Empayer Hatiku

Saturday, February 28, 2009

Sabar

DALAM sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:“Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya,hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.”(HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)Sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntut oleh syara’ serta menghindarnya dari yang dilarangnya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Disam­ping itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.Imam Ghazali didalam perkara ini menjelaskan:“Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorogan agama ialah hidayah ALlah kepada manusia untuk mengenal-Nya, Rasul-Nya serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaran-Nya serta perkara-perkara yang berkenaan dengan akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membedakan manusia dengan binatang dalam hal menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan.”Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti:
1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, rasa tidak aman dan lain-lain.
2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.
3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.
Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal soleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya. Ini adalah kerana....a. Allah SWT ingin menunjukkan kekuasaan mutlak­nya terhadap manusia, baik ilmu ataupun hikmah rahsia-Nya.b. Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan din terhadap Khaliknya dengan penuh kehambaan. Sebab menghambakan diri kepada Allah pada hakikatnya manusia akan memperoleh kemuliaan dan ketinggian.
Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur’an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.
Pengertian sabar seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang shaleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalaman itu suatu dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuhi istiqamah.
posted by Nona at 4:32 PM 0 comments

Tuesday, February 24, 2009

Retrenched

Hari ini 7 teman sepejabat dibuang kerja. Suatu perkara yg amat mengejutkan kami. Tiada hujan, tiada petir, tiba2 seorang demi seorang dipanggil masuk. Syukur aku bukan diantara 7 yg dibuang kerja. Allah masih bersamaku, membantu menyelamatkan aku dari kelam.
Tak pernah terfikir olehku jika aku yg dibuang kerja. B'mana dgn kluarga ku, tentu keadaan akan terumbang ambing. Satu department menangis, mengenangkan nasib yg menimpa. Sedih kerana kami smua dah seperti kluarga. Menangis & ketawa bersama. Semua diantara kami sudah bekerja lebih dari 10thn. Byk suka duka yg telah kami lalui bersama.
Ya Allah, kau permudahkan lah perjalanan hidupku dlm hari2 yg mendatang.
Walau apa pun yg akan berlaku, smoga aku diberi kekuatan dlm mengharungi kehidupan....
posted by Nona at 1:18 PM 0 comments

Friday, February 20, 2009

Suamiku

Duhai suamiku....
bersyukurlah engkau sebagai seorang suami
kerana mempunyai isteri yang begitu setia pada dirimu
mengikut perintahmu,
taat kepadamu
Duhai suamiku...
bersyukur lah engkau kepada ALLAH
di kurniakan engkau seorang isteri yang sabar dgn karenah mu
sentiasa setia menunggumu
tenang di waktu kau di depan mata
gelisah di waktu kau tiada

Duhai suamiku...
engkau telah diberi amanah yang besar oleh Allah dengan kehadiran seorang isteri disamping mu
jaga la dia, tunjukkan jalan menuju keredhaan ALLAH kepadanya
kerana itu sudah pasti akan di tanya kelak kepadamu
akhirnya
Duhai suamiku...
Bersabarlah dengan karenah isterimu
sabarlah dengan cemburu isterimu
sabarlah dengan leteran isterimu
kerana dia sudah banyak bekorban keranamu
posted by Nona at 2:09 PM 0 comments