Empayer Hatiku
Wednesday, May 31, 2006
Ya Tuhan
Aku berbohong pada mereka yg aku terjatuh pada hari Ahad. Aku menunjukkan lenganku yg calar. (tanda garisan handphone yg dirampas suamiku). Aku tak tau samaada mereka akan percaya kataku. Terserah, asalkan mereka tahu yg aku benar2 sakit. Aku merasa bahagia bila di tempat kerja biarpun kerjaku tinggi menggunung. Bila dirumah fikiranku menjadi sempit dan gelap asyik memikirkan kecurangan suami.
Kita asyik fikirkan dosa2 yg dilakukannya, namun dia tidak pernah menunjukkan tanda2 insaf. Aku tak mahu dia terus menerus menjadi insan yg kufur. Aku tak mahu dia dilakhnati Allah. Aku takut pada siksaan Allah di akhirat kelak. Aku ingin membawanya ke pangkal jalan sebelum terlambat. Aku harus ! aku mesti mengubah cara hidupnya agar dia tidak terus terpesong. Sudah menjadi tanggung jwbku sebagai isteri utk menghalangnya dari terus bergelumang dgn dosa.
Ya Tuhan, bukakanlah jalan agar dibukakan hati suamiku utk bertaubat dan beriman ke jalanmu Ya Allah. Berikanlah ruang agar suamiku masih sempat bertaubat. Kuatkanlah keimanannya Ya Allah. Jauhkanlah dia dari godaan syaitan. Sesungguhnya suamiku seorang insan yg berhati mulia Ya Allah. Terlalu luhur. Maka kau sucikanlah hatinya agar tidak terpesong dari mu....
Tuesday, May 30, 2006
Ungkapan
Di sofa, dia mengosok lengan ku sambil mengelap butiran air mataku yg tak henti2. Dia mengusap rambutku dan memohon maaf. Katanya, dia tidak pernah berniat utk mengasari ku.
"I sayangkan u Ma.....I still love u very much!". Aku terpaku, sudah lama aku tidak mendengar kekata itu. Air mataku bertambah laju. Adakah dia berpura2 ? Ikhlas kah kata2 itu? Hatiku mula berkata2. Lelaki mmg pandai membawa watak. They are like 2 headed snake.
Monday, May 29, 2006
Sakit
Sunday, May 28, 2006
Pertengkaran 1
Di bawah kolong blok aku menangis tanpa henti. Aku minta penjelasan knapa dia masih berlaku curang terhadap aku yg cukup setia padanya. Sebagai isteri aku rasa aku telah lakukan yg terbaik. Apa yg masih kurang dimatanya aku pun tak pasti. Aku menangis sehingga sesak nafas. Aku tak pasti adakah masih ada prasaan simpati dlm lubuk hatinya terhadap aku - isteri yg dinikahinya 10 tahun dulu. Bertubi2 luka yg terpaksa aku telan bersama suami yg dulu mempunyai keperibadian dan hemah tinggi. Mengapa dia berubah sejauh ini. Hanya Tuhan yg mengetahui.
Aku pulang kerumah jam 2pagi dgn badan yg longlai, dgn nafas yg sesak. Aku merangkak utk masuk kerumah. Siksanya Tuhan saja yg tau. Jantung ku bergerak laju, dadaku turun naik dgn pantas. Sampai hati suami yg aku kasihi siksa prasaan aku sebegini rupa.
Selepas solat subuh aku hubungi wanita yg katanya kawan sekerja itu. Dia mengaku suamiku yg ingin berkenalan dgn nya. Pada awalnya dia sendiri tidak tahu yg suamiku sudah berkahwin. Dia mendapat tau status suamiku dari bekas supervisor suamiku. Manalah pergi prasaan malu suamiku. Dia yg ku kenal sebagai pemalu sudah hilang sifat malunya dek keimanan yg tipis terlalu tipis.
