Empayer Hatiku

Sunday, May 28, 2006

Pertemuan

Aku terlalu marah. Geram. Bila dia tidak mahu kembalikan SIM cd ku, aku ambil bag kerjanya dan terus ke rumah mertua. Malangnya, ibu tiada dirumah. Aku mengejutkan bapa mentuaku dan menceritakan yg sebenarnya. Sambil itu aku juga hubungi abang kandungku yg sulung dan minta beliau dtg ke rumah memberi nasihat pada suamiku. Pada mulanya abangku tidak mahu percaya cakapku. Tapi bila aku ada bukti2 kukuh barulah dia mula menunjukkan keperihatinannya.

Sejam kemudian , ibu mertua ku pulang. Kami smua sama2 kerumah ku. Abangku mula menasihatinya. Soalan demi soalan diajukan. Dia hanya diam membatu. Sambil itu aku menceritakan apa yg berlaku termasuk hubungannya dgn isteri orang. Abang ku mengucap panjang, tak sangka suamiku berperangai sedemikian. Aku ceritakan segala2nya. Tapi aku memberitahu semua bahawasanya ada byk lagi perkara2 yg suamiku lakukan yg biarkan hanya aku saja yg tahu. Aku tidak mahu mengaibkan suamiku. Aku jugak tidak mahu menambahkan lagi kesedihan ibu mertua ku. Dia tentu akan bertambah malu bila mendengar perilaku sebenar anaknya.

Di hadapan smua aku minta dilepaskan jika sudah tidak ada lagi rasa cinta antara kita. Aku minta jgn disiksa lagi hidupku. Terasa lelah asyik memerhatikan gerak geri suamiku. Fikiranku runsing dan buntu. Belum dapat aku lupakan cerita lamanya dgn betina lama, dtg lagi cerita baru. Dia sanggup terima cabaran kawannya utk cuba mendekati pompuan itu. Ego nya mengatasi segalanya. Keimanannya yg tipis tidak dapat menepis bisikan syaitan. Lalu dia terjerumus dalam dosa baru.
Abangku mengajak dia berfikir dulu sblum melakukan sesuatu. Kawan sekeliling juga memainkan peranan penting dlm hidup kita. Silap pergaulan boleh menghanyutkan kita. Suamiku sudah cukup dewasa utk dinasihati. Bak kata abangku, terserah pada diri sendiri samada nak masuk kiri kluar kanan atau semat ke sanubari.
posted by Nona at 8:04 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home