Empayer Hatiku

Wednesday, May 31, 2006

Ya Tuhan

Hari ini aku mula bekerja. Pagi tadi suami ajak sarapan bersama, tapi aku tolak. Tak ada selera langsung nak makan. Aku sebenarnya masih tak bermaya, namun ku gagahkan juga utk bekerja memandangkan hari ni akhir bulan. Byk kerja harus diselesaikan. Aku tidak mahu menyusahkan teman2 sekerjaku.

Aku berbohong pada mereka yg aku terjatuh pada hari Ahad. Aku menunjukkan lenganku yg calar. (tanda garisan handphone yg dirampas suamiku). Aku tak tau samaada mereka akan percaya kataku. Terserah, asalkan mereka tahu yg aku benar2 sakit. Aku merasa bahagia bila di tempat kerja biarpun kerjaku tinggi menggunung. Bila dirumah fikiranku menjadi sempit dan gelap asyik memikirkan kecurangan suami.
Kita asyik fikirkan dosa2 yg dilakukannya, namun dia tidak pernah menunjukkan tanda2 insaf. Aku tak mahu dia terus menerus menjadi insan yg kufur. Aku tak mahu dia dilakhnati Allah. Aku takut pada siksaan Allah di akhirat kelak. Aku ingin membawanya ke pangkal jalan sebelum terlambat. Aku harus ! aku mesti mengubah cara hidupnya agar dia tidak terus terpesong. Sudah menjadi tanggung jwbku sebagai isteri utk menghalangnya dari terus bergelumang dgn dosa.

Ya Tuhan, bukakanlah jalan agar dibukakan hati suamiku utk bertaubat dan beriman ke jalanmu Ya Allah. Berikanlah ruang agar suamiku masih sempat bertaubat. Kuatkanlah keimanannya Ya Allah. Jauhkanlah dia dari godaan syaitan. Sesungguhnya suamiku seorang insan yg berhati mulia Ya Allah. Terlalu luhur. Maka kau sucikanlah hatinya agar tidak terpesong dari mu....

posted by Nona at 1:50 PM 0 comments

Tuesday, May 30, 2006

Ungkapan

Aku baring di kerusi panjang ketika suami pulang dari kerja. Seperti biasa aku siapkan air dan sedikit makanan utk nya. Selepas membersihkan diri dan solat, beliau mengajak aku makan bersama. Aku tolak pelawaannya. Tapi dia menarik paksa. Aku beralah, tapi air mata mengalir laju.

Di sofa, dia mengosok lengan ku sambil mengelap butiran air mataku yg tak henti2. Dia mengusap rambutku dan memohon maaf. Katanya, dia tidak pernah berniat utk mengasari ku.

"I sayangkan u Ma.....I still love u very much!". Aku terpaku, sudah lama aku tidak mendengar kekata itu. Air mataku bertambah laju. Adakah dia berpura2 ? Ikhlas kah kata2 itu? Hatiku mula berkata2. Lelaki mmg pandai membawa watak. They are like 2 headed snake.
posted by Nona at 11:30 PM 0 comments

Monday, May 29, 2006

Sakit

Seluruh anggota badan ku terasa sakit. Mataku bengkak. Lengan kananku ada bekas lebam. Cengkaman jari suamiku begitu kuat sehingga meninggalkan kesan lebam . 5 bulatan tanda cengkaman 5 jarinya. Aku tak dapat menyarung pakaian. Lengan ku terasa berat dan sakit. Anakku yg sulung dan kakakku yg bantu menyarung pakaian. Kalaulah aku tunjukkan bekas lebam pada doktor, mungkin akan jadi kes polis. Tanda lebam itu merupakan hadiah hari lahir ku dari suami yg ku sanjungi. Tak pernah ku sangka akan hidup menderita sebegini rupa. Pergolakan rumahtangga ku bertambah kencang. Hanya takdir yg akan menentukan perjalanan hidupku seterusnya......
posted by Nona at 1:15 PM 0 comments

Sunday, May 28, 2006

Pertengkaran 1

Aku kluar rumah jam 11.30mlm sabtu. Aku duduk di tangga rumah mertuaku . Jam 12 suami ku talipon bertanya di mana aku berada. Dia seperti tidak tahu tentang no2 yg aku beri. Dasar pembohong. Akhirnya dia mengaku no itu adalah kenalan sekerjanya. Aku cuba hubungi no itu dan ternyata no itu adalah milik seorang wanita.

