Empayer Hatiku

Thursday, September 28, 2006

Tired

Aku rasa badan ku teramat letih sejak beberapa hari ini. Hari2 aku pulang lewat kerana terpaksa kerja lembur. Pulang jam 9 mlm. Tak byk masa bersama anak2. Tunggu suami pulang dari kerja jam 11 mlm. Tidur lebih kurang jam 12.40 mlm. Bangun sahur jam 4.30 pagi. Hai ... brapa jam aje lah aku tidur. Mata ku kuyu je bila di tempat kerja. Anyway aku tak kisah, yg penting aku mesti sihat supaya dapat menjalani kehidupan harian dgn lebih tenang tanpa gangguan emosi .
posted by Nona at 8:47 AM 0 comments

Monday, September 25, 2006

Don't cry


"Who do you run to when the only person who can make you stop crying is exactly the one who is making you cry?" -Dr. Anne Wilson-
posted by Nona at 5:34 PM 0 comments

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan

Hari ini bermulanya kita berpuasa. Smoga tahun ini aku akan bertambah sihat dlm menjalani ibadah puasa. Doaku agar aku akan diberi kekuatan iman utk lebih kuat beramal ibadah. Harapanku juga Ramadhan kali ini membawa ketenangan dan kebahagiaan buat aku dan suami. InsyaAllah....
posted by Nona at 9:23 AM 0 comments

Kuruskan badan

Aku jumpa petua ni kat 1 of the blog : BAGI MEREKA YANG INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN,CUBALAH PETUA INI....

2 BIJI LIMAU NIPIS DITEBUK TENGAH-TENGAH BUAT SATU LUBANG. MASUKAN BUNGA CENGKIH.REBUS KEMUDIAN MINUM SUAM-SUAM 3 KALI SEHARI.

RENDAM DUA UNCANG TEH DALAM MUG DENGAN AIR PANAS. POTONG DUA BIJI LIMAU NIPIS,PERAH AIRNYA KEDALAM TEH TADI. BILA DAH SUAM,MINUMLAH SEBELUM TIDUR.INSYA ALLAH BERKESAN JIKA RAJIN AMALKAN

NOTA: TEHNYA TAK BERGULA TAU WALAUPUN SEBIJI.

JINTAN MANIS BUANG LEMAK PANGKAL PAHA. REBUS JINTAN MANIS BERSAMA 5 ATAU 6 CAWAN AIR HINGGA MENDIDIH. AMALKAN MINUM AIR TERSEBUT PAGI DAN PETANG. LIHAT PERUBAHANNYA DALAM MASA 3-4 MINGGU.
posted by Nona at 8:15 AM 0 comments

Thursday, September 21, 2006

Hari Lahir

Hari ini adalah hari lahir anakku yg sulung. Dah 10 tahun anakku. Buat julung2 kalinya suami dapat bersama menyambut hari lahir anaknya. Kami bersama2 membeli kek dan hadiah utk nya. Jelas kelihatan betapa bahagianya dia bila kami meraikan bersama neneknya. Smoga anakku menjadi anak yg solehah dan berguna dunia dan akhirat. InsyaAllah.
posted by Nona at 8:37 AM 0 comments

Tabah

Hari ini aku cuti sakit. Mataku bengkak dan mengeluarkan discharge. Dlm masa itu suamiku pula bercuti so sempatlah jugak aku cat kan rumah kakakku. Alhamdullilah, kami buat satu kerja kebajikan pada kakakku yg sudah kematian suami. Kesian, dah tak ada suami kat rumah, smua kerja harus dibereskan sendiri.
Sekuat mana wanita itu, adakalanya kehadiran lelaki masih diperlukan dlm setiap rumahtangga. Ketiadaan suami menjadikan hidup isteri tempang kerana secara pisikal kita tau lelaki mmg lebih kuat dari wanita.Ada sesetengah perkara mmg memerlukan kepakaran mereka.
Hanya kluarga lah tempat kakakku bergantung harap. Syukur adik bradik aku smua bersedia membantu mana yg terdaya. Kami sama2 bergotong royong dan berbincang dlm byk hal. Smoga dia tabah mengharungi hidupnya. Ini perjalanan hidup dia, perjalanan hidup kita blum tau lagi mcm mana. Smua takdir Allah, yg penting kita harus tabah dan redha. InsyaAllah, kehidupan kita akan lebih tenang .....
posted by Nona at 8:06 AM 0 comments

