Empayer Hatiku

Friday, January 27, 2006

Anak ku..

Kekuatanku yg paling kuat adalah lahir dari anak2. Merekalah sumber inspirasi, memberi aku satu energi utk aku lebih kuat dan tabah. Sejauh mana aku mampu bertahan....hanya Allah yg Maha Mengetahui. Setiap hari aku berdoa minta rumahtangga ku pulih. Ku berdoa minta suami ku berubah . Ku berdoa suami ku sedar dari tidurnya. Ku berdoa kluargaku akan kembali aman dan sejahtera seperti dulu. Namun sebagai insan, aku hanya mampu berdoa.....Hanya itulah yg terdaya aku lakukan sebagai isteri yg telah dikhianati oleh insan yg amat aku sayangi - suamiku.....
posted by Nona at 8:42 AM 0 comments

Hati terluka

Waktu kita bersama indahnya ku alami
Waktu kita berdua janji janji bersemi
Apa pun rintangan dapat kita harungi
Apa pun persoalan dapat kita jalani

Namun semuanya
Berubah dalam sekelip mata
Hati terluka bila ku sedar
Kau khianati cinta
Jiwa meronta bila ternyata
Kau menduakan cinta
Sungguh ku tak menyangka
Begini di akhirnya
Kau tinggalkan ku hati terluka

Menggamit kan kembali waktu kau melafaz cinta
Sambil ku sarung cincin sebagai tanda setia
Menggamit kan kembali waktu kau kesedihan
Ku kesat airmata yang jatuh berlinangan

Ku terima semuanya dengan tabah
Mengharapkan ada hikmah…

~I like this song~
posted by Nona at 8:09 AM 0 comments

Wednesday, January 25, 2006

Perubahan


Semakin hari, suamiku semakin berubah. Dia pulang awal. Dia semakin menjadi seorang yg penyayang. Selalu mengusapku. Memeluk ku. Namun itu belum cukup utk aku mempercayainya. Aku masih lagi berprasangka terhadapnya. Sukar utk kembalikan kepercayaan yg telah hilang. Ia akan mengambil masa yg lama utk aku mempercayai setiap kata2nya. Hati wanita kalau dah retak payah utk dicantum kembali.

Akan tetapi utk kebaikan 2 belah pihak, aku akan cuba melupakan kisah2 silamnya. Walau payah, walau menyakitkan, namun aku perlu kuat dan tabah. Hari2 aku berdoa, diberi ketetapan hati agar hatiku tidak berbelah bagi. Syaitan slalu berbisik agar aku minta dilepaskan. Agar aku akan menjadi bebas tanpa perlu memikirkan ttg nya. Aku mungkin akan merasa bahagia seketika tanpa ada ikatan dari sesiapa, tapi mampukah aku bahagia selamanya. Mungkin akan ada masaalah2 lain yg datang. Mungkin orang baru yg akan hadir dlm diriku lebih teruk dari suamiku. Mungkin suami baruku adalah seorang kaki pukul dan kaki judi. Yang pasti aku tidak akan dapat ibu mertua lain yg sebaik ibu mertuaku yg satu ini. Dialah yg byk memberi aku perangsang, kekuatan dan keyakinan. Dialah yg sentiasa berdiri di blakangku bila aku berada dlm ambang kegusaran. Dialah yg byk membantu kami dlm setiap aspek kehidupan kami. Semoga dgn doa dari orang tua, kehidupan kami akan diredhai Allah pada setia masa....Insyaallah.
posted by Nona at 1:41 PM 0 comments

Tuesday, January 24, 2006

Mampukah Aku

Mampukah aku menjadi Wanita Solehah?
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....
posted by Nona at 3:46 PM 0 comments

Terguris



Rajukku tidak panjang
Juga tidak selalu
Rajukku bukan marah
Cuma hati yang tercalar
Rajukku bukan meminta perhatian
Hanya sebuah pengertian
posted by Nona at 3:46 PM 0 comments

