Empayer Hatiku

Tuesday, May 30, 2006

Ungkapan

Aku baring di kerusi panjang ketika suami pulang dari kerja. Seperti biasa aku siapkan air dan sedikit makanan utk nya. Selepas membersihkan diri dan solat, beliau mengajak aku makan bersama. Aku tolak pelawaannya. Tapi dia menarik paksa. Aku beralah, tapi air mata mengalir laju.

Di sofa, dia mengosok lengan ku sambil mengelap butiran air mataku yg tak henti2. Dia mengusap rambutku dan memohon maaf. Katanya, dia tidak pernah berniat utk mengasari ku.

"I sayangkan u Ma.....I still love u very much!". Aku terpaku, sudah lama aku tidak mendengar kekata itu. Air mataku bertambah laju. Adakah dia berpura2 ? Ikhlas kah kata2 itu? Hatiku mula berkata2. Lelaki mmg pandai membawa watak. They are like 2 headed snake.
posted by Nona at 11:30 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home