Wednesday, September 20, 2006

Baju Raya

Hari ini aku perigi ambil smua upah baju kurung sekeluarga. Alhamdulillah, dapat juga mereka siapkan sblum Ramadhan. Aku mmg suka siapkan smua keperluan kluarga lebih awal agar tidak kelam kabut. Anak2 ku nampak cantik dgn baju2 mereka. Smoga Raya tahun ini membawa berkah buat aku, suami dan anak2. Serik rasanya bila ingatkan Raya 2/3 tahun lepas. Ya Allah, lindungilah diri kami skluarga dari balak dan fitnah orang yg bencikan aku....
posted by Nona at 1:46 PM 0 comments

Tuesday, September 19, 2006

Aku masih di hati

So sweet of hubby , fetch me with his company's van. I was in the bus when he called. Terpaksalah aku turun di salah sbuah bus stop berdekatan . Sempat pula kami bersarapan roti prata. Dah 3 minggu tak sarapan sama sejak dia kena masuk awal ke tempat kerja. Bahagia ku rasakan bila suami masih ada hati nak jemput ku walau dia masih dlm urusan kerja. Hari ni nak buat kerja pun penuh energy. Bahagia di hati akan terpancar pada wajah. Itulah yg aku rasakan. Kalau bertengkar dgn hubby, mood smua hilang, nak berceloteh dgn teman sekerja pun tak de idea. Itulah tandanya cinta ku amat mendalam pada mu Pa....
posted by Nona at 8:33 PM 0 comments

Monday, September 18, 2006

Kata Pujangga

Kata pujangga perempuan bagaikan angin ..
lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang...
Adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan.
Adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun..
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini....
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
posted by Nona at 5:26 PM 0 comments

Sunday, September 17, 2006

Santai


Hari ini suami ajak aku dan anak2 relax di sbuah taman berdekatan dgn rumah. Sesekali best jugak santai ditemani burung2 berkicauan dan angin sepoi2 bahasa. Sekurang-kurangnya ada juga ketenangan yg aku kecapi pada Ahad ini.....Thanks Pa !
posted by Nona at 2:03 PM 0 comments

Friday, September 15, 2006

Kesabaran

Suami-Isteri Harus Sabar
Seorang suami harus berlaku sabar terhadap isterinya jika ada sesuatu pelayanan isteri yang kurang menyenangkan, sedang dia telah mengetahui kelemahan isterinya sebagai seorang perempuan di mana dia sebagai manusia biasa tidak luput dari kekurangan. Sedang di balik kesalahan dan kekurangan itu, isteri juga mempunyai kebaikan-kebaikan dan kelebihan-kelebihan.
Di dalam salah satu hadisnya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seorang mu'min (suami) tidak boleh membenci seorang mu'minah (isteri), jika dia tidak menyukai lantaran sesuatu perangainya, maka dia akan senang pada perangainya yang lain." (Riwayat Muslim)
"Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya itu justru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak." (an-Nisa': 19)
Sebagaimana suami disuruh sabar terhadap sesuatu yang tidak disukainya dari isterinya, maka begitu juga seorang isteri diperintah supaya memberi kesenangan kepada suaminya semampu mungkin, dan jangan sampai seorang isteri tidur malam sedang suaminya dalam keadaan marah. Dalam hadis Nabi dikatakan:
"Ada tiga orang yang sembahyangnya itu tidak dapat melebihi kepalanya walaupun hanya sejengkal, yaitu: 1) Seorang laki-laki yang menjadi imam pada suatu kaum sedang kaum itu tidak suka, 2) Seorang perempuan yang tidur malam sedang suaminya murka kepadanya. 3) Dua saudara yang saling bermusuhan." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban
posted by Nona at 1:49 PM 0 comments

Allah Berfirman

Allah berFirman:

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
posted by Nona at 1:31 PM 0 comments

