Empayer Hatiku

Wednesday, May 31, 2006

Ya Tuhan

Hari ini aku mula bekerja. Pagi tadi suami ajak sarapan bersama, tapi aku tolak. Tak ada selera langsung nak makan. Aku sebenarnya masih tak bermaya, namun ku gagahkan juga utk bekerja memandangkan hari ni akhir bulan. Byk kerja harus diselesaikan. Aku tidak mahu menyusahkan teman2 sekerjaku.

Aku berbohong pada mereka yg aku terjatuh pada hari Ahad. Aku menunjukkan lenganku yg calar. (tanda garisan handphone yg dirampas suamiku). Aku tak tau samaada mereka akan percaya kataku. Terserah, asalkan mereka tahu yg aku benar2 sakit. Aku merasa bahagia bila di tempat kerja biarpun kerjaku tinggi menggunung. Bila dirumah fikiranku menjadi sempit dan gelap asyik memikirkan kecurangan suami.
Kita asyik fikirkan dosa2 yg dilakukannya, namun dia tidak pernah menunjukkan tanda2 insaf. Aku tak mahu dia terus menerus menjadi insan yg kufur. Aku tak mahu dia dilakhnati Allah. Aku takut pada siksaan Allah di akhirat kelak. Aku ingin membawanya ke pangkal jalan sebelum terlambat. Aku harus ! aku mesti mengubah cara hidupnya agar dia tidak terus terpesong. Sudah menjadi tanggung jwbku sebagai isteri utk menghalangnya dari terus bergelumang dgn dosa.

Ya Tuhan, bukakanlah jalan agar dibukakan hati suamiku utk bertaubat dan beriman ke jalanmu Ya Allah. Berikanlah ruang agar suamiku masih sempat bertaubat. Kuatkanlah keimanannya Ya Allah. Jauhkanlah dia dari godaan syaitan. Sesungguhnya suamiku seorang insan yg berhati mulia Ya Allah. Terlalu luhur. Maka kau sucikanlah hatinya agar tidak terpesong dari mu....

posted by Nona at 1:50 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home