Empayer Hatiku
Wednesday, August 30, 2006
Mata Hati
Never tot

Monday, August 28, 2006
D sentiasa di hati

dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu
yang mungkin bisa kau rindu
kerana langkah malam ku
tanpa diri mu
oh...kerana hati telah letih
aku ingin menjadi sesuatu
yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu
bahwa ku selalu memuja mu
tanpa mu sepinya
waktu merantai hati
oh...bayangmu seakan-akan
kau seperti
nyanyian dlm hatiku
yang memanggil rinduku padamu...ooo
seperti udara yg ku hela
kau selalu ada .... oooo
hanya dirimu yg bisa
membuat ku tenang
tanpa dirimu
aku merasa
hilang dan sepi
~Dari dulu hingga saat ini, hanya ada seorang saja lelaki yg menjadi pujaan hatiku. Pa...I was born to love u every single day of my life . Wat about u ?.... ~
Friday, August 25, 2006
Kasih anak2

Tuesday, August 22, 2006
Buat mu..

AKU SEORANG YANG KESEPIAN...
SEORANG YANG SERING KEDUKAAN...
MUNGKIN ITU SUDAH KUDRAT...
KERANA ITU ...
AKU SELALU MENHARAPKAN BAHAGIA MENJELANG
SETIAPKALI AKU TERJAGA DARI LENA YANG PANJANG....
KEMUDIAN AKU TERSENYUM
MENGHARAPKAN MENTARI
MENGUSIK EMBUN PAGI...
TAPI ITU HANYA SEBUAH HARAPAN
YANG AKU HARAPKAN ...
AKU SELALU KESUNYIAN...
TIADA KEBAHAGIAN YANG DATANG
WALAU AKU MEMANG IMPIKAN
Bisakah

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Monday, August 21, 2006
Bicara Luka

Kalau benar apa yang telah ku dengar permainanmu di sebalik sedarku. Sungguh bisa malah tidakku sangka. Manis kat depanku lain bicara. Selama ini tak pernah kusangsi malah kasih melebihi segala. Namun ternyata terang kini tak bersuluh lagi. Usah kau sembunyi
telah ku tahu gerak laku siapa kau sebenar. Tak ubah sandiwara memukau. Hanyalah di depan mata. Biar waktu tentukan siapa yang benar. Usah dikesal andai saat itu kau sedari ku tak lagi berada di sisimu ...
Keheningan malam membangunkan kepayahan jiwa meluahkan andai kau jujur memahami tiadaku menjauhi...
Dan kisahku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang. Lantas ku pendam ku putuskan biarlah rahsia...
Semakin aku hidup dalam cinta. Tiada kuasa mampu menghalangnya. Hentikan kata kata bertulangkan dusta..
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika...... Berada Di Tempatku ...
Saturday, August 19, 2006
Inikah tandanya..
Bila jauh aku merasa rindu pada nya. Tapi bila berhadapan aku seperti slalu ingin mencari kesilapannya. Amat jelas tanda2 sihir pemisah yg ada pada kehidupan harian ku. Smoga aku akan berjaya melepaskan diri dari jerut ikatan sihir pemisah ini. Smoga Tuhan akan beri jalan utk aku dan suami mempertahankan mahligai ini. Sesungguhnya aku amat menyayanginya....
Friday, August 18, 2006
Sengketa
Smalam kami bergaduh lagi. Katanya aku yg mulakan. Ntahlah....aku tak tahu siapa yg mulakan. Walhal perbualan pagi smalam menampakkan keceriaaan tapi tak sangkan dalam derai tawa itu rupanya kedua2 kami terasa dgn kata2 yg dilemparkan masing2. Lately kami berdua menjadi seorang yg mudah terasa. Kadang tak berniat utk aku kondem dia, tapi dia merasakan begitu dan begitu juga sebaliknya dgn diriku. Lalu bila hati masing2 mudah terasa maka timbullah sengketa. Bukan niat aku utk berentam dgn nya, tapi lately hati aku mudah terguris. Mudah terasa dan mudah syak wasangka. Aku merasakan yg dia byk berahsia dgnku. Walhal sebagai suami dan isteri sepatutnya tiada lagi rahsia. Aku selalu merasakan yg dia suka menyembunyikan sesuatu perkara dari aku. Itu yg membuat aku curiga. Tapi dia selalu menidakkan.Entahlah atau mungkin aku yg terlalu mudah mengikut kata hati. Was2 adalah mainan syaitan. Adakah ini smua angkara sihir pemisah yg sengaja ingin membuat kami berpecah belah. Slalunya bila dah gaduh akan timbul prasaan penyesalan dari dlm diri ku. Ya Allah lindungilah diriku, berikan aku kekuatan, kesabaran ....
Tuesday, August 15, 2006
Apa tu...
Smalam pun entah knapa aku seperti tidak boleh bersama suami. Bila dia pegang, aku rasa ngilu. Mmg lah ada orang nak hancurkan rumahtangga ku. Mungkin juga dia ikat nafsu aku supaya tidak boleh bersama dgn suamiku. Aku harap suamiku faham yg aku tidak berniat menjauhkan diri. Aku masih muda, masih ada naluri dan keinginan sperti lain2 isteri.