Pertengkaran 2
Hatiku hancur luluh, tak pernah ku sangka suamiku sejahat itu. Tak pernah aku sangka suamiku akan menjadi WOMANIZER. Aku berusaha menjadi ibu dan isteri yg baik. Inikah balasannya terhadap aku yg cukup setia padanya. Padanya tak salah kalau berkawan. Mungkin padanya aku wanita kolot. Tapi kalau berkawan dgn pompuan muda sambil berbual berejam2 apakah motifnya? Apakah tujuan orang yg sudah beristeri dan beranak pinak masih ingin berkenal2an dgn pompuan muda? Apakah keuntungan yg dapat diraih? Aku tak nafikan aku juga ramai teman2 lelaki online. Tapi aku berkawan dlm alam maya. Aku tak pernah berjumpa mahupun buat temu janji. Kesemua kenalanku jujur mengatakan mereka smua sudah berkahwin. Malah kami berbual byk tentang pegangan hidup, ttg hadis2 dan ayat2 dari Al-Quran. Aku beroleh byk tips2 menjadi seorang muslim yg baik. Dari teman2 online lah aku byk mempelajari ttg khasiat ayat Al-Quran. Ini bermakna, walaupun aku berkawan dgn lelaki, aku ada motif yg positif. Menjana minda utk menjadi muslimah yg baik. Bukan sekadar bersuka2 berpoya2 tanpa faedah.
Aku dah tak berdaya. Badanku longlai. Aku seperti orang kehilangan akal. Nafasku sesak seperti menanti kematian. Apa lagi yg dapat aku lakukan. Aku hanya seorang isteri. Talak ditangannya. Padanya aku tidak ada daya dan upaya. Walau sejahat mana perbuatannya, aku tidak mungkin akan melepaskannya. Baginya, aku tidak ada pilihan lain. Mungkin itu yg membuat dia semakin berani.
Aku hanya mampu menadah tangan memohon kepada Illahi agar suamiku diberi taufik dan hidayah agar kembali kepangkal jalan. Aku hanya mampu berdoa agar suamiku mati dalam iman, dijauhkan dari terus melakukan maksiat dan jgn terus bergelomang dgn dosa2.
Pa...tidak ada orang yg dapat membantu mengubah cara hidupmu. Kamu berhak atas kebajikan diri kamu sendiri.
Pertemuan
Sejam kemudian , ibu mertua ku pulang. Kami smua sama2 kerumah ku. Abangku mula menasihatinya. Soalan demi soalan diajukan. Dia hanya diam membatu. Sambil itu aku menceritakan apa yg berlaku termasuk hubungannya dgn isteri orang. Abang ku mengucap panjang, tak sangka suamiku berperangai sedemikian. Aku ceritakan segala2nya. Tapi aku memberitahu semua bahawasanya ada byk lagi perkara2 yg suamiku lakukan yg biarkan hanya aku saja yg tahu. Aku tidak mahu mengaibkan suamiku. Aku jugak tidak mahu menambahkan lagi kesedihan ibu mertua ku. Dia tentu akan bertambah malu bila mendengar perilaku sebenar anaknya.
Di hadapan smua aku minta dilepaskan jika sudah tidak ada lagi rasa cinta antara kita. Aku minta jgn disiksa lagi hidupku. Terasa lelah asyik memerhatikan gerak geri suamiku. Fikiranku runsing dan buntu. Belum dapat aku lupakan cerita lamanya dgn betina lama, dtg lagi cerita baru. Dia sanggup terima cabaran kawannya utk cuba mendekati pompuan itu. Ego nya mengatasi segalanya. Keimanannya yg tipis tidak dapat menepis bisikan syaitan. Lalu dia terjerumus dalam dosa baru.
Abangku mengajak dia berfikir dulu sblum melakukan sesuatu. Kawan sekeliling juga memainkan peranan penting dlm hidup kita. Silap pergaulan boleh menghanyutkan kita. Suamiku sudah cukup dewasa utk dinasihati. Bak kata abangku, terserah pada diri sendiri samada nak masuk kiri kluar kanan atau semat ke sanubari.