Di bawah kolong blok aku menangis tanpa henti. Aku minta penjelasan knapa dia masih berlaku curang terhadap aku yg cukup setia padanya. Sebagai isteri aku rasa aku telah lakukan yg terbaik. Apa yg masih kurang dimatanya aku pun tak pasti. Aku menangis sehingga sesak nafas. Aku tak pasti adakah masih ada prasaan simpati dlm lubuk hatinya terhadap aku - isteri yg dinikahinya 10 tahun dulu. Bertubi2 luka yg terpaksa aku telan bersama suami yg dulu mempunyai keperibadian dan hemah tinggi. Mengapa dia berubah sejauh ini. Hanya Tuhan yg mengetahui.

Aku pulang kerumah jam 2pagi dgn badan yg longlai, dgn nafas yg sesak. Aku merangkak utk masuk kerumah. Siksanya Tuhan saja yg tau. Jantung ku bergerak laju, dadaku turun naik dgn pantas. Sampai hati suami yg aku kasihi siksa prasaan aku sebegini rupa.

Selepas solat subuh aku hubungi wanita yg katanya kawan sekerja itu. Dia mengaku suamiku yg ingin berkenalan dgn nya. Pada awalnya dia sendiri tidak tahu yg suamiku sudah berkahwin. Dia mendapat tau status suamiku dari bekas supervisor suamiku. Manalah pergi prasaan malu suamiku. Dia yg ku kenal sebagai pemalu sudah hilang sifat malunya dek keimanan yg tipis terlalu tipis.

posted by Nona at 8:50 PM 0 comments

Pertengkaran 2

Dia cukup malu bila aku memperdengarkan sgala perbualan ku dgn gadis itu melalui speaker phone. Bila dia ingin kluar rumah aku menghalangnya. Setiap kali aku menuduhnya, dia inginkan bukti. Bila aku dapat bukti, dia pula geram dgn aku yg katanya sengaja mencari kesalahannya. Lenganku digenggam erat olehnya, dia merampas talipon bimbitku sambil menghempaskan ke lantai sebanyak 2 kali. Dia pecahkan SIM cd ku. Dia hampir melemparkan bagnya ke muka ku, mujurlah kakak ku berjaya menahan kemarahannya.

Hatiku hancur luluh, tak pernah ku sangka suamiku sejahat itu. Tak pernah aku sangka suamiku akan menjadi WOMANIZER. Aku berusaha menjadi ibu dan isteri yg baik. Inikah balasannya terhadap aku yg cukup setia padanya. Padanya tak salah kalau berkawan. Mungkin padanya aku wanita kolot. Tapi kalau berkawan dgn pompuan muda sambil berbual berejam2 apakah motifnya? Apakah tujuan orang yg sudah beristeri dan beranak pinak masih ingin berkenal2an dgn pompuan muda? Apakah keuntungan yg dapat diraih? Aku tak nafikan aku juga ramai teman2 lelaki online. Tapi aku berkawan dlm alam maya. Aku tak pernah berjumpa mahupun buat temu janji. Kesemua kenalanku jujur mengatakan mereka smua sudah berkahwin. Malah kami berbual byk tentang pegangan hidup, ttg hadis2 dan ayat2 dari Al-Quran. Aku beroleh byk tips2 menjadi seorang muslim yg baik. Dari teman2 online lah aku byk mempelajari ttg khasiat ayat Al-Quran. Ini bermakna, walaupun aku berkawan dgn lelaki, aku ada motif yg positif. Menjana minda utk menjadi muslimah yg baik. Bukan sekadar bersuka2 berpoya2 tanpa faedah.

Aku dah tak berdaya. Badanku longlai. Aku seperti orang kehilangan akal. Nafasku sesak seperti menanti kematian. Apa lagi yg dapat aku lakukan. Aku hanya seorang isteri. Talak ditangannya. Padanya aku tidak ada daya dan upaya. Walau sejahat mana perbuatannya, aku tidak mungkin akan melepaskannya. Baginya, aku tidak ada pilihan lain. Mungkin itu yg membuat dia semakin berani.
Aku hanya mampu menadah tangan memohon kepada Illahi agar suamiku diberi taufik dan hidayah agar kembali kepangkal jalan. Aku hanya mampu berdoa agar suamiku mati dalam iman, dijauhkan dari terus melakukan maksiat dan jgn terus bergelomang dgn dosa2.

