Empayer Hatiku

Saturday, October 28, 2006

Raya lagi

Hari ini aku adakan rumah terbuka buat adik bradikku. Rumah yg sunyi menjadi riuh rendah. Penat mmg penat, tapi sekurang2nya lebih mudah menjemput orang dtg kerumah dlm waktu yg sama. Takut esok2 bila mereka nak mampir, kita pulak nak berjalan raya. Dah tergendala.
Rasanya tahun ni suami byk ambil cuti utk berjalan raya bersama kluarga. Skurang2nya dia ketepikan sedikit masa utk habiskan masa bersama kami. Rasa berbaloi tahun ni aku buat 3 pasang baju kurung sedondon bersama suami dan anak2. Dapat gak kami peragakan pakaian kami yg cantik2. Suami pun nampak selesa berpakaian sedondon.
Bahagia. Bahagia sgt bila dapat beraya bersama kluarga. Kalaulah terjadi kegagalan dlm rumahtangga ku dulu, tentu aku rasa kesunyian dan semestinya aku tidak mampu menyambutnya sendirian tanpa insan yg bergelar suami ....
posted by Nona at 8:30 PM 0 comments

Tuesday, October 24, 2006

Hari Raya 2006

Bila dgr takbir bergema, hati rasa sayup terkenangkan mereka yg telah tiada di dunia. Kenangan lalu bersama arwah ibu dan bapa dtg bertandang dlm lamunanku. Rasa rindu yg amat sgt pada mereka. Tak dapat lagi merasakan hangatnya pelukan mereka. Namun aku bersyukur kerana aku dan adik bradik yg lain masih utuh hubungan kekeluargaan. Kami tetap akan berkumpul bersama2 pada raya pertama, memohon ampun dan maaf sesama kita. Doaku agar kami skluarga tetap bersatu hati walau apa pun yg berlaku.

Apa pun, suami adalah orang yg pertama yg aku pohon kemaafan. Dialah orang pertama yg aku cium tangan. Rasanya byk dosaku pada nya. Ya lah bila hati sedang membara dan terluka, kadang2 kata2 yg kluar dari mulut boleh menyinggung prasaan nya. Pilu rasa hati terkenangkan bab2 sepanjang tahun ini. Hari2 yg penuh suka dan duka. Senyum dan tangis yg mengisi hari2 lalu berlalu dgn penuh makna. Berjurai2 air mata, lebih2 lagi bila suami minta maaf atas segala kesilapannya. Dia mengaku byk buat salah kat aku. Dia sampai minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku hanya ungkapkan padanya yg aku harap sgt agar rumahtangga kita kekal hingga akhir hayat. Insyaallah.

posted by Nona at 11:45 PM 0 comments

Wednesday, October 11, 2006

Biarlah berlalu

Lately hubby pandai buat aku ketawa. Terkadang baca sms nya pun dah boleh buat aku tergelak. Tak sangka kelakar juga hubby aku nie. Sampai anakku kadang bertanya "knapa mama senyum2 ni"....hehehe....

Bahagia, jgnlah kau pergi menjauhi diri ini. Aku tidak ingin duka mengundang nestapa. Wahai angin bawalah duka ku pergi jauh dariku. Hilangkanlah kenangan pahit dari onak fikiranku agar aku tidak lagi mengimbau kepedihan lalu.....
posted by Nona at 12:50 PM 0 comments

Sunday, October 08, 2006

Ahad


Pagi2 lagi aku dan suami pergi beli carpet di gudang jualan murah. Skarang ni bila setiap hari Ahad, dia akan tanyakan padaku sama ada aku ada plan b'mana menghabiskan Ahad kami. Bila ckp nak beli carpet, dia terus kata okay. Taklah ckp penat ke, ngantuk ke atau marah2 lagi. Dia bingkas bangun, mandi dan ready to go. Kira skrang ni dia dah on the ball laaaa.....

Hari ini aku berbuka dgn adik bradik yg lain di rumah abang. Tak sangka ramai yg ada di sana termasuk anak saudaraku. Dapat gak kami sembang2, bercerita ttg perkembangan masing2. Maklumlah smua sibuk, so bila dah jumpa tu byklah cerita2 dongeng...ekekeke. Smua ckp yg aku ni kurus. Mereka tidak ketahui yg I pay a very high price in order to be slim like this. Since
last 2 yrs I loose weight around 10 kg. So utk sesiapa yg nak kurus cepat, cariklah masaalah, tanggunglah derita, sengsara, termenung, tak payah tidur, runsingkan diri....haaaaa cepatlah kurus . Tak payah gi slim ctr. Tapi kalau tak sabar mengharungi masaalah, silap2 boleh bunuh diri. Na'uzubillah....minta dijauhkan!

Hari ni dah 2 minggu kita berpuasa. Ramadhan tahun ini memberi aku ketenangan dan damai di hati. Itulah yg aku doakan. Smoga akan membawa berkah yg berterusan dlm perjalanan hidupku hari demi hari yg mendatang.....
posted by Nona at 1:56 AM 0 comments

Saturday, October 07, 2006

I need U

I just luv the feelings being cuddle n kiss on the forehead by u darling.

I need you. Please take me by the hand. Stand by me in my hour of need, take time to understand.

Take my hand and lead me from this place. Chase away my doubts and fears, wipe the tears from off my face.

