Empayer Hatiku

Wednesday, August 30, 2006

Mata Hati


Apabila orang menceritakan sesuatu pada kita, pernah ke kita terfikir sejenak mengapa ia berlaku? Mengapa dia melakukan begitu? Adakah dia bersalah? Apakah yang aku dengar ini benar belaka untuk aku mempercayainya?Yang mana kita akan lakukan dulu? Kalau kita guna bicara hati, macam-macam perasaan timbul, tetapi jika kita berfikir menggunakan akal, mungkin kita boleh berfikiran lebih rasional.
Jentera yang mengawal perasaan kita adalah hati. Kenapa kita kena jaga hati kita? Kalau ia disemai sifat positif, sayang-menyayang, bertanggungjawab, suka membantu, mengambil berat maka aman damailah masyarakat kita.Namun jika kita menggelapkan hati dengan perkara negatif, payahlah sikit kan? Mulalah ada yang memburuk-burukkan orang lain, yang tak ada diadakan, yang baik diburukkan, yang tidak berdosa dipersalahkan, yang naik dijatuhkan, yang nyata diselindungkan dan ada juga yang layak hidup bahagia dipenjarakan. Adakah anda sedar perasaan yang sentiasa mendorong ke sesuatu tujuan, sama ada buruk atau baik, bermula daripada ‘persoalan hati?’
Hati manusia mudah terguris dan sensitif, tapi ada jugak yang buat tak tahu, tidak pedulikan persaan dan nasib orang lain. Itu memang kes ‘tak ada hati’, tambah sikit lagi, “Tak ada hati perut!”Ini yang bahaya kerana kalau lama sangat menyimpan perasaan begini, ia boleh menimbulkan dendam, ingin membalas dengan kekerasan atau kezaliman, merancang satu peperangan dingin, kencang mulut mengatakan sesuatu yang pincang dan menganiaya sesama sendiri.
Ada juga kita dengar hari ni, permainan jijik tetapi cukup popular dalam masyarakat kita. Nak tak nak percaya, benda ni banyak berlaku, iaitu perangai orang suka ‘mandrem’ atau kena-mengena orang lain dengan cara halus! Tak kira bangsa mana sekali pun, ia pernah terjadi. Seperti kita biasa dengar, “Always expect the unexpected!”Kita mungkin tidak percaya sebab tidak pernah berlaku pada diri kita. Apa hal sekali pun, jaga diri kita. Kalau tak nak benda ni berlaku pada kita, jaga mulut tu, sebab mulut kita ada lidah yang berbisa.Selalu saya dengar orang bercerita yang perempuan selalu jadi mangsanya, lelaki pun ada juga. Sama saja.
Orang sekarang makin ‘advanced’ dan bijak.
Perempuan sentiasa dilihat sebagai kaum lemah dan mudah terdedah kepada fitnah dan banyak benda kita nak lakukan terbatas.Kita manusia biasa, nak juga bercerita pada orang sebelah.
Memang betul, tetapi apa pula tujuan kita untuk menceritakan hal orang lain? Kita ada bukti kukuh ke? Kalau tidak, ia menjadi fitnah.Maksud yang hendak disampaikan di sini, dalam keadaan macam mana sekali pun, jangan kita cepat membuat andaian. .
Oleh kerana kita perempuan, adakah ia membuat kita seorang yang tidak berpendirian dan tidak bermoral bila berkawan dengan mereka?Zaman kini sudah berubah, prinsip kita juga patut berubah untuk kebaikan. Yang kekal hanya Dia. Pandanglah sesuatu itu dengan ‘mata hati’.....
posted by Nona at 1:42 PM 0 comments

Never tot


Do you still have the memories of our love?I will love you no matter what the foolish things we said. The stupid things we did. All the tickling we felt .The joy we got. All from the 1st love. The reason why we still remember all of that…Is the reason why I want you to come back..True love never dies…This is what I felt for you that time. Still hold our little peaces of joy. The joy we sensed for the first time. Never thought how tomorrow will come by. Holding the happiness in small hands. Spreading our wings just to fly. To Feel free & shut all the cry. You & I were birds in the sky. The happiness we got was from heaven up high. Rushing hours to cross the tides. Hand by hand through the never ending shore of life. Never thought it will come that day. When you & I supposed to say GoOdByE
posted by Nona at 8:26 AM 0 comments