Buatmu suami

wahai sang suami, aku ini sama seperti isteri2 lain nya yg punya hati, perasaan
dan jiwa seorang perempuan.
Buat seketika...dengarlah... hayatilah...rintihan seorang isteri.
Keluhan seorang ibu, nukilan seorang aku yang bernama perempuan.
Selesai saja sebuah ijab qabul, maka...perempuan ini akan jadi milikmu.
Dialah teman sepertiduran, dialah rakan sepenghidupan, dialah sahabat seperjuangan
berjuang di dunia yang sementara ini demi sebuah kebahagiaan hakiki di alam sana kelak.
Bukankah itu matlamat kehidupan insan?
Wahai sang suami, engkaulah payung buat isterimu bernaung.
Engkaulah penglipurlara buat isterimu bergembira.
Engkaulah dahan kukuh buat isterimu berteduh.
Engkaulah ketua tempat isterimu mencurah taat setia.
Sesungguhnya...seorang yang bernama isteri itu, amat memerlukan bimbinganmu.
Amat berkehendakkan cinta dan kasih sayangmu.
Amat mendambakan sebuah pengertian dari engkau sang suami tersayang.
Wahai sang suami, tatkala mahu kau sakiti isteri, cuba kau berfikir sejenak...
bayangkan isterimu itu ibumu, letakkan ayahmu di tempat engkau sekarang
lantas...bayangkan engkau sedang menyaksikan sebuah penyeksaan.
Gambarkan seolah-olah engkau ini seorang anak kecil yang sedang memerhati ibumu.
Zahirnya terseksa menahan sakitnya rasa.
Batinnya merana menahan pedihnya.
Jiwa hatinya hancur luluh dek punahnya sebuah harapan.
Harapan seorang isteri yang bernama perempuan.
Wahai sang suami, sanggupkah engkau melihat ibumu diperlaku sebegitu?
Aku yakin ...tak akan ada seorang pun anak manusia yang sanggup melihat ibunya diseksa...dianiaya...didera...justeru...apa beza antara ibumu dan isterimu?
Kedua-duanya juga perempuan. Kedua-duanya juga isteri kepada seorang suami.
Mereka perlukan pembelaan, pengertian, dari seorang lelaki bergelar suami.
Wahai sang suami yang bergelar ayah, tatkala engkau sedang dirasuki syaitan.
Ketika engkau sedang membelasah isterimu.
Di satu sudut ... ada seorang anak kecil yang sedang memerhati,
melihat ibunya diseksa ayah sendiri, hinggakan...
tiada lagi airmata yang mengalir yang tinggal sekadar sekeping hati yang merana.
Yang ada hanyalah sebuah jiwa yang terluka.
Meskipun luka bakal sembuh, parutnya akan kekal bersama meningkatnya usia.
Tidakkah engkau kasihan akan anakmu itu?
Wahai sang ayah, cubalah engkau renung-renungkan.
Bila besar kelak, tatkala anakmu sudah dewasa nanti, bayangkan...gambarkan...
jika dianya lelaki...kalaulah dia juga jadi pembuli dan pendera seperti mu.
Jika dianya perempuan...kalaulah dia juga dibuli dan didera suaminya kelak.
Bagaimanakah perasaanmu nanti? ataukah engkau ini sudah tiada perasaan lagi?
mungkinkah engkau ini seekor haiwan yang bertopengkan manusia?
Berubahlah suami...berubahlah ayah...masih belum terlambat untuk mereka ...
menggapai bahagia dan sejahtera.
posted by Nona at 1:10 PM 0 comments

Thursday, September 14, 2006

Kehidupan

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
posted by Nona at 1:27 PM 0 comments

Wednesday, September 13, 2006


posted by Nona at 1:20 PM 0 comments

Monday, September 11, 2006

Kad ucapan

Smalam suamiku beri kad ucapan sempena ulangtahun perkahwinan kami. Tak berdaya nak baca dihadapannya smalam. Tentu air mata akan bercucuran membasahi baju tidur ku. Pagi ini aku bawa kad itu ke tempat kerja supaya aku boleh baca dan menangis seorang diri. Sedih.... mmg sedih bila aku baca inti kad ucapan itu. Aku rindu pada ucapan2 manis pada kad ucapan dari nya. Dah lama aku tak baca tulisan tangannya. Teringat aku pada kad2 dan surat2 ketika kami masih bercinta dulu. Hati ku amat tersentuh, bila dia minta maaf atas kesilapannya. Dia mengaku masih sayangkan aku dan kluarga.

P/S:Pa...t/kasih atas kad ucapan itu. It is so much appreciated.
posted by Nona at 1:42 PM 0 comments

Sunday, September 10, 2006

11 tahun dulu

11 tahun berlalu tanpa disedari. Inilah tarikh aku dan suami di ijabkabulkan. Hari yg menyatukan 2 jiwa menjadi 1. Tapi sejak 2 tahun lepas, jiwa yg telah di 1 kan hampir patah 2. Cinta kami hampir tercicir. Kami hampir hilang arah tuju. Namun kami sempat patrikan keretakkan itu agar ia tidak berkecai berkat bantuan yg maha Esa.