I cannot stand alone. I need your hand to hold, The warmth of your gentle touch. In my world that's grown so cold.

Hold me day by day. Because with your loving hand in mine, I know we'll find the way.

posted by Nona at 12:40 PM 0 comments

Friday, October 06, 2006

D' yg ku dambakan

Hari ini aku dan suami berbuka puasa di luar. Inilah hari yg pertama aku dapat berbuka bersamanya selepas hampir 2 minggu menyambut Ramadhan. Kami kluar berdua tanpa anak2. Pergi shopping dari Orchard ke Seranggoon dan kmudian ke Geylang Serai. Walau jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami tetap teruskan destinasi ke Mac' Cafe utk basahkan tekak sambil menikmati cheese cake . Walau penat, tapi aku rasa bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama suami. Kami duduk bersembang dlm keheningan pagi.
Baru lah tahun ini aku dapat rasakan diri ini dlm perhatian seorang suami. Dua tahun aku rasa dipinggirkan. Kehadiran aku dan anak2 langsung tidak dipedulikan olehnya seolah2 kami tidak wujud .Dia dgn dunianya yg bercelaru dan dlm alam fantasinya yg tersendiri.
Setiap kali bersahur pun dia byk mendiamkan diri. Tanpa kata, tanpa suara. Habis makan, tanpa berlengah dia terus masuk bilik. Pergi kerja pagi2 buta, pulang lewat mlm. Rutin harian yg sama setiap hari sehingga seperti ada jurang pemisah antara kami. Kami tiada komunikasi langsung. Setiap mlm dia akan pulang dgn muka yg ronyok seribu. Kadang aku sendiri tak tau apa yg ada difikirannya. Aku sendiri kadang tak pasti apa yg telah aku lakukan yg membuat dia marah atau benci ketika itu.
Berbeza dgn tahun ini, selepas makan sahur, dia akan duduk bersembang dgn aku dan anakku yg sulung. Sesekali dia sempat berjenaka dan kami akan ketawa bersama2. Dah lama aku rindukan situasi sebegini. Rindukan kemesraan sebuah hubungan kekeluargaan. Rindukan hilai tawa rumah tangga. Dapatkah bahagia ini berterusan ? Hanya Allah yg menentukan.....
posted by Nona at 11:10 AM 0 comments

Wednesday, October 04, 2006

D'

aku merentas lautan berapi
amat perit untuk aku lalui membawa perasaan sebak tanpa mengira masa kaki melangkah,
ke arah kegembiraan
suatu ketika kau pernah pergi dengan membawa sepasang hati
yang sepatutnya tidak perlu dikongsi oleh sesiapa
kerana hati itu sudah menjadi milikku
siang malam aku berdoa dan bermohon kau sentiasa gembira di sisiku
pada ketika bila saat-saat yang mengerunkan tiba
dan saat-saat itu hampir menyebabkan sebuah ikatan suci terputus
kerana kehadiran orang ketiga
aku sebagai seorang insan yang lemah tidak berdaya menanggung kesemua ini
batin dan zahirku menangis kerana takut akan kehilanganmu
tanpamu, hidup ini tidak akan indah seperti dulu
setiap malam sebelum aku lena beradu gambarmu ditatap dan dicium kerana aku amat menyayangimu bukan kepalang
setiap hari aku ingin membelai dan mendodoimu dengan penuh kasih sayang
aku bermohon dengan linangan air mata agar kau memberiku sebuah peluang bagi membetulkan keadaan andainya aku menjadi penyebab dirimu berpaling
aku tidak ingin melepasmu dari genggaman cintaku
aku ingin agar kau senantiasa bahagia bersamaku
dulu, kini dan selamanya .. amin
posted by Nona at 9:00 AM 0 comments

Sunday, October 01, 2006

Ibu

Hari ni genap 10 thn ibuku meninggalkan ku. Teringat aku akan keadaan aku yg masih dlm hari ketika ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu tidak sempat melihat cucunya. Anakku dilahirkan tidak cukup bulan. Dia terpaksa berada di hospital utk 2 minggu. Sedih hatiku meratapi pemergian ibu yg amat aku cintai. Dialah teman , dialah tempat aku mencurahkan segala suka duka, ku bila smua kakak2 ku telah mendirikan rumah tangga. Kami amat serasi, walau kadangkala ada perselisihan faham, namun kami cepat berbaik.

Aku dapat rasakan yg diriku byk persamaan dgn ibuku. Kami sama2 sensitif, peka terhadap keadaan sekeliling, suka berceloteh, suka melawa, cepat jemu pada sesuatu benda dan penyayang. Tidak dapat aku luahkan betapa aku teramat rindu pada pelukan arwah ibu. (Airmataku sudah mengalir laju ketika ini...) Betapa aku amat menyayangi ibu. Dia lah yg byk mengajar aku supaya dekatkan diri pada Illahi tidak kira susah dan senang. Dari nya lah aku byk belajar membiasakan diri membaca surah Yassin. Setiap malam Khamis kami slalu baca Yassin bersama. Walau kini dia tiada, namun setiap kali aku baca Yassin, aku seperti dapat merasakan kehadirannya. Doaku smoga rohnya dicucuri rahmat .....
posted by Nona at 1:38 PM 0 comments