Pa...tidak ada orang yg dapat membantu mengubah cara hidupmu. Kamu berhak atas kebajikan diri kamu sendiri.

posted by Nona at 8:44 AM 0 comments

Pertemuan

Aku terlalu marah. Geram. Bila dia tidak mahu kembalikan SIM cd ku, aku ambil bag kerjanya dan terus ke rumah mertua. Malangnya, ibu tiada dirumah. Aku mengejutkan bapa mentuaku dan menceritakan yg sebenarnya. Sambil itu aku juga hubungi abang kandungku yg sulung dan minta beliau dtg ke rumah memberi nasihat pada suamiku. Pada mulanya abangku tidak mahu percaya cakapku. Tapi bila aku ada bukti2 kukuh barulah dia mula menunjukkan keperihatinannya.

Sejam kemudian , ibu mertua ku pulang. Kami smua sama2 kerumah ku. Abangku mula menasihatinya. Soalan demi soalan diajukan. Dia hanya diam membatu. Sambil itu aku menceritakan apa yg berlaku termasuk hubungannya dgn isteri orang. Abang ku mengucap panjang, tak sangka suamiku berperangai sedemikian. Aku ceritakan segala2nya. Tapi aku memberitahu semua bahawasanya ada byk lagi perkara2 yg suamiku lakukan yg biarkan hanya aku saja yg tahu. Aku tidak mahu mengaibkan suamiku. Aku jugak tidak mahu menambahkan lagi kesedihan ibu mertua ku. Dia tentu akan bertambah malu bila mendengar perilaku sebenar anaknya.

Di hadapan smua aku minta dilepaskan jika sudah tidak ada lagi rasa cinta antara kita. Aku minta jgn disiksa lagi hidupku. Terasa lelah asyik memerhatikan gerak geri suamiku. Fikiranku runsing dan buntu. Belum dapat aku lupakan cerita lamanya dgn betina lama, dtg lagi cerita baru. Dia sanggup terima cabaran kawannya utk cuba mendekati pompuan itu. Ego nya mengatasi segalanya. Keimanannya yg tipis tidak dapat menepis bisikan syaitan. Lalu dia terjerumus dalam dosa baru.
Abangku mengajak dia berfikir dulu sblum melakukan sesuatu. Kawan sekeliling juga memainkan peranan penting dlm hidup kita. Silap pergaulan boleh menghanyutkan kita. Suamiku sudah cukup dewasa utk dinasihati. Bak kata abangku, terserah pada diri sendiri samada nak masuk kiri kluar kanan atau semat ke sanubari.
posted by Nona at 8:04 AM 0 comments

Saturday, May 27, 2006

SMS

Ada orang hantar sms beri no hp pompuan yg ada affair dgn suami ku dulu. Dari mana atau siapa gerangan orang yg sengaja nak melaga-lagakan aku, wallahualam bisawab. Tapi aku seperti merasakan yg ada kemungkinan suamiku masih lagi berhubungan dgn dia lagi.

Pulang dari rumah kakak ku, aku buka surat talipon yg ada tertera smua no2 talipon yg didail oleh hp suamiku. Pada akhir bulan april dan awal may ada no talipon yg sama seperti yg diberi oleh pengirim sms misteri itu. Ada juga no talipon yg baru bagi aku. Suamiku buat panggilan talipon yg separuh dari nya memakan masa selama 1/2 jam lamanya. Adakah pompuan jalang itu sudah tukar no talipon atau suamiku ada kenalan baru? Ya Tuhan berikan lah aku kesabaran.

