Empayer Hatiku

Sunday, May 28, 2006

Pertengkaran 1

Aku kluar rumah jam 11.30mlm sabtu. Aku duduk di tangga rumah mertuaku . Jam 12 suami ku talipon bertanya di mana aku berada. Dia seperti tidak tahu tentang no2 yg aku beri. Dasar pembohong. Akhirnya dia mengaku no itu adalah kenalan sekerjanya. Aku cuba hubungi no itu dan ternyata no itu adalah milik seorang wanita.

Di bawah kolong blok aku menangis tanpa henti. Aku minta penjelasan knapa dia masih berlaku curang terhadap aku yg cukup setia padanya. Sebagai isteri aku rasa aku telah lakukan yg terbaik. Apa yg masih kurang dimatanya aku pun tak pasti. Aku menangis sehingga sesak nafas. Aku tak pasti adakah masih ada prasaan simpati dlm lubuk hatinya terhadap aku - isteri yg dinikahinya 10 tahun dulu. Bertubi2 luka yg terpaksa aku telan bersama suami yg dulu mempunyai keperibadian dan hemah tinggi. Mengapa dia berubah sejauh ini. Hanya Tuhan yg mengetahui.

Aku pulang kerumah jam 2pagi dgn badan yg longlai, dgn nafas yg sesak. Aku merangkak utk masuk kerumah. Siksanya Tuhan saja yg tau. Jantung ku bergerak laju, dadaku turun naik dgn pantas. Sampai hati suami yg aku kasihi siksa prasaan aku sebegini rupa.

Selepas solat subuh aku hubungi wanita yg katanya kawan sekerja itu. Dia mengaku suamiku yg ingin berkenalan dgn nya. Pada awalnya dia sendiri tidak tahu yg suamiku sudah berkahwin. Dia mendapat tau status suamiku dari bekas supervisor suamiku. Manalah pergi prasaan malu suamiku. Dia yg ku kenal sebagai pemalu sudah hilang sifat malunya dek keimanan yg tipis terlalu tipis.

posted by Nona at 8:50 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home