Empayer Hatiku

Saturday, June 24, 2006

SMS

Selepas sarapan, sedang aku berbual dgn kakakku, aku dikejutkan oleh bunyi sms. Sms yg aku terima - "That bitch is with ur hubby last night !". Ya Tuhan sakitnya hatiku. Smalam mmg dia pulang lewat kerana perlu mengambil ketuanya jam 11 mlm. Walaupun aku hanya separuh percaya tetapi aku hanya mendiamkan diri.
Aku cuba hubungi suami dan bertanya dgn baik, namun dia tidak mengaku. Dia menyuruh aku supaya jgn terlalu percayakan kata2 orang. Tak habis2 aku difitnah. Dulu dia tanya sama ada aku ada upah orang supaya pukul betina tu la. Sama ada aku ada hantar sms maki hamun betina itu la. Hari ni pulak, dia kata betina tu ada terima panggilan dari office aku bertalu2 dan meninggalkan pesan utk return call. Bila betina tu call, katanya tak ada orang jawab. Mana lah aku ada masa nak ganggu orang. Lagipun teman sekerja sentiasa disekeliling. On off ada je teman2 yg datang ke meja. Mmg bukan mudah nak berbual secara privacy di dlm pejabat. Tapi apa kan daya, payah betul nak buat suamiku percaya! Aku bukan sejahat itu, aku tidak pernah ganggu kebahagiaan orang lain, tidak ada manfaatnya.Wahai suamiku, aku cukup dewasa dan cukup waras utk tidak melakukan kerja2 yg bodoh. Memaki hamun orang lain hanya akan menambahkah lagi dosa2 ku. Setiap hari aku doa pada Allah utk lucutkan segala dosa2 silamku, knapa pulak aku harus menambahkan lagi dosa2 baru dgn sewenang2nya? Dosa lama blum tentu dapat dimansuhkan lagi....inikan pula dosa lama.
Ya Allah, hebatnya dugaan mu , bagai tidak tertanggung lagi rasanya. B'mana dapat aku membuat suamiku percaya bahawasanya aku tidak pernah hubungi atau hantar sms pada betina tu lagi. Aku tak perlu nak serang atau kutuk dia . Kalau aku nak buat jahat, dari awal dulu aku boleh buat begitu, tapi aku rasa tak perlu. Kalau pompuan yg faham bahasa, sekali ckp dia akan faham. Ini tidak, dia terusan2 masih lagi nak hubungi suamiku. Apa motifnya?
Ya Allah namun aku tetap redha, mungkin ada hikmah disembunyi....
posted by Nona at 3:24 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home