Empayer Hatiku
Monday, February 27, 2006
Jin
Hampir setiap hari badanku ada tanda2 kecil. Selepas diurut dgn ayat2 Allah, tanda2 itu bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Dgr kata sedikit2 demi sedikit benda halus yg duduk kat badan ku kluar. Tanda2 itu adalah jin2 yg cedera yg duduk di badan ku. Jika benar, aku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana sedikit demi sedikit doa ku dimakbulkan. Yang penting aku kena kuatkan semangat walau kadangkala bila melihat tanda2 itu membuat aku rasa ngilu dan seram sejuk. Walau lambat , namun ayat2 Allah ada byk fadhilatnya. Semoga jalan penyembuhan terbuka luas buat ku dan suami.....Insya Allah.
Wednesday, February 22, 2006
Lamunanku...
Bersendiri ku di kamar ini
Fikirkan apa yang kurang
Tuesday, February 21, 2006
Y u Stay
> Kerana U terpaksa.
> Kerana U kesiankan anak2.
> Kerana U dah tak ada tempat mengadu. Mak pun dah geram sgt dgn U.
> Kerana tak de orang lain yg boleh support U except me.
> Kerana kini baru U sedari betapa sayangnya I pada U.
> Kerana kini baru U sedari betapa tingginya kesabaran I.
> Kerana kini baru U sedari I telah ketepikan Ego demi keluarga KITA!
Monday, February 20, 2006
Sukar utk dihubungi
Thursday, February 16, 2006
Berserah
Mungkin takdir.....Telah menentukan segalanya
Ku berserah....Kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini
Love
Tuesday, February 14, 2006
Warkah buat suamiku
Terbaca kata2 indah dalam kad pemberian you dulu. Tersentuh, sedih dan hiba mengenangkan semua kata2 indah itu telah luntur. Things aren’t the way it used to be. Semuanya hanya tinggal kenangan. Mahligai yang dulunya indah telah dihancurkan oleh insan yang paling I sayang.
Inside this lonely heart is a frustrated soul. Lost in the deepest form of un-imaginable act. Your betrayal was too much for me to take. Oblivious to how deep you had hurt me. You lied, betrayed and letting everything we cheerish go to a waste. Yet you did not feel any remorseful inside.
I sendiri dah tak tau apa lagi yang I harapkan dalam mahligai kita. Terkadang I terlalu marah sehingga hanya menanti masa yang tepat untuk mengasingkan diri dari you. Terkadang I merasa terlalu rindu dan sayang pada you. Sehingga I tidak sanggup melepaskan you.
Sukar untuk I melupakan apa yang telah berlaku. Sukar untuk I memaafkan you. Sukar untuk menerima hakikat yang I telah diduakan oleh you. Tidak ada wanita yang ingin berkongsi kasih dengan wanita lain walau hanya sebagai seorang teman.
I sedar I bukan seorang isteri yang baik. Yang menyedihkan bila you tidak dapat menerima kekurangan yang telah sedia ada pada I .You telah tutup semua kebaikan yang I lakukan dengan kekurangan yang I ada.
I masih seperti dulu, seperti yang pernah you lamar dulu. Tidak pernah hambar dan masih setia pada you. Sememangnya I benci dengan sikap you yang pembohong dan hipokrit. Sudah terlalu lama diri ini dibohongi. Namun hakikat yang sebenar, I masih belum dapat membenci diri you. Tapi itu tidak bermakna I tidak dapat melupakan you. Jika ditakdirkan kita tidak lagi akan bersama, I tetap akan cuba melupakan you. Terkadang emosi dan kemarahan mengatasi diri I . Tapi yang jelas perasaan sayang I yang padu terhadap you mengatasi segalanya. Cuma masa yang akan menentukan segalanya. Apa pun yang akan terjadi antara kita I pasrah dan redha . Mungkin I bukan wanita yang layak berada disamping you.
Friday, February 10, 2006
Menahan marah
Setiap kali aku bersamanya, aku rasakan diri ini bagai dipermainkan. Setiap gerak laku, perhatian dan kasih sayang yg dicurahkan padaku umpama plastic bagiku. Kadang aku rasa bersalah tidak membalas pelukkannya, menjawab pertanyaan dan senyumannya. Sebagai isteri aku berdosa, melayan suami dgn hati yg separuh2. Namun aku jaga makan minumnya setiap kali dia pulang dari kerja. Walau mataku se-ngantuk mana, aku tetap menanti kepulangannya dgn penuh setia. Cuma setelah dikecewakan, aku seperti lebih suka menyendiri dan berdiam diri. Perangaiku berubah 100 darjah dari seorang yg ceria menjadi seorang yg suka mengelamun.
