Empayer Hatiku

Wednesday, October 04, 2006

D'

aku merentas lautan berapi
amat perit untuk aku lalui membawa perasaan sebak tanpa mengira masa kaki melangkah,
ke arah kegembiraan
suatu ketika kau pernah pergi dengan membawa sepasang hati
yang sepatutnya tidak perlu dikongsi oleh sesiapa
kerana hati itu sudah menjadi milikku
siang malam aku berdoa dan bermohon kau sentiasa gembira di sisiku
pada ketika bila saat-saat yang mengerunkan tiba
dan saat-saat itu hampir menyebabkan sebuah ikatan suci terputus
kerana kehadiran orang ketiga
aku sebagai seorang insan yang lemah tidak berdaya menanggung kesemua ini
batin dan zahirku menangis kerana takut akan kehilanganmu
tanpamu, hidup ini tidak akan indah seperti dulu
setiap malam sebelum aku lena beradu gambarmu ditatap dan dicium kerana aku amat menyayangimu bukan kepalang
setiap hari aku ingin membelai dan mendodoimu dengan penuh kasih sayang
aku bermohon dengan linangan air mata agar kau memberiku sebuah peluang bagi membetulkan keadaan andainya aku menjadi penyebab dirimu berpaling
aku tidak ingin melepasmu dari genggaman cintaku
aku ingin agar kau senantiasa bahagia bersamaku
dulu, kini dan selamanya .. amin
posted by Nona at 9:00 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home