Empayer Hatiku

Friday, March 30, 2007

Stomache Flu

Smalam aku jatuh sakit. Muntah2 dan diarrhoea. Badanku jadi tak bermaya. Entah knapa 2/3 hari ini perutku jadi tak sedap je. Rasa mcm nak loya semacam. Aku terpaksa dapatkan injection supaya dpt hentikan muntah dgn secepat mungkin. Aku tak dapat tidur dek kluar masuk tandas. Aku hanya terlelap jam 1.30 pagi. Ya Allah , hanya Tuhan saja yg tau siksanya aku rasakan. Tak pernah aku muntah sebyk ini. Smoga Allah berikan aku kesihatan pada hari2 mendatang ....
posted by Nona at 8:42 AM 0 comments

Sunday, March 25, 2007

Nonton wayang

Hari ni pagi2 dah bangun buat simple breakfast so tat we can catch movie. Kalau nonton wayang pagi2 tak de ramai org sangat esp pagi ahad. Kami tgk cite Mr Bean. Dapat gak hilangkan stress dgn ketawa terbahak2. Kmudian kami main game di arcade mcm budak skolah. Sygnya'adik' tak nak ikut pasal nak habiskan masa dgn neneknya. Bahagia bila dapat habiskan masa bersama anak2 dan suami. Kalaulah aku mampu, ingin skali aku bawa mereka kluar pada setiap masa terluang. Tapi apa kan daya, poket tak mengizinkan. Ada hari2 yg sebaiknya kita habiskan dirumah dgn nonton dvd sambil cuddle, kemas habuk2, masak etc. At least dapat jimat wang belanja dan rumah pun terjaga....
posted by Nona at 6:06 PM 0 comments

Wednesday, March 21, 2007

Gaduh2 sayang

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk
Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan)"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)"Ini salah awak juga." (tuduhan)"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkanselalu bergaduh." (tuduhan)"Abang tak guna langsung." (celaan)"Awak tak senonoh!" (celaan)"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan)"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

7. Senyum semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah.
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

. "Awak tak bertanggungjawab." (x)"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukuptiap-tiap bulan." (/)b. "Awak degil." (x)"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awakbantah." (/)c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi sayatak berasa diri saya diabaikan." (x)

10. Kenal pasti perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.
posted by Nona at 7:26 PM 0 comments

7 Hari Seminggu

7 hari SeMiNgGu

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.
Antaranya: Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis. Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.
posted by Nona at 5:11 PM 0 comments

Bahagia di hati ialah ...

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti inijarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonyasendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan : Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlahsecara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya
posted by Nona at 4:37 PM 0 comments

Thursday, March 08, 2007

Slamat Hari jadi anakku


Smalam hari lahir anakku yg kedua. Kami sambut di child care tempat dia bersekolah. Dia nampak bahagia. Doaku smoga dipanjangkan usianya dan diberi kesihatan yg baik . Smoga dia menjadi anak yg baik bila dewasa kelak.


posted by Nona at 6:37 PM 0 comments