Monday, August 28, 2006

D sentiasa di hati









Aku ingin menjadi mimpi indah
dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu
yang mungkin bisa kau rindu
kerana langkah malam ku
tanpa diri mu
oh...kerana hati telah letih

aku ingin menjadi sesuatu
yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu
bahwa ku selalu memuja mu
tanpa mu sepinya
waktu merantai hati
oh...bayangmu seakan-akan

kau seperti
nyanyian dlm hatiku
yang memanggil rinduku padamu...ooo
seperti udara yg ku hela
kau selalu ada .... oooo

hanya dirimu yg bisa
membuat ku tenang
tanpa dirimu
aku merasa
hilang dan sepi

~Dari dulu hingga saat ini, hanya ada seorang saja lelaki yg menjadi pujaan hatiku. Pa...I was born to love u every single day of my life . Wat about u ?.... ~
posted by Nona at 8:02 AM 0 comments

Friday, August 25, 2006

Kasih anak2


I have working late this few days. Penat rasanya. Masa dgn anak2 pun sikit sgt, rasa bersalah menyelubungi ku. Nina sentiasa tunggu mamanya pulang. Aku akan diberi pelukan dan ciuman tak henti2. Begitulah anak2 ku, terlalu manja dgn ku. Tapi aku merasakan kepenatan akan hilang bila mendapat pelukan dari anak2. Itu tandanya kasih syg adalah sesuatu yg terindah dlm kehidupan setiap insan didunia ini ......
posted by Nona at 11:47 AM 0 comments

Tuesday, August 22, 2006

Buat mu..


BUAT MU YANG MEMPUNYAI HATI...
AKU SEORANG YANG KESEPIAN...
SEORANG YANG SERING KEDUKAAN...
MUNGKIN ITU SUDAH KUDRAT...
KERANA ITU ...
AKU SELALU MENHARAPKAN BAHAGIA MENJELANG
SETIAPKALI AKU TERJAGA DARI LENA YANG PANJANG....
KEMUDIAN AKU TERSENYUM
MENGHARAPKAN MENTARI
MENGUSIK EMBUN PAGI...
TAPI ITU HANYA SEBUAH HARAPAN
YANG AKU HARAPKAN ...
AKU SELALU KESUNYIAN...
TIADA KEBAHAGIAN YANG DATANG
WALAU AKU MEMANG IMPIKAN
posted by Nona at 1:22 PM 0 comments

Bisakah


Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
posted by Nona at 8:57 AM 0 comments

Monday, August 21, 2006

Bicara Luka



Kalau benar apa yang telah ku dengar permainanmu di sebalik sedarku. Sungguh bisa malah tidakku sangka. Manis kat depanku lain bicara. Selama ini tak pernah kusangsi malah kasih melebihi segala. Namun ternyata terang kini tak bersuluh lagi. Usah kau sembunyi
telah ku tahu gerak laku siapa kau sebenar. Tak ubah sandiwara memukau. Hanyalah di depan mata. Biar waktu tentukan siapa yang benar. Usah dikesal andai saat itu kau sedari ku tak lagi berada di sisimu ...

Keheningan malam membangunkan kepayahan jiwa meluahkan andai kau jujur memahami tiadaku menjauhi...
Dan kisahku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang. Lantas ku pendam ku putuskan biarlah rahsia...

Semakin aku hidup dalam cinta. Tiada kuasa mampu menghalangnya. Hentikan kata kata bertulangkan dusta..

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika...... Berada Di Tempatku ...

posted by Nona at 11:17 AM 0 comments

Saturday, August 19, 2006

Inikah tandanya..

