Empayer Hatiku

Friday, August 11, 2006

Fikiran seorang perempuan

Perempuan, selalu berfikir...(tak habis2 mengelamun)
Adakah apa yang kita selalu pilih itu tepat?

....Aku memikirkan apakah pilihan yang aku buat selama ini sebetulnya untuk aku? macam mana pula kalau sebenarnya ia bukan untuk aku? dan bagaimana pula kalau sememangnya ia untuk aku? mahu tidak mahu, pilihan bermaksud risiko. Membuat pilihan bermaksud mengambil risiko untuk gagal, atau merebut peluang untuk menang. Aku hanya boleh katakan, yang aku perlu berani untuk membuat pilihan. dan pilihan telah pun kubuat. Akibatnya selepas itu perlu dihadapi dengan hati yang tabah, tenang dan rahmatnya, kalau pilihan itu betul perlu dihiaskan dengan rasa kesyukuran. (Kalau tersalah pilih pulak?)

Logiknya, kalau perempuan itu tidak bahagia bersama suaminya, dia cuma ada satu suami itu. mahu tidak mahu, itulah suami. Perempuan tidak menceraikan suami. dan perempuan yang meminta cerai dipanggil perempuan hina. Ada kebenarannya, dan sebagai wanita aku slalu berfikir, untungnya orang lelaki, kalau tidak sesuai dengan seorang isteri, masih boleh mencari yang lain. Lelaki boleh melepaskan isteri dan boleh juga mengumpulkan isteri.

Wahai perempuan, kalau betul mahukan kebahagiaan, buatlah pilihanmu dengan tepat. karna sekali kamu bergelar isteri, kamu akan menjadi miliknya selamanya. tidak kira suamimu sekejam mana, setidakhirau mana pun kepada kamu, kamu cuma boleh makan hati, meratap sendiri. Dan bila kamu meminta mahu dilepaskan, masyarakat kejam ini akan menuduhmu yang bukan-bukan. Pilihan di tanganmu, cuma aku berikan sedikit perspektif, agar kamu lebih banyak berfikir.Pilihan bukan perlu kamu buat karna terpaksa. berfikirlah secara rasional, dan telus. Bukan karna seorang lelaki memujukmu, atau bukan karna seorang lelaki mengejarmu. ini soal hidup kamu. Adakah kamu sekadar mahu memenuhi hasrat hatinya, atau kamu sebetulnya mahu menjadi seorang isteri yang bahagia?. Adakah kamu ingin menjadi isteri karna hanya sekadar menjaga hatinya atau kamu ingin menjadi isteri yg menyintai dan dicintai buat selamanya.....
posted by Nona at 2:08 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home