Setia Kasih

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan
Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma...
adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

( korus )
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana
Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya
Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia

posted by Nona at 8:46 AM 0 comments

Monday, January 23, 2006

Berjaya

Berjaya....Yes....selama seminggu kami berjaya menhidupkan suasana damai tanpa ada sebarang pertengkaran. Selepas menerima rawatan dgn Ustaz, aku merasa lebih tenang. Aku dapat mengawal perasaan walau terkadang masih dtg perasaan2 hiba. Yang payah bagi aku adalah utk hentikan diriku dari terus mengelamun dan termenung mengenangkan kisah2 lalu. Aku sering dikejutkan oleh hubby dari lamunan. Memang payah, tapi aku harus berusaha kuatkan diri ini utk luputkan sejarah silam. Mampu atau tidak, terletak pada diri aku sendiri. Semoga aku diberi kekuatan itu...
posted by Nona at 10:21 AM 0 comments

Papa

Tiada siapa yg dapat berada dalam hati ini kecuali kamu Pa. Betapa hati ini terlalu menyayangi kamu. Selepas kematian ibu, kamu adalah orang kedua yg bertahta di hati ini. Mampukah cinta kita bertaut kembali seperti dulu? Mampukah kita sama2 mempertahankan mahligai ini Pa? Hanya Allah yg akan menentukan segalanya.....
posted by Nona at 9:49 AM 0 comments

Friday, January 20, 2006

Membelai Cinta

PETUA MEMBELAI CINTAOleh Ustaz Ismail Kamus Nota:

Petua Membelai Cinta yang disampaikan oleh Us. Ismail Kamus ini begitu popular dan banyak dijadikan rujukan dan motivasi kehidupan rumahtangga. INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri? Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya. Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah. Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan. Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam.
Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat,hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

TEGUR CARA BERHIKMAH ...
Ustadz Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada- Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya,menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepadanya jua mereka dikembalikan." "Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya." Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda. Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya, "Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut(kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. KepunyaanNya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada diantara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah." Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat. Nabi bersabda, Barangsiapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."
posted by Nona at 8:39 AM 0 comments

Wednesday, January 18, 2006

Perjalanan yg panjang

Aku telah melalui alam perkahwinan lebih dari 10 tahun. Mampukah aku mempertahankan mahligai ini 10 tahun lagi? Perkahwinan ibarat satu perjudian yg tidak ada orang yg mampu meramalkan apa akan berlaku hari ini , esok dan lusa....

Kehidupan ini pula bagai sebuah pantai . Kadang ia tenang, cukup mendamaikan. Kadang ia dilanda ombak yg kuat menghentam pasir2 di tepian. Kehidupan ini ada pasang surutnya. Hanya kita yg harus bertahan dek pukulan ombak ....

Sebagai insan biasa, aku hanya mampu bersabar. Dugaan yg datang semua dari Allah. Mungkin Allah ingin menduga sejauh mana kesabaran, kecekalan dan ketabahan aku sebagai hambaNYA. Aku rasa jika aku tidak ditimpa masaalah berat seperti ini, aku jadi seorang insan yg leka. Mungkin aku akan lalai dlm melakukan tanggung jwb sebagai seorang muslim.

Kini aku rasa lebih tenang. Zikrullah adalah kekuatan utk aku melawan pada prasaan2 hiba, marah dan geram. Kini aku cuba mendekatkan diriku pada Al-Quran. Sedaya mungkin aku akan mengaji pada setiap subuh dan maghrib. Aku cuba memahami makna pada setiap surah2 yg baik. Aku cuba menghafal ayat2 yg baik yg boleh mengeratkan kasih sayang suami isteri. Salah satunya surah Al-Imran ayat 31 dan surah Al-Dzariyat 47/48. Aku akan titipkan nama suamiku lalu bermohon agar kasih kami kekal sepanjang hayat.....
posted by Nona at 2:43 PM 0 comments

