Empayer Hatiku

Sunday, June 04, 2006

Lesu

Balik dari jemputan teman skolahku, aku rasa nak pitam. Jantungku bergerak laju, tangan ku mengeletar dan sejuk. Mungkin juga kerana perut ku kosong sejak pagi tadi. Sejak beberapa hari lalu aku mmg tidak ada selera langsung. Termenung memanjang. Aku tak boleh stress, bila stress aku akan hilang kawalan diri. Aku mudah jatuh sakit dan longlai. Sejak kejadian tempohari, aku sudah mula kembali lesu.
Bila malam badan aku jadi tambah teruk. Muntah sehingga perut ku merasa bisa dan dadaku rasa sakit. Ya Allah kuatkanlah semangatku. Jgn lah aku jadi seorang wanita yg lemah. Suamiku masih tidur tanpa sedikit pun merasa simpati. Setiap kali dia sakit, aku lah orang yg paling risau. Tapi bila giliran ku, dia tak ambil peduli pun. Prasaan kasih seorang wanita dan lelaki mmg berbeza. Kalau dulu bila aku sakit, ibulah yg bersengkang mata menemaniku. Kini hanya tinggal kenangan. Aku rindukan sebuah belaian itu ...
Aku mengambil masa yg lama utk melelapkan mata. Aku berzikir dlm hati sambil berdoa minta Allah panjangkan umurku lagi.....
posted by Nona at 2:04 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home