Empayer Hatiku
Friday, October 06, 2006
D' yg ku dambakan

Baru lah tahun ini aku dapat rasakan diri ini dlm perhatian seorang suami. Dua tahun aku rasa dipinggirkan. Kehadiran aku dan anak2 langsung tidak dipedulikan olehnya seolah2 kami tidak wujud .Dia dgn dunianya yg bercelaru dan dlm alam fantasinya yg tersendiri.

Setiap kali bersahur pun dia byk mendiamkan diri. Tanpa kata, tanpa suara. Habis makan, tanpa berlengah dia terus masuk bilik. Pergi kerja pagi2 buta, pulang lewat mlm. Rutin harian yg sama setiap hari sehingga seperti ada jurang pemisah antara kami. Kami tiada komunikasi langsung. Setiap mlm dia akan pulang dgn muka yg ronyok seribu. Kadang aku sendiri tak tau apa yg ada difikirannya. Aku sendiri kadang tak pasti apa yg telah aku lakukan yg membuat dia marah atau benci ketika itu.
Berbeza dgn tahun ini, selepas makan sahur, dia akan duduk bersembang dgn aku dan anakku yg sulung. Sesekali dia sempat berjenaka dan kami akan ketawa bersama2. Dah lama aku rindukan situasi sebegini. Rindukan kemesraan sebuah hubungan kekeluargaan. Rindukan hilai tawa rumah tangga. Dapatkah bahagia ini berterusan ? Hanya Allah yg menentukan.....
posted by Nona at 11:10 AM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home