Dusta

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana

Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura

Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu...
posted by Nona at 2:42 PM 0 comments

Ku menantimu

Setiap malam aku masih setia menanti kepulangan suamiku walau jam menunjukkan selepas 12 t/malam. Aku tetap akan sediakan "supper" untuknya. Maggie ke, telor goreng ke, burger ke,
something simple utk dia alas perut. Dulu, setahun dulu, aku malas. Kadang bukan aku tak nak tunggu atau sediakan, dia yg tak nak. Alasannya kenyang lah, malas nak makanlah, tak lapar lah. Macam2 alasan, rupanya dia hanya inginkan waktu sendirian supaya dia dapat message betina itu.

Itulah sebabnya sekarang walau mataku terkulai layu, aku tetap akan menanti kepulangannya di muka pintu dan menemaninya makan . Ustaz menasihatiku supaya mendekatinya kembali dan berusaha memenangi hatinya dgn menaburkan kasih sayang. Itulah salah satu cara utk membangkitkan kemesraan bersama.

Semalam dia tampak girang. Menceritakan bermacam2 cerita di tempat kerjanya. Sampai tak sempat duduk di meja makan, selepas mandi dia terus bercerita. Aku hanya mendengar dgn setia sambil memberi sepatah dua kata. Dalam renungan mataku pada matanya, aku sempat berbisik dlm hati, mampukah kau mengubati lukaku yg dalam ini wahai suamiku......

Kami akhiri malam kami dgn pelukan dan kucupan yg penuh mesra. Dia mengusap rambutku, mencium dahiku lalu memandangku seolah2 menyesal atas apa yg berlaku antara kita. Aku terlena dalam dakapan suamiku yg sudah mula menunjukkan tanda2 ke arah yg positif. Semoga semua ini bukan igauan, semoga semua ini bukan mimpi, semoga semua ini akan kekal ......
posted by Nona at 1:39 PM 0 comments

Fikiran melayang

Setiap hari, setiap saat aku masih berfikir samaada kedamaian akan hadir dlm rumahtangga ku. Dapatkah suami ku pulih dari ingatan. Dapatkah beliau melupakan betina itu. Dapatkah cinta kami kembali berputik seperti dulu.

Walhal sebelum aku mendapat tahu yg dia ada wanita ketiga, rumahtangga kami seperti biasa. Tiada kegencotan yg ketara. Kami masih lagi tidur dlm pelukan pada setiap malam. Kami masih berkucupan pada masa2 tertentu. Kami masih berpegangan tangan bila kami berjalan. Namun yg ketara, perbualan semakin pudar hari demi hari. Tiada lagi cerita2 ttg kawan2, ttg pekerjaan. Kami semakin byk berdiam. Seperti tiada topic2 yg menarik utk dibualkan.

Aku silap kerana terlewat menyedari ada sesuatu yg telah berlaku diluar jangkaanku rupanya. Aku leka ..... I take things for granted. Tiada yg mustahil dlm dunia ini. Semuanya berkemungkinan....
posted by Nona at 8:33 AM 0 comments

Tuesday, January 17, 2006

Rawatan 2


....Suami akhirnya bersetuju utk bertemu dgn ustaz. Tapi beliau tidak mahu dikata terkena sihir. Aku beralah, mengatakan yg sakitnya aku. Aku yg ada gangguan, sebab itu bila kami bergaduh aku seperti disuruh2 utk mengambil pisau dan bunuh diri. Tahap kekuatan aku dlm melawan gangguan semakin menipis. Semoga ada ruang utk aku sembuh selepas rawatan ini.

Ustaz hanya bercakap2 dgn nya, sambil menyuruh aku ketepi. Mungkin jika aku tidak ada disisi suamiku boleh bercakap dgn selesa. Whatever....asalkan ustaz dapat menyembuhkan penyakitnya. Asalkan suamiku dapat melupakan betina itu.

