Empayer Hatiku

Sunday, August 13, 2006

Sihir

Aku berjumpa ustaz pada Isnin lepas. Ustaz cfm yg aku disihir lagi. Aku tak pasti apa yg tersirat di hati orang yg mensihirkan aku dan suami. Aku hanya dapat berdoa agar Allah beri aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan dlm melalui hidup ini. Jgn lah diruntuhkan rumahtangga yg telah ku bina selama ini. Anak2 dan suami adalah harta yg paling berharga buat diriku. Sungguh besar dugaan yg aku alami. Aku tidak pernah mengganggu hidup orang tapi knapa aku pula jadi mangsa. Aku tidak pasti sejauh mana kekuatan suami dlm menghadapi situasi sebegini. Terkadang sukar utk aku menceritakan ttg penyakit yg aku alami. Dia sukar utk mempercayai kewujudan "sihir". Sukar utk aku menjelaskan kerana aku tidak mahu dia mempunyai pemikiran yg aku suka buat cerita. Mengadakan sesuatu yg tidak ada. Payah utk aku berinteraksi dgn orang yg tidak akan memahami keadaan orang yg disihir. Namun apa yg aku alami hanya Allah yg mengetahui.
Hari ini ada satu bulatan di lengan seperti cincin dan seperti ada mata . Sakit bukan di tempat itu, tapi sakit di bwh lengan. Adakah ini bermaksud yg jin2 tu cedera dan telah kluar dari badan? Tapi tanda itu mmg ganjil. Smoga diberi kekuatan utk aku meneruskan rawatan.
posted by Nona at 1:17 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home