Selepas solat subuh aku mencium tangan suamiku. Smoga diampunkan dosa2ku. Smoga diberkati kehidupan rumahtangga kami. Hanya Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu. Ya Allah pulihkanlah rumahtangga ku....
Sunday, August 13, 2006
Sihir
Hari ini ada satu bulatan di lengan seperti cincin dan seperti ada mata . Sakit bukan di tempat itu, tapi sakit di bwh lengan. Adakah ini bermaksud yg jin2 tu cedera dan telah kluar dari badan? Tapi tanda itu mmg ganjil. Smoga diberi kekuatan utk aku meneruskan rawatan.
Friday, August 11, 2006
Fikiran seorang perempuan
Adakah apa yang kita selalu pilih itu tepat?
....Aku memikirkan apakah pilihan yang aku buat selama ini sebetulnya untuk aku? macam mana pula kalau sebenarnya ia bukan untuk aku? dan bagaimana pula kalau sememangnya ia untuk aku? mahu tidak mahu, pilihan bermaksud risiko. Membuat pilihan bermaksud mengambil risiko untuk gagal, atau merebut peluang untuk menang. Aku hanya boleh katakan, yang aku perlu berani untuk membuat pilihan. dan pilihan telah pun kubuat. Akibatnya selepas itu perlu dihadapi dengan hati yang tabah, tenang dan rahmatnya, kalau pilihan itu betul perlu dihiaskan dengan rasa kesyukuran. (Kalau tersalah pilih pulak?)
Logiknya, kalau perempuan itu tidak bahagia bersama suaminya, dia cuma ada satu suami itu. mahu tidak mahu, itulah suami. Perempuan tidak menceraikan suami. dan perempuan yang meminta cerai dipanggil perempuan hina. Ada kebenarannya, dan sebagai wanita aku slalu berfikir, untungnya orang lelaki, kalau tidak sesuai dengan seorang isteri, masih boleh mencari yang lain. Lelaki boleh melepaskan isteri dan boleh juga mengumpulkan isteri.
Wahai perempuan, kalau betul mahukan kebahagiaan, buatlah pilihanmu dengan tepat. karna sekali kamu bergelar isteri, kamu akan menjadi miliknya selamanya. tidak kira suamimu sekejam mana, setidakhirau mana pun kepada kamu, kamu cuma boleh makan hati, meratap sendiri. Dan bila kamu meminta mahu dilepaskan, masyarakat kejam ini akan menuduhmu yang bukan-bukan. Pilihan di tanganmu, cuma aku berikan sedikit perspektif, agar kamu lebih banyak berfikir.Pilihan bukan perlu kamu buat karna terpaksa. berfikirlah secara rasional, dan telus. Bukan karna seorang lelaki memujukmu, atau bukan karna seorang lelaki mengejarmu. ini soal hidup kamu. Adakah kamu sekadar mahu memenuhi hasrat hatinya, atau kamu sebetulnya mahu menjadi seorang isteri yang bahagia?. Adakah kamu ingin menjadi isteri karna hanya sekadar menjaga hatinya atau kamu ingin menjadi isteri yg menyintai dan dicintai buat selamanya.....
Thursday, August 10, 2006
Mula bekerja

Setelah 2 minggu bercuti, hari ni baru mula bekerja. Rasa malas tapi terpaksa kuatkan diri utk menyara hidup.....
Sunday, August 06, 2006
A new look
Bahagia bila lihat seluruh rumah dah dicat dan dikemas rapi. Penat bukan kepalang tapi kepuasan hati tidak dapat diluahkan. Yang utama skali rumah itu dibersihkan hasil titik peluh aku dan suami. Sudah lama kami tidak meluangkan masa membersihkan rumah bersama. Suatu ketika dulu, house cleaning adalah once a week affair.Bila tgk bilik dah dicat warna baru, furniture baru, dah lawa, ditambahkan lagi dgn gambar2 kenangan bersama anak2, aku menjadi sedih. Entah knapa prasaan ini hadir dgn linangan air mata. Kakak ku yg sulung yg ada bersamaku juga merasa hiba lalu menangis. Andainya aku tidak bersabar dan tidak dapat bertahan dulu, pastinya bilik utama itu akan bertambah suram. Akan tiada lagi gelak tawa dan senda gurau anak2 dan suami. Sayang kalau kita tidak sama2 perbaiki keadaan. Jerih payah 10 tahun dulu seperti tiada erti.
Suamiku juga merasakan keindahan yg amat sgt pada bilik kami. Dia juga meluahkan prasaan yg gembira melihat perubahan yg ketara pada bilik kami. Its a revamp. Completely a new look. Seperti bermulanya sebuah perjalanan yg baru bagi kami berdua. Namun sama ada perjalanan kali ini akan ada persimpangan atau tidak, hanya takdir yg akan menentukan......

