Empayer Hatiku

Tuesday, November 28, 2006

Slamat Ulang Tahun sayang


Hari ni birthday suamiku. Aku hadiahkan beliau t-shirt ADIDAS. Kami kluar makan ke VIVO CITY. Waahhhh ... anak2 lah yg paling bahagia. Tercapai juga hajat nak ke VIVO dan makan di FIG & OLIVE. Wooooo.....tapi terkupak duit pak. Anyway, that is not an issue, b'cos to me as long my family happy , itu sudah cukup membahagiakan bagi aku. Kluarga adalah segala2 nya bagiku. Kalau ada wang, kluarga terbengkalai, rumahtangga berkocak pun tak guna juga. Sekurang2nya ada secubit kebahagiaan buat aku sejak keblakangan ini. Ku panjat syukur padamu ya Allah.
posted by Nona at 8:38 PM 0 comments

Sunday, November 26, 2006

Wild Wild Wet


Hari ni kami ke Wild Wild Wet. Wah...cukup bahagia anak2 aku. Mereka cukup girang bermandi2an. Kebahagian terpancar indah dari raut wajah mereka. Walaupun aku tidak bermandi mandian bersama mereka, namun melihat keceriaan mereka sudah cukup membuat aku merasa gembira. T/kasih buat suami yg meluangkan sedikit masa berkelah bersama kami.
posted by Nona at 11:16 AM 0 comments

Saturday, November 25, 2006

Kerlipan bintang

Sedang aku menanti kepulangan suami tersayang, aku termenung seketika di jendela kamar. Bila ku lihat di langit tinggi, mataku terus terpahat dan terpaku. Ya Allah indahnya malam ini. Kau telah memperlihatkan aku akan kerlipan bintang2 yg sungguh indah dan mendamaikan. Sungguh, hari2 sebelumnya, aku jarang melihat kehadiran bintang di langit bertaburan. Tapi hari ini berbeda. Bintang2 ini smua bertaburan di langit dan setiap bintang berkerlip kerlipan memancar2 mengeluarkan cahaya yg sukar aku luahkan. SubhanaAllah, Maha Suci Allah yg berkuasa atas tiap2 sesuatu kejadian alam. Aku terpegun melihat kebesaran Allah. Perkara2 seperti ini semakin membuat insan kerdil seperti aku mempercayai Allah Maha Besar!
posted by Nona at 12:59 AM 0 comments

Thursday, November 23, 2006

Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri. Kesannya zahir rupanya maknawi.
Terpendam bagai permata di dasar hati.
Bahagia itu ada pada hati. Bertakhta di kerajaan diri.
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani .
Bahagia itu ada di jiwa. Mahkota di singgahsana rasa.
Bahagia itu adalah suatu ketenangan.
Bila susah tiada gelisah. Bila miskin syukur pada Tuhan.
Bila sakit tiada resah di jiwa.
Bukankah Tuhan telah berfirman :
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang.
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran.
Bila kaya jadi insan pemurah.Bila berkuasa amanah.
Bila berjaya tidak alpa. Bila sihat tidak lupakan Tuhan.
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan.
Bila hati mengingati Tuhan.
Semua insan kan mengerti. Maksud terseni Ilahi.
Itulah zikir yang hakiki
posted by Nona at 8:39 AM 0 comments

Tuesday, November 21, 2006

40 Kesilapan Ibu Bapa

Buat renungan aku dan kita semua. Smoga jadi panduan bersama.

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
posted by Nona at 3:00 PM 0 comments

Friday, November 17, 2006

Eyes infections


Me, MIL and hubby had eye infection. On 3 days mc (fm 14/11 to 17/11) Inilah pertama kali aku dan suami sama2 cuti sakit. Happy jugak aku sekurang2nya dapat jugak aku habiskan masa bersama suami selama 3 hari. Ermmm...bukan senang nak suruh dia ambil cuti.
posted by Nona at 8:23 AM 0 comments

Dinner n Dance

Berkesempatan juga aku memujuk suami utk hadir sama ke dinner and dance tahunan di tempat kerjaku. Kebetulan dia cuti sakit, so tak boleh lah dia mengelak. Bahagia sgt dapat kepit suami pergi makan di hotel. Bukan slalu dapat makan kat hotel, setahun skali pun jadilah. Tapi sedih gak pasal tahun ni tak menang lucky draw, cuma menang satu tiket wayang. Itu pun kena bersyukur juga lah dari tak menang langsung.
Kami juga dapat ambil gambar bersama, lagak di studio. Company bawa satu rombongan photographer dari kedai yg terkenal siap dgn canvas. Kami diberi 1 gambar percuma dan kalau kami berminat nak yg lain kenalah kluar duit sendiri. Harap2 it turns out nice la, boleh aku enlargekan.
Malam ni walaupun aku berlalu pulang tanpa menang sebarang hadiah, namun hati aku tenang dan bahagia kerana kehadiran suami disisi membawa seribu makna. T/kasih wahai suami kerana menemani.
posted by Nona at 2:55 AM 0 comments