Utk menyatukan hati yg telah retak mmg payah dan memerlukan masa kesabaran dan kewibawaan yg tinggi. Ia memerlukan 2 belah pihak utk bangkit berazam memulakan perjalanan yg baru. Walau payah namun ia bukan satu yg mustahil. Demi masa yg tertinggal, demi anak2 yg kecil, demi menjaga maruah sebuah institiusi kluarga, masing2 harus ketepikan ego masing2. Yang paling pasti kami berdua tidak pernah inginkan perpisahan@perceraian. Ini yg memudahkan penyatuan semula hati kami, kerana masing2 berusaha ke arah yg sama. Walau ia makan masa utk pulih, doaku kami akan berjaya bersatu seperti dulu. Smoga bahagia kan menjadi milik kami....

posted by Nona at 8:33 AM 0 comments

Saturday, September 09, 2006

Hear me

Smalam kami bertengkar. Aku meluahkan prasaan tidak puas hati pada suami yg langsung tidak ingat hari ulangtahun perkahwinan kami. Dia beri alasan terlalu sibuk dgn kerja. Sibuk? sehingga kad ucapan pun tak sempat beli? Nonsense. Kalau dah tak ada hati, ingatan pun berlalu pergi. Tidak seperti si isteri, ingatan terpatri dan sentiasa kekal bersemadi di lubuk hati yg kecil tetapi padat terisi.
Namun hari ini aku terkejut bila dia pulang awal dan ambil aku ditempat kerja. Hari ni dapat juga kami sekeluarga lunch bersama. Thanks Pa, at least my sentences is being heard and not being ignored.
posted by Nona at 8:17 PM 0 comments

Friday, September 08, 2006

Ulangtahun perkahwinan

Hari ini hari ulangtahun perkahwinanku yg ke 11. Tiada ucapan slamat lahir dari mulut suami. Tiada juga kad ucapan penganti diri. Kali ini dia juga tidak ambil cuti utk bawa aku berjalan2. Sedih hampa duka ... itulah prasaan yg hadir. Pada lelaki ini smua tidak penting. Tapi bagi kami kaum Hawa, ingatan pada hari2 istimewa amat kami titik beratkan. Sekurang2nya setelah sibuk dgn kerja harian, ada juga tarikh2 keramat yg membolehkan kita meraikan ingatan kasih kita pada yg tersayang. Aku kecewa.....teramat kecewa. Diri ini seperti tidak dihargai lagi. Rambut belum putih, kulit muka masih tegang tapi sudah diketepikan. Knapa lelaki tidak pernah memahami prasaan wanita? Titisan air mata mengalir. Ku telan air liur dan genggam tanganku menahan hati luka ..... hari ini ku pendam sebuah duka.
posted by Nona at 9:14 AM 0 comments

Thursday, September 07, 2006

The Past

The Past

i want to burn the bridges
i want to forget the past
and i long to get away
from that which will never last

moving on with the present
im leaveing the past behind
and i progress to the future
not knowing what i will find

i realize i cant forget
what happened in the past
like chasing after wind
its an impossible task

i realize that i am trapped
in the sorrow and the strife
i realize that i cant escape
the past is part of my life
posted by Nona at 5:12 PM 0 comments

Wednesday, September 06, 2006

Touches

Setiap pagi, suamiku akan mengejutku dgn urutan yg lembut di blakang badanku. Dia akan gosok2 blakang badanku sehingga aku tersedar dari tidurku. Dia akan usap rambut ku dan memandang wajahku dgn penuh kasih sayang. Dia lebih byk bersabar dgn karenah aku. Mungkin juga dia simpati dgn keadaan ku yg sejak beberapa hari ni sakit seluruh badan. Aku harap dia tidak berpura2 dan aku benar berharap dia berubah dgn ikhlas. Aku tak mahu dia berubah hanya utk sementara.....
posted by Nona at 8:45 AM 0 comments

Tuesday, September 05, 2006

Jahanam


Sejak rawatan tempohari aku jadi pendiam. Sukar nak berbual dgn suami. Prasaan berkecamuk dan gusar. Menangis setiap masa. Adakah aku harus menyalahkan suamiku? Kerana kecurangannya, membawa pada satu demi satu masaalah. Berdosakah aku berkata demikian, sedangkan setiap apa yg berlaku atas izin Allah. Aku harus percaya pada Qada' dan Qadar. Ini smua ujian buat aku. Aku pasti suamiku juga tidak pernah berniat melakukan perkara yg sememangnya salah. Aku pasti jika dia berfikiran waras, sudah tentu dia tahu membataskan dirinya pada keadaan2 yg tertentu. Aku tahu bahawasanya dia seorang suami yg baik. Dia teraniaya, seperti juga aku. Aku harus terima hakikat itu supaya aku tidak menyalahkan sesiapa.
Hanya kadangkala kata hati ini menuruti bisikan syaitan. Cuba mempengaruhi minda agar aku menjauhi suami. Bila minda dikuasai, aku akan cari pasal dan akan berlakulah pertengkaran. Inilah idaman si pengupah sihir itu. Matlamatnya satu - agar kami berpisah. Kenapa manusia skarang kejam? Knapa sudah tidak ada lagi prasaan kasih sesama ISLAM? Sampai bila dia ingin teruskan sihir ini? Apa yg dia dapat disebalik smua ini? Hanya satu kepuasan. Kepuasan membinasakan insan sesama Islam. Dia seolah2 terlupa ALLAH maha besar. Smoga Allah beri jalan utk dia kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Wahai perempuan jahanam, satu hari Allah akan beri kau balasan atas apa yg kau perlakukan. Jika tidak didunia, pastinya di akhirat kelak kau akan diberi azab, setimpal dgn kejahatan yg kau lakukan.