Saturday, May 27, 2006
SMS
Pulang dari rumah kakak ku, aku buka surat talipon yg ada tertera smua no2 talipon yg didail oleh hp suamiku. Pada akhir bulan april dan awal may ada no talipon yg sama seperti yg diberi oleh pengirim sms misteri itu. Ada juga no talipon yg baru bagi aku. Suamiku buat panggilan talipon yg separuh dari nya memakan masa selama 1/2 jam lamanya. Adakah pompuan jalang itu sudah tukar no talipon atau suamiku ada kenalan baru? Ya Tuhan berikan lah aku kesabaran.
Aku terduduk dikatil ku. Sedih hampa hiba smua ini ada pada ku. Knapa suamiku masih blum berubah? knapa suamiku masih ingin bermain kayu 3 sedangkan kami menghadapi masaalah keewangan? Mampukah dia menyimpan pompuan sedangkan duit makannya pun kadang tak mencukupi. Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan.
Friday, May 26, 2006
Happy B'day to Me
Hari nie hari lahir aku. Jatuh pula pada hari jumaat sama dgn hari aku dilahirkan. Tak sangka suami mengambil cuti semata2 ingin bersama2 menyambut hari ulangtahun ku. Bahagia rasanya. Walaupun aku sekadar menerima sekeping kad ucapan darinya, ia sudah cukup membuat aku terharu. Namun disebalik kata2 ucapannya, aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yg kurang . Namun aku kan tetap menghargainya. Having him back in my arm is the precious gift that I have ever had.
Sunday, May 21, 2006
Allah Maha Mengetahui
Lari2 anak
Jam 8.45 pagi kami pun ke rumah ibu mertua sambil menjamu sarapan bersama. Ibu tampak bahagia menjamu kami sekeluarga. Pandangan matanya menunjukkan betapa gembiranya beliau melihat kebahagiaan yg terpancar dari kami sekeluarga. Smoga bahagia ini akan kekal.
Monday, May 15, 2006
Pemaaf
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan. Yang datang dari akal adalah kewarasan. Bersatulah hati dan akal melawan nafsu yang bakal memusnahkan .... (knapalah aku selalu tewas?!)
Angry man
bertanyakan yg bukan2. Terkadang aku kalah melawan gangguan dlm diri. Aku rasa aku blum betul2 pulih. Masih perlukan rawatan lagi utk buang smua gangguan dlm badan. Kalau tak benda nie asyik ganggu otak fikiranku menjadi berserabut. Hari2 aku berdoa agar diluputkan gangguan yg hinggap kat diriku. Kalau tidak ia akan menggangu kehidupan harian ku. Gangguan ini akan membuat aku runsing, bercelaru dan memecah belah kan hubungan aku dgn suami. Aku harap agar suami aku boleh mengerti yg aku tidak pernah berniat nak carik gaduh. Cuma kadang aku gagal lawan bisikan syaitan yg ingin melihat anak Adam bercakaran. Ya Tuhan tolonglah hamba mu ini. Berikan aku kekuatan dalaman dan luaran, agar aku berjaya melawan bisikan syaitan. Berilah aku kehidupan yg aman dan damai bersama suami tercinta.
Sunday, May 14, 2006
Mother's Day
Alhamdullilah , kini aku sendiri dapat rasakan perasaan menjadi seorang ibu. Hari ini aku dihadiahkan oleh anak yg sulung sbuah dompet kecil dan buku nota. Bahagia rasanya, anak ku sudah mula menghargai kasih ibu. Syukur juga pada Illahi dgn kurnianya, aku mampu melahirkan 2 orang anak perempuan yg sihat. Tidak smua wanita dpt melahirkan. Hanya mereka yg mampu melahirkan zuriat saja yg akan merasai betapa bangganya dapat menjadi seorang ibu. Namun begitu, membesarkan anak2 bukan sesuatu yg mudah. Ia satu tanggungjwb yg berat. Smoga aku berjaya menjadi ibu yg baik buat kedua2 anak ku. Mama sayang kamu.
Monday, May 08, 2006
Life
Crying yourself to sleep, wishing for something you lost.
It's something called change we're forced to take.
Whats handed to us we don't pick our gifts their given to us without our consent.
Work with what we've got it's about the only choice we have.
We have to walk the path with grace, but be prepaired to stumble.
I didn't wake up to let my heart crumble to pieces.
I didn't take a step to put a rock in my own path to accept what can't be undone and smile at each day ahead .