Thursday, November 16, 2006

Casino Royale


Mata sakit pun sempat jugak kami menonton wayang . Maklumlah ada tiket free dek menang lucky draw dinner n dance awal tahun ni. Dah nak expired, so baiklah kami cepat redeem. Kami tonton Casino Royale, cite James Bond yg terbaru. Mcm manapun aku still prefer James Bond yg dulu......
posted by Nona at 7:35 PM 0 comments

Tuesday, November 07, 2006

Aku dan Dia


Hari ni kepalaku sakit. Tak bermaya rasanya. Aku hanya duduk di pejabat dan menjamah buah jambu batu yg dibeli teman sekerja. Hendak bercerita di blog, tapi aku ketandusan idea. Lalu aku belek2 kisah2 lama di blog ini. Tetiba hati jadi sayu. Berderai airmata bila baca balik kisah suka duka bersama suami. Kini smua tinggal memori. Dgn adanya blog ini dapat juga aku mengimbau kisah2 yg berlaku sepanjang tahun ini. Apa yg akan berlaku pada hari2 seterusnya, hanya Allah yg Maha ketahui. Walau aku blum totally sembuh internally n externally, namun aku stay focus dan positive. Kekuatan diri segi lahir dan batin dtg dari diri aku sendiri. Andai aku lemah, pincanglah hidupku. Andai aku gagahkan diri, aku akan berjaya menhidupkan kembali institusi sbluah kluarga yg bahagia seperti dulu. Namun smuanya dgn pertolongan yg Maha Esa . Smoga dipermudahkan jalan utk aku dan suami meneruskan hari2 kami dgn penuh kesederhanaan, ketenangan dan kebahagiaan.
"The optimist claims we live in the best of all worlds, the pessimist fears this is true"

* * * *

"The world is a comedy to those who think and a tragedy
to those who feel"
posted by Nona at 1:29 PM 0 comments

Monday, November 06, 2006

Menuju jalan Allah

Adakalanya jiwa ini mengeluh kerana musibah yang menimpa padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan. Apakah Kebahagiaan itu? Apakah kebahagiaan itu berada dalam harta benda? Atau dalam kedudukan dan martabat? Jawapan pasti bermacam-macam. Akan tetapi, marailah kita perhatikan kebahagiaan yang dialami oleh seorang wanita yang disebutkan dalam kisah berikut :
Seorang suami sedang bertengkar dengan isterinya, lalu ia berkata : "sesungguhnya aku akan mencelakakan kamu!" sang isteri berkata dengan tenang: "Engkau tidak akan mampu." Suaminya berkata: "Mengapa tidak?" Sang isteri menjawab:"Jika kebahagiaan berada dalam harta, maka engkau dapat mencegahnya dariku, jika kebahagiaan berada dalam perhiasan, maka engkau dapat menahannya agar sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa pun yang engkau miliki atau dimiliki manusia lainnya.
Sesungguhnya aku menemukan kebahagiaanku dalam imanku, imanku ada didalam hatiku dan hatiku tidak dapat dikuasai oleh seorang pun melainkan Tuhanku."Inilah yang disebut kebahagiaan yang sesungguhnya iaitu kebahagiaan iman. Tiada yang dapat merasakan kebahagiaan ini kecuali hanya orang yang kalbunya telah dikuasai oleh cinta kepada Allah hingga masuk ke bahagian yang paling dalam dan begitu pula jiwa dan fikirannya. Pada hakikatnya, yang memiliki kebahagiaan adalah Tuhan yang Esa.
Oleh itu carilah kebahagiaan dengan taat kepadaNya. Sesungguhnya jalan satu-satunya untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan mengenal agama yang benar iaitu dibawa oleh Rasulullah. Barangsiapa yang telah mengenal jalan ini, maka tidak menjadi masalah baginya jika harus tidur di pondok dengan debu sebagai bantalnya atau sepotong roti sebagai bekalannya demi menjadi orang yang paling bahagia di dunia.
Adapun mereka yang menyimpang dari jalan ini, maka hari-harinya akan dihiasi dengan kesedihan, hartanya akan menjadi beban, amal perbuatannya akan merugikan dan kesudahannya ia beroleh kehinaan dan kekecewaan.
posted by Nona at 1:38 PM 0 comments

Wednesday, November 01, 2006

Nilai cinta



Kasih ...
Anyamkanlah aku bersamamu
Sayang ...
Dakapkanlah aku bersamamu
Rindu ...
Bawakanlah aku bersamamu
Agar ia tahu betapa tinggi
CINTA INIā€¦..
posted by Nona at 10:54 AM 0 comments