Aku sendiri tak tau berapa lama aku boleh bertahan memendam rasa, memendam prasaan. Adakah suamiku dapat rasakan bagaimana tertekannya perasaan aku. Mampukah dia menghadapi semua pergolakkan ini jika ia terjadi padanya? Jika aku yg curang, mungkin sudah lama dia melepaskan talaq ke atas aku!
Thursday, February 09, 2006
Ujian dari Allah
Peringatan buat diriku, bahawasanya “ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”-Surah Al-Baqarah ayat 286
Dan apabila aku merasakan “AKU DAH TAK MAMPU BERTAHAN LAGI !!!!!” Maka aku harus ingatkan firman Allah... -
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”
Wednesday, February 08, 2006
Aku masih setia
Untuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi
Teman-teman ku membawa berita
Cerita kecuranganmu
Namun ku masih mampu
Masihku bertahan kerana
Aku masih setia
Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna aku masih menyintai
Bukan ku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkanmu
Agar cinta ini kembali bahagia
Semakin kusut kurasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu
Apakah aku yang keliru
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya diriku
Sebenarnya sebegitu
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini ku pertahankan kerana
Aku masih setia
Di sudut hatiku masih percaya
Dikau kan kembali
Seperti semula
Tuesday, February 07, 2006
Suffer
Simpati tanpa ada prasaan sayang seolah2 bagai satu paksaan utk hidup bersama. Kasih sayang tanpa simpati pula seolah2 menjadikan aku seorang isteri yg tidak perlu dikasihani dlm setiap apa keadaan sekalipun.
Rasanya sebuah pengertian adalah yg aku harapkan. Bila dia memahami dan mengerti perasaan aku, dia akan juga dapat merasa kepedihan itu. Barulah kan hadir prasaan simpati lalu dia akan memberi ku kasih sayang yg tulus ikhlas disertakan dakapan yg menghangatkan . Tapi aku juga perlu ikhlas dlm setiap apa yg aku lakukan. Mampukah aku membalas dakapannya dgn penuh ikhlas tanpa ada rasa benci?......rasanya payah !
It hurts
Betapa...
Sementara hati menangis
Betapa harus ‘ku tertawa
Sementara hatiku luka
Betapa harus aku tersenyum
Sementara hati menangis
Betapa harus aku tertawa
Sementara hatiku luka
Harus kuhadapi kenyataan hidup ini
Harus kuatasi kepahitan ini
Dan kusadari tiada seorang jua
Yang dapat meringankan beban derita diriku ini
Betapa harus aku menyanyi
Sementara hatiku sedih
Betapa harus aku menghibur
Sementara hatiku hancur
Monday, February 06, 2006
Ku Mohon
Sunday, February 05, 2006
Family Day
Ahad adalah hari utk kluarga. Aku sedaya mungkin cuba menahan hati yg remuk redam demi anak2. Mereka sentiasa menantikan kedatangan hari ahad kerana hari inilah mereka dapat kluar berjalan2. Mereka akan merasa cukup bahagia bila dapat kluar walau sekejap.
Aku masih runsing. Tak dapat menumpukan perhatian pada keadaan sekeliling. Namun aku bahagia bila melihat keletah anak2ku yg cukup ceria dan berceloteh tanpa henti. Sukar utk aku membayangkan jika terjadi kehancuran dlm rumahtangga ku ini.Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi setiap onak duri kehidupanku bersama suami...
Friday, February 03, 2006
Appreciation
Your touch
Setiap malam dia memeluk erat tubuh ku. Mengusap rambutku. Kehangatan nafasnya seperti mencerminkan betapa cinta kami masih hangat. Genggaman tangannya membuat diri ini rasa masih diperlukan. Tapi aku masih dlm keraguan. Hati masih berbelah bagi terhadapnya. Aku tak pasti sama ada dia nie ikhlas masih inginkan aku kembali. Aku tak mahu hidup dgn orang yg hipokrit. Aku tak mahu dipermainkan lagi. Aku bukan boneka yg tidak punya hati dan prasaan.
Aku sendiri terkadang tak tau apa yg aku inginkan. Dia kata aku ego. Tidak mahu memberi ruang utknya berubah. Kalau aku ego, dah lama aku tinggalkannya. Aku ketepikan keegoaan ku demi anak2. Tidakkah dia faham bagaimana sakitnya hati ini dikukai? bukan sesuatu yg mudah utk aku lupakan pengkhianatan ini! Lelaki kalau berbicara tak pernah menggunakan akal! Sucks!
Thursday, February 02, 2006
Haruskah aku..
Adakah aku seorang wanita yg bodoh jika aku terus-terusan bersabar? Atau akulah wanita solehah yg sanggup berperang dgn perasaan demi anak2? Adakah anak2 alasan yg terbaik? Ya, sudah pasti, tiada alasan lain selain dari mereka. Aku tidak mampu pisahkan mereka dgn nyai dan yayi mereka. Keakraban mereka terselah. Merekalah permata hati mertua ku. Aku tidak ada ibu dan bapa. Mertuaku sajalah tempat mereka bermanja.