Lama juga mereka berbual2. Mungkin ustaz cuba menasihatinya. Mungkin Ustaz suruh dia berubah. Mungkin Ustaz suruh dia menjaga aku yg sakit. Mungkin...mungkin...dan beribu kemungkinan....
posted by Nona at 5:52 PM 0 comments

Rawatan 1

Syukran...pada sabtu dan Ahad lalu aku berjaya kuatkan diri utk buat rawatan. Aku ambil kesempatan bila ada Ustaz dari M'sia yg hadir utk buat seminar di Spura. Kebetulan beliau ada menjalankan rawatan pada malam sebelum seminar tersebut. Aku ke tempat yg dituju dgn perasaan yg berdebar2. Harapan ku agar suami dapat dipulihkan dari sihir/gangguan.

Ustaz itu juga memberi aku dan suami air buat minuman dan mandian. Aku juga dinasihatkan utk membawa suami bersama pada esok hari utk melihat sejauh mana gangguan yg ada padanya. Pada mulanya beliau berdiam diri bila diajak ibu mertua dan abangku. Beliau seperti berdegil tidak mahu ikut sama. Lama jugak aku menangis memujuknya. Aku cuba beri beliau kesedaran bahawasanya jika tidak berusaha, masaalah akan bertambah rumit. Aku cuba terapkan ke dlm otaknya yg dia tidak mungkin dapat berkahwin dgn wanita itu kerana betina itu sendiri sudah berkahwin dan mempunyai anak2. Dia hanya inginkan wang dari hasil titik peluh suamiku. Dia hanya ingin perbodohkan suamiku. Namun suamiku tetap tidak mahu terima kenyataan yg beliau disihir. Walhal aku telah bertemu dgn 3 orang yg mengatakan perkara yg sama.

Aku memberi dia kata muktamad samaada ingin berjumpa ustaz atau kita ke mahkamah saja. Aku dah tak larat menanggung semua ini. I gave up. Kalau dia tidak sygkan anak2 dan aku lagi, tak perlu kita duduk sebumbung lagi. Aku redha. Aku terima smua walaupun pahit. Aku telah bersedia. Aku menangis dgn penuh hiba. Terisak2 sehingga kaki dan tanganku mengeletar. Aku tak boleh depress atau stress. Aku tak boleh terus-terusan menangis, aku akan merasa sebal pada tangan dan kaki.

Suamiku sudah mula takut. Dia menghampiriku lalu diusap2 kaki dan tanganku. Dia cuba genggam dan memanaskan tangan dan kakiku. Aku dapat merasakan kehanggatan jari jemari suamiku yg sasa itu. Hatiku sayup, hiba dan sedih yg amat sgt. Dalam getaran pada seluruh tubuhku, fikiranku berputar, aku merasakan betapa aku amat syg padanya. Betapa aku tidak mahu kehilangannya. Betapa aku merasa gelap dunia ini tanpanya. Mudah utk kita ungkapkan ucapan selamat tinggal pada sebuah perhubungan, namun tak semudah itu utk kita melepaskan kasih yg sudah lama bertaut . Ya Tuhan....pulihkanlah rumahtangga kami....

Arggghhhh.....aku jatuh diatas pangkuan suami. Aku pengsan. Aku terkulai layu. Hanya kedengaran suara ibu mertua, kakak dan abangku. Mereka titipkan air buatku. Disapu mukaku dgn air jampi dari ustaz. Menangis ibu mertuaku. Dia seperti merayu pada anaknya agar tidak menyeksa aku lagi. Aku dapat merasakan kesedihan ibuku. Tapi suamiku tidak akan merasa apa2 kerana beliau telah disihir. Beliau seperti antara sedar dan tidak. Lalu aku dipapah ke kamar tidurku. Berbaring pada katil yg telah 10 tahun kita kongsi bersama....
posted by Nona at 5:19 PM 0 comments

