Empayer Hatiku

Friday, November 30, 2007

D&D

Hari annual dinner. Sudi jugak suamiku temankan ku. Tak tau lah kalau dia ikut kerana terpaksa. Tidak seperti 10 tahun dulu, semakin lama semakin membosankan d&d ini. Tiada perbezaan seperti tahun2 lepas. Since setahun sekali, pergi je laaa, mana tau menang lucky draw!
posted by Nona at 1:18 PM 0 comments

Wednesday, November 28, 2007

Hari Lahir

Bertambah setahun lagi umur suamiku hari ini. Kami ambil cuti 1/2 hari utk luangkan masa bersama menonton wayang & makan malam. Tiada hadiah yg mahal yg dapat aku berikan seperti tahun2 lepas. Aku pun sampai dah tak tau hadiah apa yg harus aku beli. Anyway, tahun ni aku hadiahkan DVD Scorpions yang aku tau dia ingin miliki. Apa pun, the tots that counts.

Tapi tahun ini aku tidak lampirkan kad ucapan. Itulah kelainannya. Dia slalu lupa nak belikan kad ucapan utk ku, jadi tahun ni aku sengaja buat begitu biar dia rasakan kekurangannya. Namun aku tau, lelaki slalunya tiada perasaan. Tidak se sensitif seperti kita kaum wanita. Akan ku nantikan hadiah hari lahir ku tahun hadapan......
posted by Nona at 11:30 PM 0 comments

Monday, November 19, 2007

Kek pisang

Lepas solat maghrib smalam, aku sempat godeh tepong buat kek pisang. Entah kenapa tetiba aku jadi rajin pulak buat kek & kuih muih. Kalau dah dtg malasnya, setahun pun blum tentu aku godak tepong. Kakak ku pun dah mula sindir2 sayang bila lihat aku tak henti2 buat kuih sejak minggu lepas. Hee3....malu pun ada, kelakar pun ada. Biasalah ... dah dinamakan manusia, terkadang payah nak mengetahui isi hati. Mood slalu menguasai diri....
posted by Nona at 3:42 PM 0 comments

Saturday, November 17, 2007

Kueh bakar

Dah lama aku tak buat kueh melayu, hari ini aku cuba buat kueh bakar keledek. Wah not bad, jadi jugak kueh aku. Kasi kat mertua sikit, dapatlah pahalaku. Apapun kena berterimakasih pada anakku yg sulung kerana membantu aku membersihkan ruang dapur & pinggan mangkok kotor. Inilah kebaikannya bila dapat anak perempuan, dapatlah bantu mama buat kerja2 rumah. Namun apapun kita kenalah "trained" mereka dari kecil lagi supaya tak kekok buat kerja rumah !
posted by Nona at 3:36 PM 0 comments

Friday, November 16, 2007

Aku yg bergelar mama


Hari ini aku terpaksa bercuti, anak ku yg 2 demam smalam. Risau rasanya bila cuti dah mula susut, begitu juga dgn wang. Hai....wang...wang...wang....semua dlm hidup memerlukan wang. Rasa tersepit sgt kalau wang dlm gengaman mulai menipis. Namun apapun anak2 akan tetap menjadi keutaman buatku. Biarlah kami berlapar jgn sampai anak2 kebuluran.
Bukan mudah menjadi ibu, semua harus difikirkan. Dari soal anak2, suami, keperluan rumah, pendidikan dunia & akhirat. Harapan utk menjadi ibu yg baik setinggi gunung namun belum tentu aku dapat kecapi segalanya.
Terkadang emosiku turut terganggu memikirkan setiap sudut kehidupan yg perlu difikirkan. Aku takut jika emosi mula menguasai mindaku. Aku takut jika terjadi lagi gangguan fikiran seperti 2 tahun dulu. Aku tak mahu menjadi wanita lemah semangat. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menereskan kehidupan harianku dgn penuh semangat. Walau badai melanda kan ku gagahi jua....
posted by Nona at 8:41 PM 0 comments

Thursday, November 15, 2007

Kata2 hikmah

“ hati yang lapang adalah jiwa yang suci, hati yang paling suci mulia adalah jiwa yang paling dekat dengan ALLAh yang abadi ”

“ indah sungguh dunia kurniaan TUHAN, tapi indah lagi nur yang bersinar di setiap hambaNYA”


“ kesabaran adalah iman, impian menjadi realiti dengan memahami, menguasai dan mempraktikkan erti kesabaran”

4 perkara yang menggelapkan hati atau melembabkan otak; perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa lalu dan panjang angan-angan..”
posted by Nona at 10:31 AM 0 comments

Saturday, November 03, 2007

PASTIKAN

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama,
Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

**buat suami yg amat meminati Siti, amatilah lagu ini**
posted by Nona at 8:55 PM 0 comments

Cahaya Cinta

Dia telah telah menentukannya
kita bertemu dan bercinta
inilah oh takdirnya
bukan kerana harta
inilah citra cahaya cinta

pintu hatiku telah kau buka
tak mampu ku menafikannya
kejujuran diberi
kasih datang terhenti
ini bahagia yang ku cari

sayangi daku, peluklah daku
janji dengan ku
semai cinta nan satu
Tuhan menguji
takkan berhenti
hanya ku pinta
sama setia menjaga
hingga ke alam syurga

***SAYANGI DAKU, PELUKLAH DAKU, JANJI DGN KU, SEMAI CINTA YG 1. ITULAH HARAPANKU SETIAP KALI DIPELUK SUAMIKU. MAMPUKAH SI DIA SETIA BERSAMAKU SEHINGGA AKHIR NANTI....NAMUN SYGNYA JAWAPANNYA TIADA PADAKU.***
posted by Nona at 8:19 PM 0 comments

Friday, November 02, 2007

Kesihatan

2 hari aku terlantar sakit. Demam, sakit perut & batuk yg amat sgt. Badanku amat lemah, sehinggakan nak melangkah pun aku rasa tak bermaya. Kalau penyakit nak dtg, sekelip mata saja kita bleh terlantar layu. 2 hari ini juga aku tak dpt layan suami ku makan mlm. Aku harap dia memahami keadaanku yg ngantuk & lemah sgt lepas mkn ubat. Bila dah terbiasa menghadap suami mkn setiap mlm, tetiba aku merasa bersalah jika tidak menemaninya.
Namun hari ini aku sedaya mungkin bertahan agar tidak rasa ngantuk supaya dapat menyediakan makan & minumnya. Aku dapat rasakan nikmat sebagai seorang isteri jika nak dibandingkan dgn 3 thn dulu bilamana aku byk mengabaikan makan minumnya. Semuanya aku ambil sambil lewa kerana aku fikir suami & isteri sama taraf lantas bisa lakukan smua perkara secara "self service". Namun setelah bencana menimpa ,baru aku dapat bandingkan kebaikan mengikut tata cara orang dulu2 yg menghormati & mendahului suami. Rasanya byk berkah dlm rumahtangga. Smoga aku dapat kekalkan tata susila yg baik pada suami agar rumahtangga ku kekal harmoni sepanjang hidup kami. InsyaAllah.....
posted by Nona at 7:50 PM 0 comments