Aku terduduk dikatil ku. Sedih hampa hiba smua ini ada pada ku. Knapa suamiku masih blum berubah? knapa suamiku masih ingin bermain kayu 3 sedangkan kami menghadapi masaalah keewangan? Mampukah dia menyimpan pompuan sedangkan duit makannya pun kadang tak mencukupi. Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan.
posted by Nona at 8:37 PM 0 comments

Friday, May 26, 2006

Happy B'day to Me


Hari nie hari lahir aku. Jatuh pula pada hari jumaat sama dgn hari aku dilahirkan. Tak sangka suami mengambil cuti semata2 ingin bersama2 menyambut hari ulangtahun ku. Bahagia rasanya. Walaupun aku sekadar menerima sekeping kad ucapan darinya, ia sudah cukup membuat aku terharu. Namun disebalik kata2 ucapannya, aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yg kurang . Namun aku kan tetap menghargainya. Having him back in my arm is the precious gift that I have ever had.
posted by Nona at 11:56 AM 0 comments

Sunday, May 21, 2006

Allah Maha Mengetahui

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." ( al-Baqarah: 216)
posted by Nona at 8:48 PM 0 comments

Lari2 anak

Selepas solat subuh kami anak beranak berlari2 anak. Nyaman rasanya menyedut udara segar di pagi hari. Rasa hubungan kekeluargaan bertambah erat. Anak2 pun rasa happy walau penat berlari. Kami juga sempat relax sambil perhatikan berbagai jenis ikan di tepi reservoir menanti pemberian makanan dari penduduk di situ.
Jam 8.45 pagi kami pun ke rumah ibu mertua sambil menjamu sarapan bersama. Ibu tampak bahagia menjamu kami sekeluarga. Pandangan matanya menunjukkan betapa gembiranya beliau melihat kebahagiaan yg terpancar dari kami sekeluarga. Smoga bahagia ini akan kekal.
posted by Nona at 8:40 AM 0 comments

Monday, May 15, 2006

Pemaaf

Satu yg aku respect sgt kat hubby. Dia nie bukan jenis pendendam. Mudah memaafkan orang. Tapi dia paling benci jika aku suka ungkit perkara2 yg telah berlaku. Marahnya hanya seketika tidak berlarutan. Bila gaduh besar pun, setengah jam kemudian dia akan pujuk aku. Kemudian nada suaranya akan berubah. Dia mudah tenang. Kadang aku hairan mcm mana dia boleh tukar tonansinya mengikut keadaan dan situasi. Easily switch. Hai ... payah betul aku nak ikut cara dia.


Yang lahir dari hati adalah keikhlasan. Yang datang dari akal adalah kewarasan. Bersatulah hati dan akal melawan nafsu yang bakal memusnahkan .... (knapalah aku selalu tewas?!)
posted by Nona at 4:14 PM 0 comments

Angry man

Dah lama tak nampak hubby marah mcm smalam. Kecut jugak perut aku bila dia mula lempar bag dan laci tarik. Dia marah sgt kat aku yg suka fikir yg bukan2 dan suka suspek gerak gerinya. Aku gamam dan rasa bersalah bertanyakan hal yg tidak perlu. Entahlah aku pun tak tau. Kadang2 kepala ini seperti disuruh2 utk
bertanyakan yg bukan2. Terkadang aku kalah melawan gangguan dlm diri. Aku rasa aku blum betul2 pulih. Masih perlukan rawatan lagi utk buang smua gangguan dlm badan. Kalau tak benda nie asyik ganggu otak fikiranku menjadi berserabut. Hari2 aku berdoa agar diluputkan gangguan yg hinggap kat diriku. Kalau tidak ia akan menggangu kehidupan harian ku. Gangguan ini akan membuat aku runsing, bercelaru dan memecah belah kan hubungan aku dgn suami. Aku harap agar suami aku boleh mengerti yg aku tidak pernah berniat nak carik gaduh. Cuma kadang aku gagal lawan bisikan syaitan yg ingin melihat anak Adam bercakaran. Ya Tuhan tolonglah hamba mu ini. Berikan aku kekuatan dalaman dan luaran, agar aku berjaya melawan bisikan syaitan. Berilah aku kehidupan yg aman dan damai bersama suami tercinta.
posted by Nona at 8:35 AM 0 comments

Sunday, May 14, 2006

Mother's Day

Pagi ini bila menonton rancangan TV yg kemukakan ttg hari ibu, hati berasa sedih sgt. Tiba2 mengalir air mata. Suami yg duduk sblah pun kehairanan. Aku cuma terkenangkan arwah ibu yg sudah hampir 10 tahun meninggalkan aku. Masih hangat lagi ku rasakan kasih sayang yg dicurahkan olehnya. Dialah yg paling dekat dgn ku sblum aku berkahwin. Dia yg byk mendidik aku agar sentiasa dekatkan diri dgn Allah. Aku byk mewarisi sikapnya. Penyedih, mudah tersentuh, suka berceloteh, mengomel dan melaram. Dia sentiasa dekat dihati ini. Aku merasa teramat rindu padanya. Aku rindukan kehangatan pelukkannya. Setelah usai solat aku tak pernah lupa sedekahkan fatehah buat nya. Smoga dicucuri rahmat keatas rohnya.