Setiap kali berlaku kegagalan dlm rumahtangga, anak2lah yg jadi mangsa. Ya Allah peliharalah mereka...
Andai..
Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahan ku
Kerana yang berlalu kehendak mu
Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku
Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiran ku ini menyusahkan
Yang terhalang kejujuran ku
Dan yang terbilang kesilapan ku
Memang payah dimengertikan
Kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....
Aku Sebutir pasir
Senandung rindu mendayu Mengiring langkah yang makin tersungkur Terlalu jauh pendakian Begitu tingginya harapan Begitu tingginya pengharapan Bermusim lama mencari Tak ku temui sampai kini ...
Tak henti jiwa dipalu Dugaan demi dugaan menguji Rebah dan bangun sendirian Mencari bumbung perteduhan Mereka riang tertawa Aku hanya sebatang kara ..
Perjalanan masa mengejar hati Semakin tabah kini Di dalam kemarau dan gerimis Aku tetap gagah mengharungi ...
Tuhan.. aku bagaikan sebutir pasir Yang lemah lagi kerdil Teguhkan keimanan jiwa ku Agar tidak terpesong dari mu ...
Di dalam susah dalam senang Yang hadir cuma kepalsuan Dugaan demi dugaan Aku pasrah menadah tangan ...
Wednesday, February 01, 2006
Petunjuk dari Allah
Allah beri petunjuk. Makcik sebelah suamiku ternampak mereka berdua di tempat kerja wanita no 3 itu. Sah betul lah perempuan itu seperti diperkatakan makciknya sebelum ini. Ya Allah hancur luluh hati ini apalagi cerita ini disampaikan oleh anakku yg sulung sendiri. Malunya Ya Allah. Mana pergi perasaan malu suamiku? Patutlah dia kluar kerja awal semalam. Setiap kali dia kluar kerja awal aku dapat rasakan yg dia berjumpa wanita itu. Hati naluri seorang isteri tidak boleh dibohongi. Ya Allah kau maha berkuasa atas setiap sesuatu Ya Allah.
Suamiku hipokrit! Haruskah aku ke mahkamah? Harus kah aku ? Dia sengaja nak kasi aku mati cepat agaknya!
Ya Allah berikanlah aku jalan. Berikanlah aku petunjuk .......
Fitnah
Suamiku menuduh aku hantar sms hampir setiap hari. Katanya no talipon itu adalah no hp aku. Message menuduh beliau telah mensihirkan suamiku. Ya Allah ..... kenapa lepas satu- satu fitnah datang pada ku? Kenapa suami aku tidak percaya yg aku tidak pernah hantar message sebegitu? Kalau betul aku hantar kenapa harus aku tak mengaku? tidak ada apa harus aku sembunyikan jika ianya benar! Ya Allah bantulah diriku Ya Allah......Aku bersumpah depan Al-Quran yg aku tidak melakukan itu semua Ya Allah Ya Rabbi.....
Suamiku malah bertanya sama ada aku ada mengupah orang utk pukul wanita ketiga itu? Katanya wanita itu telah dipukul sebanyak 3 kali. Dia telah pun membuat police report. Ada orang yg suruh wanita ketiga itu menjauhkan diri dari suami orang.
Aku tidak gentar. Malah akan bersedia memberi keterangan jika dipanggil police. Aku tidak mampu mengupah orang utk memukul seseorang yg lain. Terkadang wang makan aku pun tidak mencukupi apatah lagi utk aku menyediakan wang yg bukan sedikit utk memukul orang? giler! memang sesuatu yg giler. Kalau mmg benar beliau dipukul...negara ini kecil. Dalam sekelip mata orang yg memukul itu akan ditangkap. Nonsense. Ular kepala 2! Pelakon dan pengarah terkenal rupanya dia ni....
Ya Allah berilah petunjuk dimana kebenarannya .... berilah petunjuk buat suamiku ..... Aku tidak bersalah Ya Allah....Aku diFITNAH !
Short happiness
Anak ku yg sulung adalah yg paling happy. Anak yg kedua masih belum memahami perasaan mamanya. "Kakak" sedikit sebanyak tahu akan masaalah yg kami hadapi. She is very understanding. Slalu make sure aku akan jamah sesuatu dan nasihatkan aku supaya tidak byk berfikir.
Wahai anakku, semua wanita/isteri akan merasa sedih dan pilu bila memikirkan ttg rumahtangga yg diambang kehancuran. Semua wanita akan termenung memikirkan nasib malang yg menimpa diri mereka. Tiada yg lebih menyakitkan dari berdepan dgn suami yg bermain kayu 3. Mengapa lelaki tidak pernah merasa puas dgn satu? Apakah yg mereka cari dari seorang wanita? Apa? apa?