Empayer Hatiku

Wednesday, January 24, 2007

Sedih

Kesedihan sedang menghampiriku. Knapa? Aku sendiri tidak mengerti knapa prasaan sebegini muncul pada t/hari begini. Knapa kegembiraan hanya mampir dlm hidupku cuma seketika? Adakah aku telah melakukan sesuatu yg berdosa pada masa dulu? Adakah ini balasan pada smua dosa2 lalu ku? Apa lagi yg perlu aku lakukan utk meringankan beban hidupku? Aku tak tahu sama ada suamiku memahami apa yg aku hadapi. Pengertian darinya amat aku perlukan. Sekurang2nya ia dapat meringankan berat di dadaku. Wahai suamiku, berilah aku kekuatan. Pelukan darimu akan membuat keluh kesah ku berkurangan.....
posted by Nona at 1:23 PM 0 comments

Thursday, January 18, 2007

Doaku

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Moga jodoh kami kekal bersemadi ...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku suami yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
posted by Nona at 4:53 PM 0 comments

Wednesday, January 17, 2007

Tangisan si anak

Hari pertama hantar anak kedua ke nursery. Kasihan, sedih tgk dia. Bila aku ambil dia dari sekolah , dia menangis hiba. Aku sendiri sedih lihat keadaan dia seperti tidak terurus . Aku takut jika hari2 dia berterusan menangis akan menjejas mindanya. Suamiku ketawa bila mendengar suaraku yg jelas kedengaran dlm tangisan. Dia tuduh aku terlalu memanjakan anak walhal dia tak tau prasaan seorang ibu. Prasaan yg berbeza berbanding dgn prasaan seorang bapa. Hai, kalaulah jika ibu mertuaku tidak berkeras ingin bekerja, tentu smua ini tidak akan berlaku.
posted by Nona at 11:17 PM 0 comments

Tuesday, January 16, 2007

Sakit

Aku dan kedua2 anakku demam. Hai mcm berjanji pulak, sakit sama2. Inilah dia yg dikatakan aliran darah yg sama. Smoga kami smua cepat sembuh.
posted by Nona at 1:37 PM 0 comments

Monday, January 15, 2007

Dari hati naik ke wajah

Aku dan suami ambil cuti utk uruskan persekolahan anakku. Pulang dari child care, kami bertembung dgn ibu mertua. Aku diam, tidak seperti slalu, tiba2 je aku kehilangan idea utk teruskan perbualan. Mungkin juga kerna aku merasa kecewa dgn perubahan mertuaku yg mendadak. Itu yg payah bagi ku. Kalau tak suka je, mesti naik ke raut wajah. Payah nak ubah perangai yg satu ni. Aku rasa bersalah pulak tunjuk muka semacam je. Aku perhatikan yg dia pun asyik dok tgk muka aku je. Hai....gasaklah.
posted by Nona at 11:40 PM 0 comments

Thursday, January 11, 2007

Child Care

Aku call beberapa child care berdekatan dgn tempat tinggalku. Kasihan juga kalau anak ku terpaksa berada di child care fm 7am to 7pm. Tentu dia bosan. Sedih, aku menangis lagi. Tapi apa nak buat, aku rasa itu saja lah jln yg terbaik buatnya. Aku terpaksa bercermat kerana mak dah cuci tangan. Dia dah kata pada anakku supaya masak sendiri2. So maknanya aku harus buat budget sendiri utk keluarga ku. Bermakna aku harus ke pasar sendiri tanpa perlu lagi tunggu barang2 pasar darinya. Mungkin juga duit bulanan yg kami beri tidak mencukupi. Mungkin juga dia rasa tak berbaloi duit bulanan kami dgn tenaga yg dikerahnya. Hai...kalaulah aku kaya, smua wang gaji aku nak beri padanya. Apakan daya tangan tak sampai. Namun apa pun berlaku, aku harus berdiri tegak. Aku harus berusaha membangunkan kluarga sendiri tanpa minta bantuan mertua. Susah senang aku dan suami harus bekerjasama pelihara anak2. Kami bukan muda lagi, dah cukup pengalaman utk mendidik dan mengatur perjalanan kluarga kami sendiri.
posted by Nona at 11:18 PM 0 comments

Wednesday, January 10, 2007

Mak berubah

Hari ni aku cuti kerana anakku yg kedua demam. Pulang dari doktor aku sempat panggil tukang urut indo dtg rumah urut badanku yg sakit2.
T/hari ibu mertuaku dtg bawa beg pakaian yg diisi dgn baju dan langsir2 lama utk diberi pada si tukang urut itu. Sambil berbual, ibu mertuaku menyatakan hasrat ingin bekerja sepenuh masa. Bila aku tanya b'mana dgn anak2 ku, dia hanya kata "entahlah". Aku dapat membayangkan yg dia sudah tidak berminat nak menjaga anak2ku. Fikiranku terus buntu. Dari patah kata2nya, mmg jelas menggambarkan yg beliau sudah tidak mahu menjaga cucu2nya lagi.