Alhamdullilah , kini aku sendiri dapat rasakan perasaan menjadi seorang ibu. Hari ini aku dihadiahkan oleh anak yg sulung sbuah dompet kecil dan buku nota. Bahagia rasanya, anak ku sudah mula menghargai kasih ibu. Syukur juga pada Illahi dgn kurnianya, aku mampu melahirkan 2 orang anak perempuan yg sihat. Tidak smua wanita dpt melahirkan. Hanya mereka yg mampu melahirkan zuriat saja yg akan merasai betapa bangganya dapat menjadi seorang ibu. Namun begitu, membesarkan anak2 bukan sesuatu yg mudah. Ia satu tanggungjwb yg berat. Smoga aku berjaya menjadi ibu yg baik buat kedua2 anak ku. Mama sayang kamu.
posted by Nona at 8:20 PM 0 comments

Monday, May 08, 2006

Life

Life isn't worth living for regreting the past.
Crying yourself to sleep, wishing for something you lost.
It's something called change we're forced to take.
Whats handed to us we don't pick our gifts their given to us without our consent.
Work with what we've got it's about the only choice we have.
We have to walk the path with grace, but be prepaired to stumble.
I didn't wake up to let my heart crumble to pieces.
I didn't take a step to put a rock in my own path to accept what can't be undone and smile at each day ahead .
It's the only thing to keep me going.
Look for the new and let the old go.
Those tears can't change a thing. J
ust always seems to keep me wet and cold
I could lay hear in bed and drown myself in unhappiness ,
but i didn't open my eyes today to die.
So with a new day ahead i'll remember this :
you can love someone new but don't have to let the old be forgotten...
posted by Nona at 5:44 PM 0 comments

Thursday, May 04, 2006

Sampul surat

Smalam aku pulang awal . Aku mengambil peluang dari masa terluang itu utk bersihkan kamar tidurku. Aku bersihkan almari dan laci tarik kepunyaan aku dan suami. Sampai ke satu laci milik suami, aku terjumpa sebuah sampul surat berwarna kuning yg agak tebal dan besar. Hati ku sedikit berdebar, mula memikirkan rahsia dlm sampul tersebut.

Dlm sampul itu terdapat byk warkah2 lama. Rupa2nya, smua warkah2 dan kad2 ucapan kiriman aku dari awal perkenalan hingga kami telah berumahtangga telah disimpan rapi oleh suami. Yang paling membuat aku tersentuh ialah tiket wayang on our first date pun masih tersimpan rapi. Rupanya dia masih menghargai setiap pemberianku.

Fikiranku melayang pada pertemuan 13 tahun dulu. Persahabatan yg bertukar menjadi percintaan. Masih aku ingat malam sebelumnya, aku ada memberi amaran jika perjumpaan pertama itu membosankan, aku akan minta pulang secepat mungkin. Ini kerana dia seorang yg pendiam dan slalunya akulah yg memulakan setiap bicara dlm perbualan talipon. Pada pandanganku dia seorang yg membosankan. Aku takut jemu jika pertemuan nanti akan menjadi hambar.

Sangkaanku meleset, dia berusaha membuat hari pertama pertemuan kami menjadi hangat dan ceria. Ingatanku masih segar akan pertemuan pertama itu. Ya Tuhan...cepat sungguh masa berlalu. Kini kami telah pun dikurniakan 2 cahayamata. Tanpa ku sedari air mata mengalir deras. Sayupnya rasa hati. Mcm2 yg aku tempuh bersamanya . Susah, senang, bahagia, duka .... penuh dgn tawa dan tanggisan. Namun itu smua tak pernah membuat aku kesal hidup bersamanya. Susah senang bersamanya membuat aku lebih cekal . Membuat aku lebih menghargai sebuah kehidupan. Membuat aku menghargai erti sebuah perkahwinan. Membuat aku menghargai ikatan cinta seorang insan yg bergelar lelaki. Walau kehidupan ku penuh ranjau dan duri bersamanya, namun cinta ku tetap mekar dihati.

