Empayer Hatiku

Tuesday, April 25, 2006

Tanda tanya


Rindu yang hadir bersama cinta ini tidak pernah aku mengerti ..
Ada suatu tanda tanya di hati apabila nanti kau akan selalu di sisi...
Apakah ia mampu terus begini mendampingi hingga tiada sepi ..
Apakah kau akan jemu mengasihi bermesra dan melayani diri ini...
Tanda tanya di hati ini tiada jawapan yang pasti..
Hanya mampu untuk diiringi doa berserta janji ..
bahawa ku akan terus berusaha mencari jalan membahagiakanmu..
bahawa ku akan terus bersama selagi kau meredhai hadirku..
dan tak mungkin aku melepaskanmu sekalipun kau beralih pandangan ..
malahan aku akan terus menjadi isterimu yang setia..
posted by Nona at 8:33 AM 0 comments

Friday, April 21, 2006

B'cos of U


I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself cause my heart so much misery
I will not break the way you did, you fell so hard
I’ve learned the hard way to never let it get that far ...

Because of you I never stray too far from the sidewalk
Because of you I learned to play on the safe side so I don’t get hurt
Because of you I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you ... I am afraid ...

I lose my way and it’s not too long before you point it out

I cannot cry because I know that’s weakness in your eyes
I’m forced to fake, a smile, a laugh, every day of my life
My heart can’t possibly break
When it wasn’t even whole to start with ...


Because of you I never stray too far from the sidewalk
Because of youI learned to play on the safe side so I don’t get hurt
Because of youI find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you I am afraid ...

I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing ....

Because of you I never stray too far from the sidewalk
Because of you I learned to play on the safe side so I don’t get hurt ..

Because of you I try my hardest just to forget everything
Because of you I don’t know how to let anyone else in
Because of youI’m ashamed of my life because it’s empty
Because of you I am afraid ..

Because of you..
posted by Nona at 7:44 PM 0 comments

Thursday, April 20, 2006

Terkadang


Kadang-kadang.Kita rasa.Hidup ini tiada maknanya.Tiada erti lagi.
Kadang-kadang kita rasa hidup ini terlalu rutin. Tawar.Hambar.Membosankan.Rigid.Monotonous.Sangat.
Kadang-kadang.Kita rasa sepi.Sunyi.Sendiri.
Kadang-kadang.Kita rasa takut.Gerun.
Membayangkan.Hari-hari depan.Sendiri.
Kadang-kadang itu.Berlaku di sini.Di hati aku.Sekarang.
posted by Nona at 8:40 AM 0 comments

Wednesday, April 19, 2006

Malamku

Setiap malam , sblum aku lelapkan mata, aku akan merenung wajah suami yg sedang tido dgn lenanya. Syukur atas kurnia Allah, aku masih punyai suami disisi menemani tidurku. Tidak pernah aku bayangkan betapa hidup ini tanpa suami . Bersendirian melayari hidup adalah sesuatu yg sukar bagi seorang wanita walaupun ia bukan mustahil. Selain ibu, suami lah insan yg paling istimewa bagiku.
Dulu bila ibuku sakit tenat, aku selalu terfikir hidupku akan menjadi tempang bila ibu tiada. Ibulah tempat aku bergantung harap dlm susah dan senang. Kini aku hanya ada seorang insan istimewa iaitu suamiku. Aku tidak mahu bayangkan hidupku tanpanya. Walaupun aku punyai kluarga yg besar dan mesra, tapi mereka tidak akan dapat menggantikan kehadiran insan yg bergelar suami.
Kini prasaanku lebih tenang tanpa perlu menelan pil penenang. Setiap mlm aku tidur lena beralaskan lengan suami sebagai bantal. Disulami dgn ucapan slamat malam dan kucupan didahiku ...... Betapa indahnya malamku ....
posted by Nona at 7:31 AM 0 comments

Saturday, April 15, 2006

Kepercayaan

Imbas kembali ......
Last few weeks , suamiku marah2 bertanya padaku sama ada aku yg menalipon pejabatnya bertanya mcm2 pada teman sekerjanya. Dia begitu marah, walhal baru 10 min sblummya kami berbual seperti biasa. Sangkanya aku curiga bila tak dapat call back darinya ...

Tuhan saja yg tau saat itu betapa geramnya aku. Ketika itu kesibukkan aku tahap maxima. Dia pulak tak percayakan kata2ku. Satu je yg dapat aku katakan.....tak guna kalau aku yg hari2 dok baca Quran, berdoa siang malam, mintak Allah berkati kehidupan tapi masih nak bohongi suami sendiri ! Dia terdiam. Tak perlu utk aku membohonginya jika benarlah aku lah orang nya yg buat panggilan itu! Kalau benar aku yg talipon buat apa aku nak bohong nak menidakkan. Sedangkan aku isterinya dan aku rasa aku masih berhak utk buat panggilan ke office jika ada sesuatu yg penting.

Ya...Allah kenapa lah orang tak putus2 nak fitnahkan aku? Dulu aku tak message pun dia percaya ingat aku yg hantar message bukan2 tu. Knapa la suamiku terlalu mempercayai orang lain lebih dari isterinya sendiri? Walhal bukan aku punya angkara smua ini. Tapi ketidak percayaan nya pada ku seolah2 aku yg suka buat hal.

Sampai bila agaknya, kepercayaan antara kami akan kembali seperti dulu....Wallahuallam...
posted by Nona at 10:29 AM 0 comments

Friday, April 14, 2006

Bahagia...

Alhamdullilah.....kemelut rumahtangga ku beransur pulih. Sinar bahagia mula menjelma. Jerih payah ku selama ini menampakkan hasil . Doaku dimakbulkan Allah.....Syukran....pahit getir yg aku alami selama ini , memberikan aku kekuatan utk menempuhi liku2 hidup seterusnya. Apa yg telah aku alami juga membuatkan aku lebih dekat pada Illahi. Menjadikan aku wanita yg lebih tabah. Menjadikan aku insan yg lebih tenang. Menjadikan aku lebih menghargai sebuah kasih sayang. Kasih sayang pada setiap insan dan yg paling penting kasih sayang ku pada Allah yg telah melimpahkan kurniaannya pada insan yg memerlukan.

Alhamdullilah .... aku mampu bertahan, aku tidak putus harapan.... aku berjaya bangkit dari sebuah lamunan ..... aku sendiri tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan membangunkan semula mahligai yg hampir runtuh ini. Aku tidak pasti b'gmana aku mampu membawa diriku bersabar ke peringkat kesabaran yg paling tinggi walhal semua ahli kluarga tahu yg akulah orang yg paling tipis tahap kesabarannya.

Allah Maha Besar.....Allah Maha Kaya.....Allah Maha Mengetahui. Setiap apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Atas dugaannya, aku berjaya berubah menjadi insan dan isteri yg lebih sempurna. Hidupku bertambah tenang disamping suami dan anak2. Berkat ayat2 pengasih yg aku hafal dari surah2 dlm Al-Quran, suamiku menampakkan perubahan. Skrang beliau lebih sabar , mesra dan penyayang....

Ya Allah....kembalikanlah kebahagiaan kluarga ku seperti dulu...
posted by Nona at 8:22 AM 0 comments

Monday, April 10, 2006

Kata mutiara


Inginkan mutiara selamilah lautan,Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........
posted by Nona at 1:10 PM 0 comments