Empayer Hatiku

Tuesday, October 24, 2006

Hari Raya 2006

Bila dgr takbir bergema, hati rasa sayup terkenangkan mereka yg telah tiada di dunia. Kenangan lalu bersama arwah ibu dan bapa dtg bertandang dlm lamunanku. Rasa rindu yg amat sgt pada mereka. Tak dapat lagi merasakan hangatnya pelukan mereka. Namun aku bersyukur kerana aku dan adik bradik yg lain masih utuh hubungan kekeluargaan. Kami tetap akan berkumpul bersama2 pada raya pertama, memohon ampun dan maaf sesama kita. Doaku agar kami skluarga tetap bersatu hati walau apa pun yg berlaku.

Apa pun, suami adalah orang yg pertama yg aku pohon kemaafan. Dialah orang pertama yg aku cium tangan. Rasanya byk dosaku pada nya. Ya lah bila hati sedang membara dan terluka, kadang2 kata2 yg kluar dari mulut boleh menyinggung prasaan nya. Pilu rasa hati terkenangkan bab2 sepanjang tahun ini. Hari2 yg penuh suka dan duka. Senyum dan tangis yg mengisi hari2 lalu berlalu dgn penuh makna. Berjurai2 air mata, lebih2 lagi bila suami minta maaf atas segala kesilapannya. Dia mengaku byk buat salah kat aku. Dia sampai minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku hanya ungkapkan padanya yg aku harap sgt agar rumahtangga kita kekal hingga akhir hayat. Insyaallah.

posted by Nona at 11:45 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home