Empayer Hatiku

Thursday, May 04, 2006

Sampul surat

Smalam aku pulang awal . Aku mengambil peluang dari masa terluang itu utk bersihkan kamar tidurku. Aku bersihkan almari dan laci tarik kepunyaan aku dan suami. Sampai ke satu laci milik suami, aku terjumpa sebuah sampul surat berwarna kuning yg agak tebal dan besar. Hati ku sedikit berdebar, mula memikirkan rahsia dlm sampul tersebut.

Dlm sampul itu terdapat byk warkah2 lama. Rupa2nya, smua warkah2 dan kad2 ucapan kiriman aku dari awal perkenalan hingga kami telah berumahtangga telah disimpan rapi oleh suami. Yang paling membuat aku tersentuh ialah tiket wayang on our first date pun masih tersimpan rapi. Rupanya dia masih menghargai setiap pemberianku.

Fikiranku melayang pada pertemuan 13 tahun dulu. Persahabatan yg bertukar menjadi percintaan. Masih aku ingat malam sebelumnya, aku ada memberi amaran jika perjumpaan pertama itu membosankan, aku akan minta pulang secepat mungkin. Ini kerana dia seorang yg pendiam dan slalunya akulah yg memulakan setiap bicara dlm perbualan talipon. Pada pandanganku dia seorang yg membosankan. Aku takut jemu jika pertemuan nanti akan menjadi hambar.

Sangkaanku meleset, dia berusaha membuat hari pertama pertemuan kami menjadi hangat dan ceria. Ingatanku masih segar akan pertemuan pertama itu. Ya Tuhan...cepat sungguh masa berlalu. Kini kami telah pun dikurniakan 2 cahayamata. Tanpa ku sedari air mata mengalir deras. Sayupnya rasa hati. Mcm2 yg aku tempuh bersamanya . Susah, senang, bahagia, duka .... penuh dgn tawa dan tanggisan. Namun itu smua tak pernah membuat aku kesal hidup bersamanya. Susah senang bersamanya membuat aku lebih cekal . Membuat aku lebih menghargai sebuah kehidupan. Membuat aku menghargai erti sebuah perkahwinan. Membuat aku menghargai ikatan cinta seorang insan yg bergelar lelaki. Walau kehidupan ku penuh ranjau dan duri bersamanya, namun cinta ku tetap mekar dihati.

Wahai suamiku, jika suatu hari kau berkesempatan membaca blog ini, ketahuilah oleh mu, cintaku tak pernah terbahagi dua. Bagiku kau yg satu dulu, kini dan selamanya ....
posted by Nona at 4:41 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home