Empayer Hatiku

Saturday, June 24, 2006

Biarkan

Haruskah aku percaya pada SMS layang itu? Atau haruskah aku percaya yg semua ini adalah fitnah semata? Suamiku mempertahankan yg dia tidak berjumpa dgn betina itu lagi. Tapi mengaku ada berhubungan dlm talipon hanya "once in a blue moon". Aku pasti betina itu hanya mengambil peluang utk mengadu perkara yg tidak pernah wujud. Mungkin dia hanya mengada2 kan cerita agar dia masih boleh berhubungan dgn suamiku.
Aku tahu dia pembohong. Dulu pernah dia talipon aku di tempat kerja dan ceritakan mcm2 ttg suamiku, tapi dgn suamiku, dia berani bersumpah yg dia tidak membuat panggilan itu. Walhal suaranya mmg aku kenal dan cam. Dari situ aku tau yg dia nie mmg pelakon terbaik. Hipokrit ! Sebiji mcm FIFI dlm sinetron DIA. Mungkin juga dia byk mengambil tips2 utk bermuka2 dari sinetron itu. Tapi apa nak buat, suamiku sudah termakan kata2 manisnya. Malah mempercayai sumpah yg dibuat olehnya. Biarkan....biarkan....Allah Maha Mengetahui. Kalau dia benar dia pembohong, satu hari sumpah itu akan memakan dirinya. Bagi diriku, aku mmg berkata benar dan kerana itu aku berani bersumpah depan Al-Quran .
Mungkin juga suamiku ada menghubunginya siang tadi utk putuskan hubungan. Kerana itu pada jam 11 malam tadi, betina itu menghantar sms padaku. Tapi yg menyakitkan hati, dia menulis meminta aku berhenti mengganggu nya. Kata2 yg seolah2 aku lah yg selama ini menganggu hidupnya. Tapi tak pe, aku bersabar. Aku tak mudah melatah dan kerana itu aku tidak membalas sms itu mahupun menjawab setiap panggilan talipon yg tertera namanya. Biarkan dia jadi seperti cacing kepanasan, melayan prasaan sendiri. Tulis lah apa saja yg dia mahu, sendiri tulis sendiri baca. Biarkan dia geram yg aku tidak melayannya. Aku tidak akan melayan panggilan2 itu. Nanti blakang hari dia buat cerita yg lain pulak. Atau mungkin nanti dia edit sms yg aku balas. Orang mcm dia tidak boleh percaya. Putar belit.
Selama ini pun aku tidak memberitahu suamiku yg aku terima panggilan2 dari nya. Kerana aku tidak mahu bergaduh. Dan kalau pun aku ceritakan, suamiku tidak percaya. So why should I waste my saliva. Biarkan...biarkan.....Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Hanya Allah yg tahu hati inti dlm kalbuku.....
posted by Nona at 11:45 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home