Empayer Hatiku

Sunday, June 11, 2006

Berjauh Hati

Hari ni nak tak nak mesti pegi supermarket. Pampers dan barang2 dapur smua dah kehabisan stok. Nak ajak suami kluar rasa mcm terpaksa. Tak ceria seperti slalu. Bila berjalan, aku berjauhan sedikit dari suamiku. Aku rasa janggal nak pegang tangannya. Aku takut nanti dia akan merasa malu berjalan berpimpin tangan dgn isteri yg bertudung. Mungkin juga minatnya lebih pada wanita yg tidak bertudung. Lebih kelihatan stylish dan open minded.
Namun walaupun aku bertudung, aku masih kelihatan bergaya. Bukan jenis berbaju kurung setiap masa. Tudung, bag dan kasut selalu nya warna sepadan. Tak lah mcm makcik2. Kadang aku tak faham hati lelaki. Ntah apa keinginan mereka yg sebenarnya. Sepatutnya dia bersyukur punya isteri yg tanpa perlu diajar, dgn sendiri menutup aurat. Kalau tidak dia juga yg akan tanggung dosa2 isterinya.
Bila kami berjalan atau dalam kenderaan, aku byk berdiam diri. Tidak seperti slalu, aku seperti tidak ada topik utk berbual. Aku terasa seperti jauh darinya. Semakin jauh hati. Walau hati ni masih amat sayang padanya. Tapi aku amat terguris dgn perbuatannya. Dia seperti tidak menghargai ketulusan hati ku. Mungkinkah dia curang kerana aku sudah tidak kelihatan menarik lagi? Usiaku blum 40 tahun, dia sudah cari lain, kalau lah nanti rambutku dah beruban dan mukaku dah berkedut seribu, sudah pasti sekali lagi dia akan mempunyai skandal yg baru. Pada ketika itu nanti, aku dah tak berdaya nak menahan kehendaknya, biarlah aku pertingkatkan amalan ku. Dan pada usia sebegitu, biarlah anak2 saja yg mendampingiku .....
Pergilah jika ia akan membahagiakan mu.....
posted by Nona at 1:59 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home