku tidak pernah menggangu atau memaki hamun pompuan itu. Aku tidak pernah menghantar SMS yg bukan2. Aku juga tidak pernah mengugut orang. Apatah lagi mengupah orang utk memukul dia. Sejahat aku, aku masih ada maruah seorang wanita Islam.
Senjata ku hanya doa. Bila berdoa aku terasa dekat pada Allah. Biarlah aku merayu, bercakap dan memohon dlm sendu. Biarlah aku memohon beribu2 kali pada Allah tanpa suara. Aku pasti Allah dgr rayuanku. Kalau aku merayu dan meluahkan prasaan pada suamiku, dia tidak akan pernah memahami kata hatiku. Biarlah Allah saja yg memberi petunjuk pada mereka2 yg berhati syaitan .....
posted by Nona at 3:25 PM 0 comments

Monday, June 05, 2006

Tuhan menyayangi ku

Pagi ni bila nak kluar keje, bajuku tersangkut kat handle gate. Rasa tak sedap hati. Tapi aku tawakal dan byk berzikir dlm hati. Bila sampai di tempat keje, semasa aku hendak lintas jalan. sbuah teksi laju berlalu di blakangku. Berdegup jantungku, aku hanya cepat setapak. Kalau lah aku lambat setapak, ntah apa kan terjadi agaknya. Mungkin teksi tu tak nampak kerana aku dilindungi oleh sebuah bas di sebelahku. Aku terdiam sejenak. Sejuk kaki tangan ku.
Aku beritau suami, Allah masih sayangkan ku. Kalau tidak dia dah jadi duda. Pasti dia bahagia, boleh lah dia kahwin lagi. Kalau tidak pun, dgn ketiadaan ku boleh lah dia teruskan skandal dgn bini orang tu tanpa ada yg menghalang. Mungkin juga dia menanti saat aku hilang dari pandangannya....
Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang.....
posted by Nona at 10:38 PM 0 comments

Sunday, June 04, 2006

Derita mengundang bahagia

Kisah ini adalah kisah benar dan berlaku di sebuah kampung yang terletak di sebuah daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang begitu hebat sekali.
Segala-galanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya harmoni dan aman damai. Tetapi sejak kelahiran anak sulungnya, suaminya mula berubah sikap. Dia menjadi seorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, akan dipukul dan disepak terajang tanpa rasa belas kasihan sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.
Akhirnya kerana tak sampai hati melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulang ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia menyetujuinya.
Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga pembengis dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.
Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun hanger baju. tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Tetapi dia sendiri pun takut untuk mengadu pada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia tak berani lagi mengadu pada siapa pun.
Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk-redam. Pasti Allah tidak sezalim itu membiarkannya begitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berpoya-poya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah swt. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.
Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dipertemukan dengan suami yang pembengis? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya). Wahai isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.
Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama: Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.
Setelah ilmu dipelajari, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya; buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya sepertimana yang dipelajarinya.
Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun masih tidak berubah perangainya. Dia masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini. kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.
Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.”
“Biarlah dia buat begitu. Diakan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.”
Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kamu menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.
Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.”
Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa seperti Siti Asiah; sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan anda wahai wanita yang bergelar isteri-isteri? Apakah suami anda sezalim itu? Jika tidak, anda masih bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula sebaliknya, merungut-rungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami. Andainya demikian, isteri itu pula yang menzalimi suaminya……. Maaf, bukan saya hendak merendah-rendahkan wanita.
posted by Nona at 7:35 PM 0 comments

Lesu

Balik dari jemputan teman skolahku, aku rasa nak pitam. Jantungku bergerak laju, tangan ku mengeletar dan sejuk. Mungkin juga kerana perut ku kosong sejak pagi tadi. Sejak beberapa hari lalu aku mmg tidak ada selera langsung. Termenung memanjang. Aku tak boleh stress, bila stress aku akan hilang kawalan diri. Aku mudah jatuh sakit dan longlai. Sejak kejadian tempohari, aku sudah mula kembali lesu.
Bila malam badan aku jadi tambah teruk. Muntah sehingga perut ku merasa bisa dan dadaku rasa sakit. Ya Allah kuatkanlah semangatku. Jgn lah aku jadi seorang wanita yg lemah. Suamiku masih tidur tanpa sedikit pun merasa simpati. Setiap kali dia sakit, aku lah orang yg paling risau. Tapi bila giliran ku, dia tak ambil peduli pun. Prasaan kasih seorang wanita dan lelaki mmg berbeza. Kalau dulu bila aku sakit, ibulah yg bersengkang mata menemaniku. Kini hanya tinggal kenangan. Aku rindukan sebuah belaian itu ...
Aku mengambil masa yg lama utk melelapkan mata. Aku berzikir dlm hati sambil berdoa minta Allah panjangkan umurku lagi.....
posted by Nona at 2:04 PM 0 comments