posted by Nona at 8:27 AM 0 comments

Monday, September 04, 2006

Mimpi


Aku gagahkan diri utk bekerja walau bisa seluroh anggota. Tangan ku menjadi lebam dek rawatan smalam. Tak pernah aku alami lebam2 sebegini teruk. Harap rawatan kali ini akan memberi kesan buat aku.

Smalam aku bermimpi bilik ku berwarna coklat gelap. Aku kemudian kopek sedikit demi sedikit warna cat sehingga menampakkan warna putih. Smoga ada kebaikan yg akan aku perolehi dari mimpi tersebut.
posted by Nona at 8:08 AM 0 comments

Sunday, September 03, 2006

Rawatan Islam

Hari ini aku cuba pergi buat rawatan dgn Ustaz Jumadi Mustar. Sedihnya suami tak nak ikut serta. Aku tau dia mmg tak berminat ttg rawatan yg aku jalani. Sampai hatinya membiarkan aku pergi sendiri. Mujur ada kakakku yg menemani. Prasaan aku sukar digambarkan. Lama menanti giliran utk bertemu ustaz. Mmg sedikit sebanyak ianya menduga kesabaranku. Tapi oleh kerana ingin pulih, aku kuatkan smgt.
Teruk aku dikerjakan oleh ustaz2 yg ingin kluarkan gangguan dari badanku. Ada orang yg hantar jin ini utk pisahkan aku dan suami. Dia geram dgn aku tapi mengaku hanya ingin mengambil wang suami. Mungkin inilah pertama kali orang yg ingin ditipunya menepis segala hantaran sihir dari nya. Syngnya suami tidak ada disisi melihat keadaan aku yg histeria, memekik2, hingga tidak ada suara. Aku dirawat 2 ustaz sekali gus. Dipukul dgn kayu nona dan dicubit agar gangguan itu kluar dari badan. Perutku sakit dan aku cuba memuntahkan benda2 kotor yg ada dlm perutku. Rasa bisa perutku.
Setelah selesai, badanku longlai. Aku menangis tersedu2. Ustaz kata aku trauma, mungkin mengambil masa utk tenangkan diri. Adakah ini cubaan yg Allah turunkan utk aku? Adakah ini ujian yg harus aku tempuh ? Adakah ini balasan atas dosa2ku yg lalu dgn aku sedar atau tanpa aku sedari? Ya Allah berilah aku kekuatan menempuhi hari2 yg mendatang. Lindungilah aku dan kluargaku. Hancurkanlah sihir yg bertapak padaku Ya Allah. Kau lah Maha berkuasa atas tiap2 sesuatu. Hentikanlah perbuatan terkutuk perempuan itu Ya Allah. Berikanlah petunjuk agar suamiku faham keadaanku. Berilah petunjuk agar suatu hari suamiku percaya segala sihir ini dtg dari betina jalang itu.
posted by Nona at 9:22 PM 0 comments

Friday, September 01, 2006

Nokia

Hari ini aku beli talipon bimbit nokia6280 buat aku dan satu lagi buat suami sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ke 11 . Aku lampirkan juga sebuah kad ucapan "I cant imagine loving someone else besides u". Betapa besarnya cinta yg ada dlm diriku terhadap dia yg bergelar suami. Dapatkah dia menghargai cintaku sebagaimana aku?. Adakah cintanya sekuat cintaku? Hanya Allah yg tahu.
Dan hari ini juga, fikiran ku melayang pada tahun lepas. Pada tarikh inilah aku mula mengetahui ttg kecurangannya. Pada hari ini lah dia akhirnya membuat pengakuan. Aku masih ingat, kami berbual dlm gelap di dlm bilik tidur. Aku menyoalnya satu persatu dgn hati yg penuh kelukaan. Tidak akan pernah aku lupakan detik itu sampai bila2. Tatkala itu sakit didadaku bak ditusuk sembilu. Sembilu kasih....
posted by Nona at 10:46 PM 0 comments