Empayer Hatiku

Wednesday, August 30, 2006

Mata Hati


Apabila orang menceritakan sesuatu pada kita, pernah ke kita terfikir sejenak mengapa ia berlaku? Mengapa dia melakukan begitu? Adakah dia bersalah? Apakah yang aku dengar ini benar belaka untuk aku mempercayainya?Yang mana kita akan lakukan dulu? Kalau kita guna bicara hati, macam-macam perasaan timbul, tetapi jika kita berfikir menggunakan akal, mungkin kita boleh berfikiran lebih rasional.
Jentera yang mengawal perasaan kita adalah hati. Kenapa kita kena jaga hati kita? Kalau ia disemai sifat positif, sayang-menyayang, bertanggungjawab, suka membantu, mengambil berat maka aman damailah masyarakat kita.Namun jika kita menggelapkan hati dengan perkara negatif, payahlah sikit kan? Mulalah ada yang memburuk-burukkan orang lain, yang tak ada diadakan, yang baik diburukkan, yang tidak berdosa dipersalahkan, yang naik dijatuhkan, yang nyata diselindungkan dan ada juga yang layak hidup bahagia dipenjarakan. Adakah anda sedar perasaan yang sentiasa mendorong ke sesuatu tujuan, sama ada buruk atau baik, bermula daripada ‘persoalan hati?’
Hati manusia mudah terguris dan sensitif, tapi ada jugak yang buat tak tahu, tidak pedulikan persaan dan nasib orang lain. Itu memang kes ‘tak ada hati’, tambah sikit lagi, “Tak ada hati perut!”Ini yang bahaya kerana kalau lama sangat menyimpan perasaan begini, ia boleh menimbulkan dendam, ingin membalas dengan kekerasan atau kezaliman, merancang satu peperangan dingin, kencang mulut mengatakan sesuatu yang pincang dan menganiaya sesama sendiri.
Ada juga kita dengar hari ni, permainan jijik tetapi cukup popular dalam masyarakat kita. Nak tak nak percaya, benda ni banyak berlaku, iaitu perangai orang suka ‘mandrem’ atau kena-mengena orang lain dengan cara halus! Tak kira bangsa mana sekali pun, ia pernah terjadi. Seperti kita biasa dengar, “Always expect the unexpected!”Kita mungkin tidak percaya sebab tidak pernah berlaku pada diri kita. Apa hal sekali pun, jaga diri kita. Kalau tak nak benda ni berlaku pada kita, jaga mulut tu, sebab mulut kita ada lidah yang berbisa.Selalu saya dengar orang bercerita yang perempuan selalu jadi mangsanya, lelaki pun ada juga. Sama saja.
Orang sekarang makin ‘advanced’ dan bijak.
Perempuan sentiasa dilihat sebagai kaum lemah dan mudah terdedah kepada fitnah dan banyak benda kita nak lakukan terbatas.Kita manusia biasa, nak juga bercerita pada orang sebelah.
Memang betul, tetapi apa pula tujuan kita untuk menceritakan hal orang lain? Kita ada bukti kukuh ke? Kalau tidak, ia menjadi fitnah.Maksud yang hendak disampaikan di sini, dalam keadaan macam mana sekali pun, jangan kita cepat membuat andaian. .
Oleh kerana kita perempuan, adakah ia membuat kita seorang yang tidak berpendirian dan tidak bermoral bila berkawan dengan mereka?Zaman kini sudah berubah, prinsip kita juga patut berubah untuk kebaikan. Yang kekal hanya Dia. Pandanglah sesuatu itu dengan ‘mata hati’.....
posted by Nona at 1:42 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home