Empayer Hatiku

Tuesday, June 13, 2006

Maaf

Maaf? Perkataan itu memang mudah dilafazkan tetapi amat sukar dilafazkan dengan hati yang ikhlas. Setelah berasa sakit hati kerana dibohongi, setelah rasa sakit hati kerana dikhianati, sesiapa sahaja pun tidak berasa mudah untuk memaafkan. Dalam bahasa Arab, maaf diungkapkan dengan kata al-'afwu. Kata al-'afwu, bererti terhapus atau menghapus. Jadi, memaafkan membawa pengertian menghapus luka atau bekas-bekas luka yang terdapat dalam hati.
Allah S.W.T telah berfirman, ''Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang baik, serta berpalinglah dari orang yang bodoh.''
Sikap pemaaf dikatakan jauh lebih baik dari sedekah yang diberikan dengan diiringi ucapan atau sikap yang menyakitkan bagi orang yang menerimanya seperti ALLAH S.W.T berfirman, ''Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun.''
Seorang Muslim bukan hanya dituntut memberikan maaf. Ia juga diperintahkan berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah kepadanya. Mereka yang mampu berbuat demikian mendapat kedudukan tinggi, pujian dan pahala yang baik daripada Allah SWT. Firman Allah SWT, ''Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) ALLAH. Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang-orang yang zalim.'' (QS 42: 40).
Walau bukan mudah kita manusia yang lemah ini mahu memberi maaf, tetapi kemaafan walaupun terlalu sukar dan payah adalah sesuatu yang terlalu indah. Indah bukan sahaja dari segi ganjaran yang telah dijanjikan ALLAH, tetapi indah kerana hati yang bersih dan mudah memaafkan. Sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah.


....teringat aku akan kata2 ku pada suami beberapa bulan dulu. "Jika I ditakdirkan mati esok hari, I tak kan maafkan apa U". Ketika itu aku terlalu marah. Namun siapalah aku utk menghukumnya.
posted by Nona at 12:17 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home