Yang Ketiga

Aku dikejut dari lamunan . Talipon di pejabatku berbunyi. Aku terperanjat menerima panggilan dari wanita ketiga. Beliau cuba ingin menyakiti hatiku dgn berkata mcm2 ttg suamiku. Aku tenang, tidak cepat melatah. Aku juga harus sama2 berlakon dgn pompuan tak bermaruah itu. Setiap ungkapannya aku akhiri dgn Alhamdullilah sehingga beliau geram dan menyuruh aku hentikan kekata Alhamdullillah. Dia seolah2 terasa yg ungkapan aku itu hanya utk perli setiap kenyataannya. Namun hanya Tuhan yg tahu betapa sakitnya hati ini, menghadapi orang ketiga.


Namun tanpa sempat beliau meneruskan benang yg basah. Tanpa sempat beliau mengajar aku bagaimana utk menyelesaikan masaalah. Aku letak ganggang talipon. Mengapa harus aku melayan setiap patah perkataan yg hanya akan melukakan aku lagi. STOP.

Hari yg kedua dia talipon lagi . Kali ini tanpa menunggu lama aku terus letakkan ganggang talipon. Aku tidak mahu hilang fokus pada pekerjaan ku. Betina giler.

Yang hairannya, suamiku seperti tidak percaya yg dia sanggup talipon aku di tempat kerja. Betina itu berani bersumpah (mintak2 satu hari sumpah akan makan dirinya) yg dia tidak pernah menaliponku. Suamiku tak suka aku menuduh sembarangan sedangkan aku sudah 4 kali berbual dgnnya, kepastian ku pada suaranya100% . Tanpa perlu ada keraguaan lagi. Suami ku menyangkal yg dia merayu2 seperti yg ceritakan. Suamiku menyangkal semua kata2 betina itu.

Baru aku tahu yg betina itu hanya ingin memburukkan lagi keadaan. Dia hanya ingin membuat kami bertengkar. Aku tak mahu teruskan pertengkaran hanya kerana seorang betina. I make sure hubby never bring up any issue about her when he reach home. At least ia boleh membuat aku sedikit tenang. Ya Tuhan berikan aku ketenangan....
posted by Nona at 1:31 PM 0 comments

Monday, January 16, 2006

Hakikat Perkahwinan

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya.Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidakbergula.Syurga rumahtangga itu fitrah hati. Naluri semulajadi yang pinta diisi. Kerananya jejaka rela menjadi suami.Kerananya perawan rela menjadi isteri.Masing-masing dengan harapan agar rumahtangga membawa kebahagiaanMatlamat yang satu tapi jalannya berliku.Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza. Lalu bermacamlah jalan ke sana. Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta. Diukir dari intan permata(Wah , suamiku seorang jutawan)Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..Ditempa oleh wajah rupawan( Wah, isteriku seorang celeberity)Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa. Dituai oleh pangkat dan jawatan( Wah, suamiku seorang negarawan)Pelbagai jalan menimbulkan dilema. Mencari yang benar mempelai tersasar.

Kalaulah bahagia itu pada harta.
Kalaulah bahagia itu pada nama.
Kalaulah bahagia itu pada rupa.
Kalaulah bahagia itu pada kuasaKenapa Charles dan Diana berpisah.
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah.
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati.
Kesannya zahir rupanya maknawi.
Terpendam bagai permata dalam hati.
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI. Bertakhta di kerajaan diri. Bahagia itu pada JIWA.
Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu KESABARAN.
Bila susah tak gelisah. Bila miskin tak pemarah. Bila gagal tidak resah.
Oh, suamiku,inalillah....Hakikatnya bahagia itu ketenanganBila hati mengingati tuhan...

Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hatisuami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.Binalah rumahtangga atas tapak iman. Tuluskan niat luruskan matlamat'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi''isteriku, kaulah permaisuri hati.....'penyeri Islamku nanti muktamadlah akadsahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinan pun terserlah. Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhanIman itu tujuan Syariat itu jalan tempat merujuk segala permasalahan. Tempat mencari semua penyelesaian- isteriku, taatilah hukum Allah....- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.wBinalah hidup di neraca maarufRumah jadi sambungan madrasah...Seninya kerana solat...Indahnya oleh munajat. Tapaknya ....iman Jalannya ....syariat Natijahnya.....akhlak. Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia danpenyayang suami' 'cinta dan kasih isteri'lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah.

