Empayer Hatiku

Sunday, December 31, 2006

Hari Raya Haji


Best bila suami turut bercuti dari sabtu mlm sampai hari selasa. Dulu kalau public holiday pun tak pernah lekat kat rumah. At least petang raya dia sama2 mengemas, pasang langsir dan salin cadar bersama. Kalau ada ada kerjasama dlm hal rumahtangga, rasanya penat smua hilang.

Tahun ni smua adik bradik ku beraya di rumah ku. Kak ngah dtg bantu kami memasak nasi minyak, ayam merah, dhal, salad telor dan ayam masak kicap. Waaa meriahnya rumah ku pada raya haji tahun ni. Suami pun sama2 layan kluargaku. Kalau dulu dia rather tido dan terperap kat bilik. Byk perubahan pada suamiku. Aku bersyukur dan merasakan cukup bahagia bila suami menunjukkan keperihatinan dlm segala hal. Kini baru aku dapat rasakan ada hubungan kekeluargaan antara kami. Siang mlm ku berdoa smoga tiada lagi gangguan dan anasir2 buruk dari luar yg akan mengganggu kluargaku. Ya Allah makbulka lah doa hambamu ini.....

Raya Korban ni, aku juga harus ketepi dan korbankan prasaan marah dan dendamku pada suami. Aku harus berkorban demi anak2.
posted by Nona at 11:53 PM 0 comments

Thursday, December 28, 2006

Jam Adidas

Hari ni gi singgah VIVO, belikan jam buat hubby. Dia minat jam adidas . Harga pun boleh tahan, so I decided to get for him sebagai hadiah tahun baru. Smoga kami sama2 dapat tinggalkan kenangan masa2 lalu yg penuh cubaan. Smoga tahun 2007 akan membuat aku, suami dan anak2 meluangkan masa2 bersama dgn penuh ceria dan penuh bahagia.
posted by Nona at 11:09 PM 0 comments

Sunday, December 24, 2006

TV

Hari ni ada tv baru. Yeeehhhhhhh.Eh mcm menyambut Christmas pulak kita kat rumah. Dah dpt tv baru, hubby pun makin bersemangat nak kemas dan bersihkan rumah. So dapatlah kami bersama anak2 buat spring cleaning dan buang mana2 yg patut. Living room jadi lapang. Best kalau tgk rumah bersih. Hati senang , jiwa pun tenang......
posted by Nona at 9:43 AM 0 comments

Friday, December 22, 2006

Rumah oh rumah

Pening tgk rumah berselerak. Stress giler. Besok mesti call maid to assist spring cleaning!
posted by Nona at 8:59 AM 0 comments

Wednesday, December 20, 2006

Console

Hari ni hubby on MC. After work, kami cari tv console di IKEA. We manage to grab sometg simple n meet our budget. Rasanya boleh match dgn concept rumah kami. Sekurang2nya suami pun bersemangat sama2 nak carik tv console. Kalau dulu kebanyakkan perhiasan rumah aku harus carik sendiri. Dlm sakit2 pun dia ikut. I really appreciate. It made me SMILE.
posted by Nona at 11:52 PM 0 comments

Friday, December 15, 2006

Plasma


Today masih dlm MC, aku dan kakak pegi shopping for our new Plasma TV. YES! at last dream come true, my sister insist nak beli Plasma for my home. We pick Sony Plasma TV 32'. It comes with free DVD complete with Home Theatre systems that cost $1999.
posted by Nona at 8:12 PM 0 comments

Monday, December 11, 2006

Slamat Pengantin Baru

Smalam aku tak sempat ke majlis persandingan Rafidah dan pasangan. Aku dan suami mmg sudah merancang utk ke sana, tapi tergendala dek kerana air paip bocor di bilik air ku. Mungkin aku akan hantar shopping voucher dan sekeping kad penganti diri sebagai ingatan. Aku doakan smoga perkahwinannya yg 2 ini kekal hingga ke akhir hayat.
Suami pertamanya dulu meninggal dunia kerana sakit leukimia. Inilah yg dikatakan jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Tapi aku dapat lihat yg Fifi adalah seorang yg tabah. Dia kelihatan ceria pada bila2 masa. Mungkin juga pekerjaannya sebagai guru tadika sedikit sebanyak membuatkan dia happy-go-lucky. Slamat Pengantin Baru FIFI....
posted by Nona at 8:34 AM 0 comments

Sunday, December 10, 2006

Weekend

Semalam aku dan kesemua kakakku bersama anak2 kami ke VIVO CITY. Kakak blanja kami makan dan anak2 kami smua dibeli mainan mengikut kehendak masing2. Wah kami shopping sakan. Bestnya! Aku pun tumpang beli Monopoly. Boleh jugak main game bersama suami dan anak2 ku bila hari Ahad. Bila kami kluar ramai2 rasa meriah sgt. Terasa eratnya hubungan kekeluargaan kami adik bradik. Kami pulang dgn kaki yg letih tapi dgn hati yg bahagia....
Malamnya pula aku dan suami nonton midnight cerita - DEJAVU. Setelah 2 hari kami tak byk berbual, aku jadi tak berapa mesra seperti slalu. Mungkin kerana hati ini masih terguris. Tapi aku tak sepatutnya menyimpan marahku. Ini akan memburukkan hubungan kami. Itulah yg payah utk aku ubah. Memendam prasaan adalah sifat burukku. Bila dah mula pendam prasaan, maka dtglah prasaan yg bukan2. Mulalah mengimbau peristiwa2 silam. Kmudian akan mengalirlah air mata jernih bagai air hujan.
posted by Nona at 11:57 PM 0 comments