Bila jauh aku merasa rindu pada nya. Tapi bila berhadapan aku seperti slalu ingin mencari kesilapannya. Amat jelas tanda2 sihir pemisah yg ada pada kehidupan harian ku. Smoga aku akan berjaya melepaskan diri dari jerut ikatan sihir pemisah ini. Smoga Tuhan akan beri jalan utk aku dan suami mempertahankan mahligai ini. Sesungguhnya aku amat menyayanginya....
posted by Nona at 9:55 AM 0 comments

Friday, August 18, 2006

Sengketa

Smalam kami bergaduh lagi. Katanya aku yg mulakan. Ntahlah....aku tak tahu siapa yg mulakan. Walhal perbualan pagi smalam menampakkan keceriaaan tapi tak sangkan dalam derai tawa itu rupanya kedua2 kami terasa dgn kata2 yg dilemparkan masing2. Lately kami berdua menjadi seorang yg mudah terasa. Kadang tak berniat utk aku kondem dia, tapi dia merasakan begitu dan begitu juga sebaliknya dgn diriku. Lalu bila hati masing2 mudah terasa maka timbullah sengketa. Bukan niat aku utk berentam dgn nya, tapi lately hati aku mudah terguris. Mudah terasa dan mudah syak wasangka. Aku merasakan yg dia byk berahsia dgnku. Walhal sebagai suami dan isteri sepatutnya tiada lagi rahsia. Aku selalu merasakan yg dia suka menyembunyikan sesuatu perkara dari aku. Itu yg membuat aku curiga. Tapi dia selalu menidakkan.
Entahlah atau mungkin aku yg terlalu mudah mengikut kata hati. Was2 adalah mainan syaitan. Adakah ini smua angkara sihir pemisah yg sengaja ingin membuat kami berpecah belah. Slalunya bila dah gaduh akan timbul prasaan penyesalan dari dlm diri ku. Ya Allah lindungilah diriku, berikan aku kekuatan, kesabaran ....
posted by Nona at 8:32 AM 0 comments

Tuesday, August 15, 2006

Apa tu...

Smalam aku seperti ternampak ada satu benda hitam di atas siling rumah. Benda ni hadir lepas suamiku masuk ke dlm rumah. Aku cuma dapat pejamkan mata dan baca ayatul Qursi. Ya Allah pelihara aku, kluarga dan rumah kami. Smoga kami dilindungi oleh mu ya Allah.

Smalam pun entah knapa aku seperti tidak boleh bersama suami. Bila dia pegang, aku rasa ngilu. Mmg lah ada orang nak hancurkan rumahtangga ku. Mungkin juga dia ikat nafsu aku supaya tidak boleh bersama dgn suamiku. Aku harap suamiku faham yg aku tidak berniat menjauhkan diri. Aku masih muda, masih ada naluri dan keinginan sperti lain2 isteri.

Selepas solat subuh aku mencium tangan suamiku. Smoga diampunkan dosa2ku. Smoga diberkati kehidupan rumahtangga kami. Hanya Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu. Ya Allah pulihkanlah rumahtangga ku....
posted by Nona at 1:48 PM 0 comments

Sunday, August 13, 2006

Sihir

Aku berjumpa ustaz pada Isnin lepas. Ustaz cfm yg aku disihir lagi. Aku tak pasti apa yg tersirat di hati orang yg mensihirkan aku dan suami. Aku hanya dapat berdoa agar Allah beri aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan dlm melalui hidup ini. Jgn lah diruntuhkan rumahtangga yg telah ku bina selama ini. Anak2 dan suami adalah harta yg paling berharga buat diriku. Sungguh besar dugaan yg aku alami. Aku tidak pernah mengganggu hidup orang tapi knapa aku pula jadi mangsa. Aku tidak pasti sejauh mana kekuatan suami dlm menghadapi situasi sebegini. Terkadang sukar utk aku menceritakan ttg penyakit yg aku alami. Dia sukar utk mempercayai kewujudan "sihir". Sukar utk aku menjelaskan kerana aku tidak mahu dia mempunyai pemikiran yg aku suka buat cerita. Mengadakan sesuatu yg tidak ada. Payah utk aku berinteraksi dgn orang yg tidak akan memahami keadaan orang yg disihir. Namun apa yg aku alami hanya Allah yg mengetahui.
Hari ini ada satu bulatan di lengan seperti cincin dan seperti ada mata . Sakit bukan di tempat itu, tapi sakit di bwh lengan. Adakah ini bermaksud yg jin2 tu cedera dan telah kluar dari badan? Tapi tanda itu mmg ganjil. Smoga diberi kekuatan utk aku meneruskan rawatan.
posted by Nona at 1:17 PM 0 comments

Friday, August 11, 2006

Fikiran seorang perempuan

Perempuan, selalu berfikir...(tak habis2 mengelamun)
Adakah apa yang kita selalu pilih itu tepat?