~dari rixal blogdrive~
posted by Nona at 4:37 PM 0 comments

Friday, January 13, 2006

Bersamamu










Artis : siti sarah
Lagu : bersamamu

jangan di ucap selamat tinggal
pada diriku yang menantikanmu
telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri hidup bersamaku

chorus
tidakkah kau kasihan kepadaku
yang mengharapkan cintamu
mengalir air mataku
merintih dalam pilu bila kau berlalu

serikanlah semula mahligai hati yang lara
bertahun lama ku tunggu
bertaut cinta yang satu (lalu)
berikan ku cinta
sembuhkanlah luka lama
selagi kasih membara daku setia selamanya

jangan diucapkan perpisahan
sayup suaramu menghilangkan rindu
pasrahku didalam kerinduan
kasih ku padamu subur di hatiku....
posted by Nona at 2:50 PM 0 comments

Hilang pedoman


Terkadang aku rasa ingin menjauhkan diri dari hubby. Malah aku minta dilepaskan supaya jiwa aku tak diseksa lagi. Tak larat dan tak tertanggong rasanya menderita menghadapi suami yg berlaku curang. Namun aku tak pernah menyalahinya, mungkin aku ada berbuat silap sehingga dia mencari pada yg lain. Manusia tidak lepas dari berbuat silap. Mungkin dulu aku leka dlm melakukan tanggungjwb sebagai isteri. Tapi aku beri sepenuh perhatian padanya. Aku bersamanya dlm susah dan senang. Menyayanginya sepenuh jiwa.

Namun satu sikapnya yg aku puji, dia tidak pernah menyalahi aku dlm masalah ini. Malah dia mengaku kesilapannya dan berani bertanggungjwb . Dia tidak pernah ingin menyuarakan kekuranganku. Dia slalu memuji yg aku adalah isteri yg baik. Dia yg jahat, dia yg tak kuat iman.


Setiap kali selepas kami bertengkar, dia akan dtg dan pujuk aku. Dia akan peluk dan usap rambutku. Dia akan beri aku perangsang supaya kuat dan tidak tewas. Dia slalu suruh aku bertenang supaya aku tidak hilang pedoman. Aku terlalu stress terkadang seperti orang hilang akal. Melakukan sesuatu yg diluar jangkaan.

Minggu lalu aku seperti disuruh2 utk mengelar lenganku. Aku mengasah pisau lalu menghiris dan menetak lenganku yg putih. Aku seperti orang hilang akal. Aku seperti dirasuk. Kami tak tido sampai lewat pagi. Mengapakah aku jadi begini? Mengapa aku terlalu lemah semangat. Bak kata bapa mertuaku, kenapa harus aku meratap menyeksa diri pada suami yg tidak kaya, tidak juga tampan, malah curang. Aku bukan nangis kerana seorang lelaki. Aku meratap hiba kerana sedih ikatan yg terbina sekian lama hancur . Impianku ingin hidup bahagia sehingga akhir hayat seperti putus ditengah jalan. Aku kasihan pada anak2 yg akan menjadi mangsa. Mereka sajalah penglipur laraku buat saat ini. Hanya mereka yg mampu membuat aku tersenyum dlm tangisan....

posted by Nona at 8:23 AM 0 comments

Thursday, January 12, 2006

Hati


Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?

