Empayer Hatiku

Monday, June 12, 2006

Hp rosak

Aku hantar sms pada hubby nyatakan yg hp aku dah tak berbunyi lagi. Hanya ada vibrator je. Thanks to him yg telah menjahamkan hp aku yg baru beberapa bulan diganti. Hp itu hasil dari titik peluhku sendiri. Kerana nafsu amarahnya, dia mencampakkan hp aku tanpa ada rasa bersalah. Jwbnya, ok lah tu dari tak berbunyi langsung. Ya, ok pada ku kerana hp bagiku bukanlah benda penting dlm hidup ku. Kalau lah hp dia yg rosak, maka pincanglah hidupnya tak dapat hubungi smua skandal2 nya.
Dia tak jwb , sekadar membiarkan aku terus-terusan bercakap sendiri. Kataku lagi, mungkin dah tak ada zest dlm hubungan kami. Mungkin dia dah bosan melihat wanita yg sama setiap hari selama hampir 12 tahun. Mungkin juga dia ingat dia masih segak dan masih boleh pikat pompuan muda. Tapi dia terlupa yg rambut hitamnya sudah mula memutih. Terlupa akan rahmat yg telah diberi Tuhan selama ini membuat seseorang itu mudah lupa diri. Ya Allah kau tetapkan lah iman didada suamiku. Jauhkan lah dia dari kemungkaran ......
posted by Nona at 5:35 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home