Empayer Hatiku

Thursday, October 18, 2007

Demi Dia (MAWI)

Dalam mencari diriku
Aku tersentuh jiwamu
Salah aku bersatu denganmu

Jalan yang lurus kelmarin
Tempatnya kita bermain
Dipersimpangan pecahlah haluan

Bukan kerana arus melanda muara
Bukanlah juga musim berbunga
Menggamit kumbang di udara
Sebenarnya hati yang mencari
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui
Demi tuhan yang kita percaya bersama

Ooo...

Dalam mencari dirimu
Kau pun menyentuh mindaku
Salahkah waktu tadi bertemu

Bukan kerana arus melanda muara
Bukanlah juga musim berbunga
Menggamit kumbang di udara
Sebenarnya hati yang mencari
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui
Demi tuhan yang kita percaya bersama...

Sebenarnya hati yang mencari
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui
Demi tuhan yang kita percaya bersama...

Ooo...

Demi dia yang esa
Demi dia yang kita percaya
posted by Nona at 9:10 AM 0 comments

Wednesday, October 17, 2007

Forgive & Forget

We sometimes find it very difficult to forgive the mistakes committed by others. We do try to understand but are not able to understand the other person's behaviour and so find it difficult to forgive them. When I have love for myself and am able to learn from all that happens, I am able to forgive myself. When I know to do this, I can understand the other person too from his perspective and can easily forgive him.

~ Brahma Kumaris, Mt. Abu.
posted by Nona at 2:02 PM 0 comments

Saturday, October 13, 2007

Raya 2007

Raya tahun ini Allah telah kurniakan aku sebuah kebahagiaan yg amat sangat. Itulah yg dapat aku rasakan. Inilah tahun pertama sejak "pertempuran" 3 tahun lalu, tiada sengketa dimalam raya. Aku rasa ketenangan yg amat mendalam pada malam raya ini. Nikmat yg Allah beri tidak dapat aku luahkan. Ku panjat syukur pada Illahi yg telah menyatukan kembali hati kami yg suatu ketika dulu retak. Kini baru aku dapat mengertikan istilah "sabar" . Jika kita sabar niscaya Allah akan temukan kita jalanNya.

Kami skluarga punya 2 pasang baju yg sedondon. Ia menandakan keharmonian kluarga kami. Pernah pada tahun 2005 beliau malah tidak mahu menggunakan warna yg sama pada raya pertama. Sedih tapi syukur kerana aku cekal dlm mengharungi hari2 yg berikutnya. Rasanya aku bukan jenis yg penyabar, tapi alam rumahtangga telah merubah perilaku seorang yg bernama "AKU". Allah maha berkuasa. Jgn jemu panjatkan doa & lakukanlah amal2 yg baik, walau sedikit tetapi berterusan. Itu yg slalu aku ingatkan pada diriku & anakku. Smoga aku berjaya mengharungi hidup ini bersama suamiku yg satu ini.
posted by Nona at 8:33 PM 0 comments

Raya 2007


posted by Nona at 8:55 AM 0 comments

Tuesday, October 02, 2007

Ibu

Hari ini genap 11 tahun arwah ibu meninggalkan kami. Hari terakhir bersama masih dlm ingatanku. Setiap hari ku panjatkan doa agar rohnya dicucuri rahmat Allah. Kenangan bersama ibu kan sentiasa bersemadi diingatan ku. Aku amat menyayangi & merindunya. Smoga aku akan menjadi ibu yg baik sebaik ibuku......
posted by Nona at 3:12 PM 0 comments