Empayer Hatiku

Friday, February 03, 2006

Your touch

Setiap malam dia memeluk erat tubuh ku. Mengusap rambutku. Kehangatan nafasnya seperti mencerminkan betapa cinta kami masih hangat. Genggaman tangannya membuat diri ini rasa masih diperlukan. Tapi aku masih dlm keraguan. Hati masih berbelah bagi terhadapnya. Aku tak pasti sama ada dia nie ikhlas masih inginkan aku kembali. Aku tak mahu hidup dgn orang yg hipokrit. Aku tak mahu dipermainkan lagi. Aku bukan boneka yg tidak punya hati dan prasaan.

Aku sendiri terkadang tak tau apa yg aku inginkan. Dia kata aku ego. Tidak mahu memberi ruang utknya berubah. Kalau aku ego, dah lama aku tinggalkannya. Aku ketepikan keegoaan ku demi anak2. Tidakkah dia faham bagaimana sakitnya hati ini dikukai? bukan sesuatu yg mudah utk aku lupakan pengkhianatan ini! Lelaki kalau berbicara tak pernah menggunakan akal! Sucks!

posted by Nona at 8:37 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home