Empayer Hatiku

Sunday, August 26, 2007

Happy Sunday


Hari ni anak2 gembira sakan kerana hubby dapat tiket free ke Wild Wild Wet !
posted by Nona at 8:50 PM 0 comments

Friday, August 17, 2007

Bunga Api

Hari on the way balik dari kerja, aku tidak lepaskan peluang menonton bunga api yg memancar di Marina Bay. Sempat juga aku petik gambar utk dilihat anak2ku. Kenderaan berasak2 dan jam sana sini. Akhirnya aku pulang kerumah jam 11 mlm. Walau apa pun aku tetap gembira kerana peluang begini dtg setahun sekali. Lagipun the last bunga api yg aku tengok ialah waktu aku di sekolah rendah. Bygkan lamanya.....
posted by Nona at 11:53 PM 0 comments

Monday, August 06, 2007

Sedih

Beberapa hari ni suamiku sibuk memanjang. Tak tahan, aku hantar sms kat dia & luahkan isi hati . Sedih bila sms nya seolah2 menyatakan yg aku seorang isteri yg tidak memahami kerjaya suami. Yg menyedihkan lagi bila ada ungkapan yg aku rasa biadab utk dilontarkan pada seorang isteri.
Aku malas nak bersoal jawab, sekadar memberi ucapan t/kasih atas penggunaan bahasanya yg baik. Tak perlu byk bicara, secebis kekata yg mendalam maknanya lebih baik dari berbalas kekata biadab terhadap suami. Itu menunjukkan yg aku masih menghormatinya sebagai seorang yg bergelar suami! Sesibuk mcm mana pun seseorang itu, adakah 2 minute dari kesibukkan itu akan menjejas kerjanya? Adakah sepatah 2 perkataan yg dihantar secara sms akan menganggu waktu kerjanya? Hai ... kenapalah lelaki tidak pernah ingin memahami perasaan wanita? Aku hanya ingin minta sedikit ingatan dari ruang hati seorang suami. Sepatah perkataan saja boleh membuat isteri rasa dihargai dan diingati. Adakah itu keterlaluan namanya? Fikirkanlah wahai suamiku....
posted by Nona at 4:53 PM 0 comments

Time

Time is too slow for those who wait

Too swift for those who fear

Too long for those who grief

Too short for those who rejoice

But for those who loved, time is eternity...
posted by Nona at 11:17 AM 0 comments

Sunday, August 05, 2007

Redha

Jangan terlalu banyak meminta
ataupun mengharap dari seseorang insan
kerana sesungguhnya,
dia hanyalah manusia,
bukan pemilik dunia,
bukan penguasa angkasa
tapi manusia
terhad keupayaannya.


Dia hanya dapat memberi
yang terbaik sekadar kemampuannya
bukan terbaik seperti yang kau damba
bukan terbaik seperti yang kau pinta
sesungguhnya aku bimbang kelak kau akan kecewa


...Jika engkau tidak meletak pinta
mahupun harap yang tinggi padanya
andai kau terima segalanya pada dia seadanya
sudah tentu sekadar mampu yang diberinya
bisa menjadi yang terbaik yang pernah ada
lebih baik dari sebelumnya
lebih baik dari yang terkemudian datangnya
Aku yakin, kau pasti akan bahagia

...Hakikat ciptaan, kita hanyalah manusia biasa
Biar apa pangkat, darjat mau harta
kita tetap selamanya hamba
tetap bukan pemilik dunia
tetap bukan penguasa angkasa
Sesungguhnya Dia jualah yang Esa
Maka syukurlah kita dengan apa yang ada
syukurlah kita pada apa yang tiada
Lapangkan dada, bukakan minda
kerana segala ketentuanNya buat hambaNya
adalah dalam rangkuman ilmu pengetahuan Dia
dan percayalah
ia yang terbaik buat kita

Nyahla sang duka,
silakan masuk duhai REDHA


Petikan Hadis Rasulullah SAW.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar" (Sahih Muslim)

posted by Nona at 4:44 PM 0 comments

Friday, August 03, 2007

Tempahan

Hari ni aku ambil cuti dan ke JB utk ambil tempahan smua baju kurung yg dah siap dijahit. Puashati! Smuanya glamour2 belaka. Nasib baik aku dah hantar awal2 lagi kalau tak terpaksa gigit jari kerana mereka dah tak ambil tempahan lagi.
Kmudian kami shopping di Jusco Tebrau. Wow... besar shopping ctr nya, kami pun apalagi, enjoy sakanlah. Window shopping & makan menghabiskan hampir 1/2 hari di sana. So cfm next time boleh datang lagi.....
posted by Nona at 8:40 PM 0 comments

Wednesday, August 01, 2007

Hubungan

Terkadang aku terfikir, adakah aku ni seorang isteri yg terlalu demanding? Kenapa aku harus terlalu berkira dgn suami? Mengapa harus aku sering mencari kesalahannya sedangkan aku sendiri punya kelemahan yg aku sendiri harus perbaiki.

Tadi bila aku mendengar cerita dari seorang teman sekerja ttg keadaan kluarganya, aku jadi kelu. Temanku ini hanya bertemu dgn suaminya pada hari Ahad. Suaminya kerja shift petang dan pulang jam 1-2 pagi. Bila suami pulang dari kerja, si isteri sudah lena dibuai mimpi. Bila isteri bangun pagi utk ke kerja, suami pula dibuai mimpi. Tapi apa ya aku nampak dari mata kasar, temanku ini tidak pernah nampak runsing atau bersedih hati. Malah raut wajahnya sentiasa manis dan senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
Katanya dia redha dan telah terbiasa dgn keadaan seperti itu sehingga dia tidak menganggap ianya satu isu yg perlu diremehkan sehingga menjejas hubungan mereka suami isteri. Sedangkan pada pandanganku, keadaan seperti itu tidak baik utk sebuah perhubungan suami isteri . Padaku keadaan seperti ini akan melemahkan struktur institusi sbuah kluarga. Ini berat sebelah, seolah2 anak2 dan hal ehwal dlm rumah adalah atas tanggungan si isteri saja. Kecuali isteri adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ermm...aku tabik temanku itu. Katanya, dia dah biasa dgn ketiadaan suami dirumah sehingga bila suami ada dirumah dia menjadi kekok. Adakah ini tandanya kasih syg mereka semakin jauh? Tapi apa yg aku pasti, bila mereka bersama, mereka nampak serasi bersama. Adakah kerana mereka jarang dpt bersama, ini membuatkan mereka sperti pasangan kekasih yg seperti rindu merindui antara satu sama lain? Aku jadi KELIRU....
posted by Nona at 1:20 PM 0 comments