Saturday, December 09, 2006

Kes Mahkamah Tamat

Hari ni pagi2 aku bawa kakak settlekan some banking issue. Syukur dah selesai kes mahkamahnya. Sekurang2nya dapat juga kakakku merasa sedikit wang pampasan dari penjualan rumah tu. Aku gembira smuanya dah selesai dan aku tak perlu temankan kakakku turun naik mahkamah lagi but at the same time aku rasa sedih melihat rumahtangganya berakhir dgn perceraian. Aku tau yg kakak juga menyembunyikan prasaannya yg sebenar. Dari raut wajah dan matanya yg layu, menunjukkan kehampaan yg amat mendalam.

Siapa yg tidak sedih bila masa tua akan hidup bersendirian tanpa ditemani suami dan anak2. Adakah aku juga akan menerima nasib yg sama seperti kakakku. Sekali terjadi kecurangan, adakah akan terjadi buat kedua kalinya? Mampukah aku dan suami mengharungi masa tua bersama? Adakah suamiku juga akan kahwin lain ? Melihat apa yg terjadi pada kakakku, aku harus bersedia. Jodoh dan pertemuan di tgn Allah, aku sebagai insan yg hina hanya mampu berdoa agar suamiku akan setia. Tapi setelah melalui kecurangannya dulu, sukar utk aku percaya yg dia mampu setia dgn ku hingga ke akhir hayat. Kepercayaanku padanya masih tipis. Terlalu tipis. Sekali terluka, sukar menyembuhkan luka lama. Parutnya akan tetap ada.

Aku hanya mampu berdoa moga kakak akan diberi ketenangan menghadapi hari2 seterusnya . Aku akan cuba sedaya mungkin menjaga dan menemani hari2 tuanya. Doaku agar Allah beri aku kesabaran dlm menghadapi karenah2nya pada masa2 akan dtg. Dari skrang aku harus mentally prepare utk menjaganya bila dia sakit. Ya Allah kekuatanku dtg dariMu Ya Allah.
posted by Nona at 11:18 PM 0 comments

Friday, December 08, 2006

Midnight blues

Smalam kami bertengkar hanya atas perkara kecil. Dia kata hari ni dia masuk awal so dia expect aku bangun awal juga kalau nak dia hantar ke tempat kerja. Aku diam lalu bertanya , apakah pekerjaan yg harus dia lakukan sehingga perlu ke tempat kerja seawal 6.15 pagi. Dia jadi marah dan dgn suara yg tinggi mengatakan yg aku mmg sengaja bertanya soalan yg bodoh. Padanya aku mmg tak percayakan setiap kata2nya. Tapi aku langsung tak berniat mcm tu, hanya sekadar bertanya.

Aku bertambah kecil hati bila dia suruh aku naik je bas kalau tak larat nak bangun pagi. Since I start work 8.45 a.m. Katanya aku ada byk masa. Ok I told him, I got his message. I will take my own transport to work. There is 1 stage bila dia tgh bermain kayu 3 dulu, aku pun slalu ditinggalkan pegi keje sendiri naik public transport. So Y not, its not a problem to me. I will not depend on him. I can do it ! Ni dah mula beri sentence mcm tu, agaknya mmg dia tak nak hantar aku ke tempat keje lagi kot. Mungkin nak hantar betina lain agaknya !

Satay diatas piringku sudah mula diisi oleh butir2 air mataku yg mengalir laju. Aku mmg sensitif, pantang dia tinggikan suara, air mataku akan kluar tanpa dipaksa2. Selera aku tertutup, aku bingkas bangun, cuci tangan lalu kluar dari dapur dan duduk termanggu di ruang tamu. Bila aku berdiri di depan tingkap, dia ajak aku tidur, tapi aku katakan yg aku belum ngantuk. Aku hanya masuk tidur 1/2 jam selepas dia masuk kamar. Smalam aku tidur membelakangkannya. Aku tau aku berdosa, tapi bila aku rasa aku tak bersalah aku malas nak pandang wajahnya.

Hari ini aku bangun lwt dan pergi ke kerja menaiki bas. I'm fine with that. I hate to have a tiff with him, kalau gaduh je mood aku terus hilang. Nak buat keje pun jadi tak karuan. I hate this feeling . I HATE IT !
posted by Nona at 8:38 AM 0 comments

Wednesday, December 06, 2006

Kata Hati


Beberapa hari kebelakangan aku slalu mimpi yg bukan2. Aku rasa tak sedap hati. Aku berdoa agar jgnlah aku disihir lagi. Aku jadi mula curiga terhadap suami. Adakah dia pulang lwt kerana tugas atau dia sengaja menghabiskan sisa waktu malamnya bergayut kat talipon. Entahlah, terkadang aku terlalu mengikut kata hati. Kata hati tak smuanya betul, kata hati juga adakalanya dtg dari biskikan syaitan yg ingin membuat hamba Allah berbalah. Ya Allah tunjukkan aku jalan yg benar. Lindungilah diriku dari biskikan syaitan....
posted by Nona at 1:07 PM 0 comments

Friday, December 01, 2006

LOVE


posted by Nona at 8:06 AM 0 comments