Empayer Hatiku

Monday, June 05, 2006

Tuhan menyayangi ku

Pagi ni bila nak kluar keje, bajuku tersangkut kat handle gate. Rasa tak sedap hati. Tapi aku tawakal dan byk berzikir dlm hati. Bila sampai di tempat keje, semasa aku hendak lintas jalan. sbuah teksi laju berlalu di blakangku. Berdegup jantungku, aku hanya cepat setapak. Kalau lah aku lambat setapak, ntah apa kan terjadi agaknya. Mungkin teksi tu tak nampak kerana aku dilindungi oleh sebuah bas di sebelahku. Aku terdiam sejenak. Sejuk kaki tangan ku.
Aku beritau suami, Allah masih sayangkan ku. Kalau tidak dia dah jadi duda. Pasti dia bahagia, boleh lah dia kahwin lagi. Kalau tidak pun, dgn ketiadaan ku boleh lah dia teruskan skandal dgn bini orang tu tanpa ada yg menghalang. Mungkin juga dia menanti saat aku hilang dari pandangannya....
Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang.....
posted by Nona at 10:38 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home