Wahai suamiku, jika suatu hari kau berkesempatan membaca blog ini, ketahuilah oleh mu, cintaku tak pernah terbahagi dua. Bagiku kau yg satu dulu, kini dan selamanya ....
posted by Nona at 4:41 PM 0 comments

Curiga

Curiga, di waktu tertentu akan timbul demi mengetahui sesuatu agar lebih jelas. Tetapi terlalu banyak dan terus menerus curiga dan mencurigai (terutama antara sesama manusia) itu sifatnya negatif, tidak sehat, dapat memperburuk hubungan antara manusia, merosak keharmonian keluarga atau rumah tangga. Curiga mencurigai juga menjadi salah satu sumber permasalahan yang memusingkan. Hidup tidak akan tenang, selalu mencurigai orang lain tidak baik bagi dirinya sendiri, selain itu akan mengundang nestapa yang berpanjangan. Padahal semuanya itu belum tentu benar, semuanya hanyalah bayangan kelam yang dibuat-buat diri sendiri.Ini adalah sebuah penyakit yang berbahaya, oleh karena itu penyakit seperti ini harus dikikis habis supaya tidak menimbulkan korban pada orang lain maupun diri sendiri.

Smoga aku dapat buang jauh perasaan curiga ku...
posted by Nona at 9:55 AM 0 comments

Tidur lena


Semalam kami tidur dgn lena diatas tilam baru ...... Say bye bye to our backache !
posted by Nona at 8:47 AM 0 comments

Wednesday, May 03, 2006

Sangsi

Hari ini aku dan suami ke tempat kerja dgn menaiki teksi bersama . Suamiku menggenggam erat tanganku sedang kepalaku terlentok di bahunya. Dlm perjalanan, kami hanya diam seribu bahasa, tanpa disedari air mataku mengalir. Entah kenapa, aku selalu merasa sangsi terhadapnya. Selalu berfikiran buruk terhadap apa yg dia lakukan. Mungkin juga dia sudah jauh berubah, namun sukar utk aku melenyapkan kesangsianku terhadap perilakunya.

Suamiku jadi hairan kerana tiba2 aku tersedu. Aku hanya mengelengkan kepala bila ditanya kenapa. Dia diam tanpa bersoal panjang, mungkin juga dia tahu apa yg ada di benak fikiranku.

Hampir ke destinasi, aku mencium tangannya dan ku beri kucupan mesra di pipi nya. Betapa kasihnya aku padanya. Aku harap dia mengerti. Walaupun dia bukan seorang suami yg kaya raya apatah lagi bukan seorang yg kacak, namun dia punya daya tarikan tersendiri. Di sebalik kegagahannya, dia seorang suami yg baik budi. Cukup menghormati orang tua.

Walaupun kisah duka itu sudah hampir 8 bulan berlalu, namun kesangsianku terhadap D tetap wujud. Bagiku, suami tetap seorang lelaki. Sukar diduga dan perlu ada sikap waspada dalam diri kita sebagai seorang yg bergelar isteri.
posted by Nona at 8:43 AM 0 comments

Tuesday, May 02, 2006

Liku liku hidup

Ku tak pernah kesali hidupku yg berliku ini..
Ia mengajar aku erti kehidupan yg sejati..
Kuingin pupuskan semua duka...
Walau payah, namun aku kan cuba..
Selagi ku mampu, selagi aku terdaya...
Semoga bahagia kan menjadi milik kita...
D...Semoga cinta kita akan abadi selamanya....

~nona72 2/5/06 5.45pm
posted by Nona at 4:12 PM 0 comments

Monday, May 01, 2006

Tilam

Hari ini, kami pegi shopping carik tilam baru .... nak gantikan yg lama yg springnya dah mintak "ampun". Bila kami tinjau2 bedroom set, rasa mcm pengantin baru pulak....At last kami sepakat beli tilam 'king koil' yg meet our budget. Tak sabar rasanya nak tidur kat tilam baru .....

Terfikir jugak, kalaulah 5 bulan dulu, rumahtangga kami tak de huraiannya ..... hai tak merasalah ...
posted by Nona at 1:44 PM 0 comments