....Aku memikirkan apakah pilihan yang aku buat selama ini sebetulnya untuk aku? macam mana pula kalau sebenarnya ia bukan untuk aku? dan bagaimana pula kalau sememangnya ia untuk aku? mahu tidak mahu, pilihan bermaksud risiko. Membuat pilihan bermaksud mengambil risiko untuk gagal, atau merebut peluang untuk menang. Aku hanya boleh katakan, yang aku perlu berani untuk membuat pilihan. dan pilihan telah pun kubuat. Akibatnya selepas itu perlu dihadapi dengan hati yang tabah, tenang dan rahmatnya, kalau pilihan itu betul perlu dihiaskan dengan rasa kesyukuran. (Kalau tersalah pilih pulak?)

Logiknya, kalau perempuan itu tidak bahagia bersama suaminya, dia cuma ada satu suami itu. mahu tidak mahu, itulah suami. Perempuan tidak menceraikan suami. dan perempuan yang meminta cerai dipanggil perempuan hina. Ada kebenarannya, dan sebagai wanita aku slalu berfikir, untungnya orang lelaki, kalau tidak sesuai dengan seorang isteri, masih boleh mencari yang lain. Lelaki boleh melepaskan isteri dan boleh juga mengumpulkan isteri.

Wahai perempuan, kalau betul mahukan kebahagiaan, buatlah pilihanmu dengan tepat. karna sekali kamu bergelar isteri, kamu akan menjadi miliknya selamanya. tidak kira suamimu sekejam mana, setidakhirau mana pun kepada kamu, kamu cuma boleh makan hati, meratap sendiri. Dan bila kamu meminta mahu dilepaskan, masyarakat kejam ini akan menuduhmu yang bukan-bukan. Pilihan di tanganmu, cuma aku berikan sedikit perspektif, agar kamu lebih banyak berfikir.Pilihan bukan perlu kamu buat karna terpaksa. berfikirlah secara rasional, dan telus. Bukan karna seorang lelaki memujukmu, atau bukan karna seorang lelaki mengejarmu. ini soal hidup kamu. Adakah kamu sekadar mahu memenuhi hasrat hatinya, atau kamu sebetulnya mahu menjadi seorang isteri yang bahagia?. Adakah kamu ingin menjadi isteri karna hanya sekadar menjaga hatinya atau kamu ingin menjadi isteri yg menyintai dan dicintai buat selamanya.....
posted by Nona at 2:08 PM 0 comments

Thursday, August 10, 2006

Mula bekerja


Setelah 2 minggu bercuti, hari ni baru mula bekerja. Rasa malas tapi terpaksa kuatkan diri utk menyara hidup.....
posted by Nona at 1:39 PM 0 comments

Sunday, August 06, 2006

A new look

Bahagia bila lihat seluruh rumah dah dicat dan dikemas rapi. Penat bukan kepalang tapi kepuasan hati tidak dapat diluahkan. Yang utama skali rumah itu dibersihkan hasil titik peluh aku dan suami. Sudah lama kami tidak meluangkan masa membersihkan rumah bersama. Suatu ketika dulu, house cleaning adalah once a week affair.
Bila tgk bilik dah dicat warna baru, furniture baru, dah lawa, ditambahkan lagi dgn gambar2 kenangan bersama anak2, aku menjadi sedih. Entah knapa prasaan ini hadir dgn linangan air mata. Kakak ku yg sulung yg ada bersamaku juga merasa hiba lalu menangis. Andainya aku tidak bersabar dan tidak dapat bertahan dulu, pastinya bilik utama itu akan bertambah suram. Akan tiada lagi gelak tawa dan senda gurau anak2 dan suami. Sayang kalau kita tidak sama2 perbaiki keadaan. Jerih payah 10 tahun dulu seperti tiada erti.
Suamiku juga merasakan keindahan yg amat sgt pada bilik kami. Dia juga meluahkan prasaan yg gembira melihat perubahan yg ketara pada bilik kami. Its a revamp. Completely a new look. Seperti bermulanya sebuah perjalanan yg baru bagi kami berdua. Namun sama ada perjalanan kali ini akan ada persimpangan atau tidak, hanya takdir yg akan menentukan......
posted by Nona at 1:03 PM 0 comments