Empayer Hatiku

Tuesday, August 15, 2006

Apa tu...

Smalam aku seperti ternampak ada satu benda hitam di atas siling rumah. Benda ni hadir lepas suamiku masuk ke dlm rumah. Aku cuma dapat pejamkan mata dan baca ayatul Qursi. Ya Allah pelihara aku, kluarga dan rumah kami. Smoga kami dilindungi oleh mu ya Allah.

Smalam pun entah knapa aku seperti tidak boleh bersama suami. Bila dia pegang, aku rasa ngilu. Mmg lah ada orang nak hancurkan rumahtangga ku. Mungkin juga dia ikat nafsu aku supaya tidak boleh bersama dgn suamiku. Aku harap suamiku faham yg aku tidak berniat menjauhkan diri. Aku masih muda, masih ada naluri dan keinginan sperti lain2 isteri.

Selepas solat subuh aku mencium tangan suamiku. Smoga diampunkan dosa2ku. Smoga diberkati kehidupan rumahtangga kami. Hanya Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu. Ya Allah pulihkanlah rumahtangga ku....
posted by Nona at 1:48 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home