Empayer Hatiku

Monday, June 26, 2006

Buku baru

Suamiku meminta agar kami tidak lagi mengungkit sejarah silam. Dia mengaku bersalah sehingga terjadi nya keretakan rumahtangga kami. Dia minta maaf atas segala kesilapannya dan dlm nada yg rendah pinta diberi peluang utk berubah. Dia ingin membuka buku baru dlm kehidupan kami. Dia ingin tutup buku lama .
Aku menangis di ganggang talipon, sayup mendengar kata2nya. Aku harap benar dia akan kotakan apa yg dia nyatakan. Namun aku katakan padanya bahawasanya aku tidak pernah akan memaafkan betina itu. Kerana dia lah rumahtangga kita hancur.
"Mcm mana baik pun dia, pada pandangan mata U, I tetap dgn pendirian I, mengatakan dia betina yg jahat. Kerana wanita yg baik tidak akan berlaku curang dibelakang suami. Wanita yg kuat imannya akan tetap teguh disisi suami walau sehebat mana pun godaan yg diterima. Mudah utk dia mohon maaf tapi I tidak akan pernah memaafkan. Dan I tidak akan semudah itu dapat melupakan smua kejadian yg telah berlaku. I can forgive but I will never forget. I akan bawa smua kenangan pahit ini sampai I mati. Setiap kata2 dari U yg amat memedihkan hati , tidak akan I lupakan. Kekata 'she is wonderful' yg U berikan pada betina itu akan sentiasa terpahat dihati I. Tidak ada isteri yg akan dapat menerima jika suami memuji wanita lain. Mata U seolah2 ditutup oleh syaitan sehingga tidak dapat mengenal antara intan dan permata. U menganggap dia baik walaupun dia telah menduakan suaminya? I yg selama ini sedaya mungkin menjadi isteri yg terbaik tidak dihargai oleh U. Susah U susah lah I. Tak pernah I berniat meninggalkan U ketika U menghadapi masaalah kewangan 2 tahun dulu. Malah I carik jalan menyelesaikannya bersama. Tak cukup kah lagi smua yg telah I lakukan utk U? U cariklah wanita yg lain tetap akan setia bila dapat tau yg suaminya curang. Kebyk kannya smua akan kluar rumah minta diceraikan. Hanya I ni lah pompuan bodoh yg sudah bertahun menangis , memendam rasa, masih lagi tetap berdiri teguh diblakang U. I ketepikan EGO I yg besar hanya kerana anak2. Merekalah yg membuat I kuat dlm mengharungi hidup yg lesu dan gelap bersama U. Tanpa mereka I sudah lama pergi dari hidup U seperti mana terjadi pada kakak I. Bodohkah I? Atau adakah ini dinamakan cinta sejati. Atau inikah yg dinamakan pengorbanan dlm rumahtangga. Jawapan tiada disisi I. Yang pasti I hanya ingin mendapatkan rahmat dari Allah. Biarlah I bodoh dan hina di mata orang sekeliling kerana masih ingin mengutip sisa2 kasih sayang dari U. Asalkan I tidak dipandang hina oleh yang Maha Esa. Kekuatan I dlm mendalami Islam telah membuat I menjadi seorang yg kuat dlm smua aspek kehidupan. U doakan lah agar I tetap terus teguh berdiri meneruskan kehidupan dgn U. Smoga Allah akan merahmati rumahtangga kita ... Pa!" lalu aku letakkan ganggang talipon sambil terisak2. Office mate yg berada disekeliling smua memerhati ....
posted by Nona at 5:23 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home