Empayer Hatiku

Sunday, August 09, 2009

14th Wedding Anniversary

Hari ini genap 14 tahun aku bernikah dgn suami. Masa berlalu pantas. Namun aku bersyukur setiap detik masa yg ku kecapi adalah anugerah Allah. Terkadang aku tidak percaya yg aku berjaya mengharungi susah senang bersama suami selama 14 tahun lamanya.

Aku selalu mengenang kembali saat2 getir 4 tahun lalu. Setiap hari rumahku bagaikan neraka. Setiap malam ada saja perbalahan antara kami. Rumahtangga kami dilanda badai pada ulangtahun perkahwinan yg ke10. Hanya 'Allah' yg maha mengetahui bagaimana keadaan aku tatkala itu. Hatiku remuk redam bermandikan airmata . Barulah aku kenal betapa dalamnya erti sebuah perkahwinan. Ia telah membuat aku menjadi seorang wanita yg lebih cekal.
Aku terlalu sayangkan keluarga ku. Terlalu sayang pada suami & anak2 ku. Mungkin itulah yg menguatkan aku menghadapi semua masaalah dgn sebaiknya.
Apapun yg telah & akan berlaku adalah qadak & qadar dari Allah. Semoga aku kuat menghadapi setiap saat dgn cekal & penuh kesabaran. Sesungguhnya aku bersyukur atas setiap nikmat yg Allah berikan. Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya....InsyaAllah.






posted by Nona at 11:46 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home