It's the only thing to keep me going.
Look for the new and let the old go.
Those tears can't change a thing. J
ust always seems to keep me wet and cold
I could lay hear in bed and drown myself in unhappiness ,
but i didn't open my eyes today to die.
So with a new day ahead i'll remember this :
you can love someone new but don't have to let the old be forgotten...
Thursday, May 04, 2006
Sampul surat
Dlm sampul itu terdapat byk warkah2 lama. Rupa2nya, smua warkah2 dan kad2 ucapan kiriman aku dari awal perkenalan hingga kami telah berumahtangga telah disimpan rapi oleh suami. Yang paling membuat aku tersentuh ialah tiket wayang on our first date pun masih tersimpan rapi. Rupanya dia masih menghargai setiap pemberianku.
Fikiranku melayang pada pertemuan 13 tahun dulu. Persahabatan yg bertukar menjadi percintaan. Masih aku ingat malam sebelumnya, aku ada memberi amaran jika perjumpaan pertama itu membosankan, aku akan minta pulang secepat mungkin. Ini kerana dia seorang yg pendiam dan slalunya akulah yg memulakan setiap bicara dlm perbualan talipon. Pada pandanganku dia seorang yg membosankan. Aku takut jemu jika pertemuan nanti akan menjadi hambar.
Sangkaanku meleset, dia berusaha membuat hari pertama pertemuan kami menjadi hangat dan ceria. Ingatanku masih segar akan pertemuan pertama itu. Ya Tuhan...cepat sungguh masa berlalu. Kini kami telah pun dikurniakan 2 cahayamata. Tanpa ku sedari air mata mengalir deras. Sayupnya rasa hati. Mcm2 yg aku tempuh bersamanya . Susah, senang, bahagia, duka .... penuh dgn tawa dan tanggisan. Namun itu smua tak pernah membuat aku kesal hidup bersamanya. Susah senang bersamanya membuat aku lebih cekal . Membuat aku lebih menghargai sebuah kehidupan. Membuat aku menghargai erti sebuah perkahwinan. Membuat aku menghargai ikatan cinta seorang insan yg bergelar lelaki. Walau kehidupan ku penuh ranjau dan duri bersamanya, namun cinta ku tetap mekar dihati.
Wahai suamiku, jika suatu hari kau berkesempatan membaca blog ini, ketahuilah oleh mu, cintaku tak pernah terbahagi dua. Bagiku kau yg satu dulu, kini dan selamanya ....
Curiga
Smoga aku dapat buang jauh perasaan curiga ku...
Tidur lena
Wednesday, May 03, 2006
Sangsi
Suamiku jadi hairan kerana tiba2 aku tersedu. Aku hanya mengelengkan kepala bila ditanya kenapa. Dia diam tanpa bersoal panjang, mungkin juga dia tahu apa yg ada di benak fikiranku.
Hampir ke destinasi, aku mencium tangannya dan ku beri kucupan mesra di pipi nya. Betapa kasihnya aku padanya. Aku harap dia mengerti. Walaupun dia bukan seorang suami yg kaya raya apatah lagi bukan seorang yg kacak, namun dia punya daya tarikan tersendiri. Di sebalik kegagahannya, dia seorang suami yg baik budi. Cukup menghormati orang tua.
Walaupun kisah duka itu sudah hampir 8 bulan berlalu, namun kesangsianku terhadap D tetap wujud. Bagiku, suami tetap seorang lelaki. Sukar diduga dan perlu ada sikap waspada dalam diri kita sebagai seorang yg bergelar isteri.
Tuesday, May 02, 2006
Liku liku hidup
Ia mengajar aku erti kehidupan yg sejati..
Kuingin pupuskan semua duka...
Walau payah, namun aku kan cuba..
Selagi ku mampu, selagi aku terdaya...
Semoga bahagia kan menjadi milik kita...
D...Semoga cinta kita akan abadi selamanya....
~nona72 2/5/06 5.45pm
Monday, May 01, 2006
Tilam
Terfikir jugak, kalaulah 5 bulan dulu, rumahtangga kami tak de huraiannya ..... hai tak merasalah ...