-ElleaNur05-
posted by Nona at 8:20 AM 0 comments

Wednesday, January 11, 2006

Kesilapan


I may not be a perfect wife. Tapi sebagai suami dia sepatutnya memberi aku petunjuk dan bimbingan yg sewajarnya. Aku telah berusaha sebaiknya utk berubah sikap dan perilaku. Aku berusaha menjadi isteri yg baik. Aku sanggup tunggu dia pulang dari kerja walau selewat mana sekalipun. Aku siapkan 'supper' utk nya setiap hari supaya dia tidak kelaparan. Aku dah lakukan apa yg patut aku lakukan. Apa lagi yg harus aku buat? Apa?

Berapa lama harus aku bersabar, menunggu pada satu jawapan yg belum pasti. Aku merana, sengsara dlm kemelut hati yg lukanya terlalu mendalam. Mampukah aku bertahan? Mampukah aku? Wanita yg tiada ibu bapa akan diperlakukan sesuka hati oleh suami. Mereka merasakan mereka diberi kuasa sepenuhnya. Tapi suamiku lupa aku masih punyai kakak2 dan abang2. Cuma aku belum bersedia beritahu mereka. Aku malu, selama ini mereka sangkakan rumahtangga ku bahagia, kerana aku jenis yg lively, aku berjaya menutup semua kesedihanku. Tapi bak kata teman baik ku sampai bila harus aku menyembunyikan lara di hati....
posted by Nona at 8:29 AM 0 comments

Friday, January 06, 2006

Perasaanku


Entah kenapa hati ini terlalu sayang kat hubby .Perasaan sayang ini tak pernah luntur sejak 12 tahun lalu. Payah utk aku ucapkan perpisahan sekiranya antara kita mmg tidak ada jodoh lagi. Dia tidak setampan atau sekaya mana tapi entah kenapa aku masih mahu sehidup semati dgn nya. Aku masih sanggup bersabar dgn karenahnya. Masih mahu memaafkannya. Masih mengharapkan perubahan darinya. Tapi sampai bila aku boleh bertahan. Hati wanita selembut sutera, mudah tersentuh dan terasa hati. Aku telah cuba sedaya upaya utk menjadi wanita yg kuat dan tabah. Namun aku selalu gagal, aku menjadi lemah dan tidak berdaya lalu tangisan adalah satu2nya temanku yg sentiasa menemaniku pada waktu aku dlm kedukaan.

Malam ini aku bersolat hajat. Ku mohon Allah akan pulihkan rumahtanggaku yg dlm kebinggungan. Ku mohon Allah berikan kami jalan. Moga diberi petunjuk pada suamiku supaya dapat kembali kepangkal jalan. Jadikanlah suamiku seorang suami yg jujur dan berhemah. Semoga tanggisan dan rayuan ku dikeheningan malam akan kedengaran oleh yg Maha Esa.

Walau kami selalu bertelagah, namun kasih sayang kami masih mendalam. He still treat me very well. Aku masih dlm hangat pelukannya pada setiap malam. Aku masih diberi kucupan sebelum terlena. Terkadang aku tak pasti apakah perasaan yg hadir antara aku dan dia. Marah, geram but at the same time teramat sayang . Setiap malam kami berpelukan bagai tidak ada siapa yg dapat memisahkan kami. Namun keyakinanku pada rumahtangga ini masih tipis. Aku pasrah......
posted by Nona at 8:31 AM 0 comments

Thursday, January 05, 2006

Awal tahun baru


Perkahwinanku semakin lama semakin runcing. Aku dlm kegelapan. Masih mencari sinar. Masih menanti pada sebuah jawapan yg belum pasti. Ya Rabbi beri kan aku jln adakah aku harus meneruskan perkahwinan ini demi kebahagiaan anak2 ku....

Mampukah aku mempertahankan sebuah mahligai yg tiada kejujuran. Mampukah aku bersabar dgn sikap seorang suami yg mempermainkan aku....mampukah aku...mampukah aku....

Mengapa harus dia menduakanku sedangkan aku cukup sayang padanya. Segala susah payahnya aku tempuh bersama. Inikah balasannya ... knapa lelaki tak pernah menghargai jerih payah isteri....knapa...knapa.
posted by Nona at 7:33 AM 0 comments