Lama aku termenung. Anakku yg sulung pun muncul di muka pintu. Baru balik dari rumah nyainya. Katanya nyai sarankan agar kami ambil saja maid. Hai...dia ingat aku ni kaya ke? Buat masa aku tak rasa aku perlukan seorang pembantu kerana kakak kat rumah byk membantu mengendalikan kerja2 rumah. Dgn deraian air mata aku pun call hubby lalu menceritakan perihal sebenar. Dia pun hairan dgn perubahan ibunya yg mendadak. Sesuatu yg tidak kami jangkakan telah berlaku. Tapi bak kata suamiku, kita harus terima. If not now, hari itu akan dtg juga bila masa dia tidak akan mampu lagi menjaga anak2ku. Aku akur, tapi fikiran masih buntu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan jalan utk selesaikan masaalah ini.
posted by Nona at 9:56 PM 0 comments

Tuesday, January 09, 2007

Semalam, Hari ini dan Esok

Bermula hayat kita di dunia ini hanya buat 3 hari sahaja iaitu:

1. Hari yang telah berlalu (semalam) maka tidak ada lagi kesempatan bagimu untuk mendapatkannya semula.

2. Pada esok harinya pula kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menikmatinya atau tidak.

3. Oleh itu hari yang mana kamu berada di dalamnya maka manafaatkan ia dengan sebaik mungkin.
posted by Nona at 8:56 AM 0 comments

Wednesday, January 03, 2007

Golden

Hari ini temankan kakak beli barang kemas. Dah lama dia tak beli barang kemas, so dapatlah dia bergaya sakan dgn barang kemas baru. Aku pun sekaki beli sebentuk cincin . Just a simple gold combination of gold and silver tt cost $118. Sambil tu kami dapat berkeping2 kupon lucky draw. Smoga kami dimurahkan rezeki dan menang wang tunai dari Golden Chance ....
posted by Nona at 9:25 PM 0 comments

Tuesday, January 02, 2007

School Re-open

Hari ini anak2 dah mula ke sekolah. Bahagia bukan kepalang anak ku yg kedua. Smoga mereka menjadi anak2 yg baik kelakuaan di sekolah. Bukan mudah utk didik anak2 skarang. Byk perkara yg harus kita terapkan. Smoga dgn didikan yg cukup duniawi dan ukhrawi, mereka akan dapat bezakan yg baik dan yg buruk bila mereka dewasa kelak. InsyaAllah.....
posted by Nona at 8:18 AM 0 comments

Monday, January 01, 2007

2007

Smua tetamu pulang jam 10.30 mlm. Lepas mengemas, mataku blum ngantuk so aku duduk sendirian di sofa sambil nonton tv menantikan kedatangan tahun baru 2007. Rancangan awalnya, suami nak ajak kluar , tapi oleh kerana dia terlalu penat, dia masuk tido awal. Kesian pulak nak kejutkan dia.
Lalu aku termanggu sendirian di ruang tamu sambil mengimbau kenangan2 disepanjang tahun 2006. Byk pergolakan berlaku pada awal tahun, namun menjadi lebih tenang pada tahun akhir. Syukran, sekurang2nya nampak perubahan2 berlaku ke atas kluargaku. Kami lebih akrab, suami sudah menunjukkan sifat kekeluargaan yg baik.
Aku juga sempat berdoa agar Allah jauhkan aku dari sihir. Aku minta agar disingkirkan segala jin2 atau syaitan yg menggangu aku dan kluarga. Lama rasanya aku sakit disihir. Bertahun2. Jenuh menghadapi kesakitan dan gangguan yg tak henti2. Namun aku tetap redha, mungkin Allah ingin menguji umatnya. Dgn menghadapi pelbagai penyakit, aku kini lebih tetap pengangan ugama dan lebih dekat dgn Allah. Aku bertambah tenang menghadapi hari2 seterusnya.
Wahai empayer hati ....
May the new year bring much happiness into your lives. May you have all that you need and most of what you want. May you live your lives to the fullest and may you have dreams of a bright tomorrow.
posted by Nona at 12:20 AM 0 comments