Empayer Hatiku
Saturday, October 28, 2006
Raya lagi
Rasanya tahun ni suami byk ambil cuti utk berjalan raya bersama kluarga. Skurang2nya dia ketepikan sedikit masa utk habiskan masa bersama kami. Rasa berbaloi tahun ni aku buat 3 pasang baju kurung sedondon bersama suami dan anak2. Dapat gak kami peragakan pakaian kami yg cantik2. Suami pun nampak selesa berpakaian sedondon.
Bahagia. Bahagia sgt bila dapat beraya bersama kluarga. Kalaulah terjadi kegagalan dlm rumahtangga ku dulu, tentu aku rasa kesunyian dan semestinya aku tidak mampu menyambutnya sendirian tanpa insan yg bergelar suami ....
Tuesday, October 24, 2006
Hari Raya 2006
Apa pun, suami adalah orang yg pertama yg aku pohon kemaafan. Dialah orang pertama yg aku cium tangan. Rasanya byk dosaku pada nya. Ya lah bila hati sedang membara dan terluka, kadang2 kata2 yg kluar dari mulut boleh menyinggung prasaan nya. Pilu rasa hati terkenangkan bab2 sepanjang tahun ini. Hari2 yg penuh suka dan duka. Senyum dan tangis yg mengisi hari2 lalu berlalu dgn penuh makna. Berjurai2 air mata, lebih2 lagi bila suami minta maaf atas segala kesilapannya. Dia mengaku byk buat salah kat aku. Dia sampai minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku hanya ungkapkan padanya yg aku harap sgt agar rumahtangga kita kekal hingga akhir hayat. Insyaallah.
Wednesday, October 11, 2006
Biarlah berlalu
Bahagia, jgnlah kau pergi menjauhi diri ini. Aku tidak ingin duka mengundang nestapa. Wahai angin bawalah duka ku pergi jauh dariku. Hilangkanlah kenangan pahit dari onak fikiranku agar aku tidak lagi mengimbau kepedihan lalu.....
Sunday, October 08, 2006
Ahad

Hari ini aku berbuka dgn adik bradik yg lain di rumah abang. Tak sangka ramai yg ada di sana termasuk anak saudaraku. Dapat gak kami sembang2, bercerita ttg perkembangan masing2. Maklumlah smua sibuk, so bila dah jumpa tu byklah cerita2 dongeng...ekekeke. Smua ckp yg aku ni kurus. Mereka tidak ketahui yg I pay a very high price in order to be slim like this. Since
last 2 yrs I loose weight around 10 kg. So utk sesiapa yg nak kurus cepat, cariklah masaalah, tanggunglah derita, sengsara, termenung, tak payah tidur, runsingkan diri....haaaaa cepatlah kurus . Tak payah gi slim ctr. Tapi kalau tak sabar mengharungi masaalah, silap2 boleh bunuh diri. Na'uzubillah....minta dijauhkan!
Hari ni dah 2 minggu kita berpuasa. Ramadhan tahun ini memberi aku ketenangan dan damai di hati. Itulah yg aku doakan. Smoga akan membawa berkah yg berterusan dlm perjalanan hidupku hari demi hari yg mendatang.....
Saturday, October 07, 2006
I need U
I just luv the feelings being cuddle n kiss on the forehead by u darling.I need you. Please take me by the hand. Stand by me in my hour of need, take time to understand.
Take my hand and lead me from this place. Chase away my doubts and fears, wipe the tears from off my face.
I cannot stand alone. I need your hand to hold, The warmth of your gentle touch. In my world that's grown so cold.
Hold me day by day. Because with your loving hand in mine, I know we'll find the way.
Friday, October 06, 2006
D' yg ku dambakan
Hari ini aku dan suami berbuka puasa di luar. Inilah hari yg pertama aku dapat berbuka bersamanya selepas hampir 2 minggu menyambut Ramadhan. Kami kluar berdua tanpa anak2. Pergi shopping dari Orchard ke Seranggoon dan kmudian ke Geylang Serai. Walau jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami tetap teruskan destinasi ke Mac' Cafe utk basahkan tekak sambil menikmati cheese cake . Walau penat, tapi aku rasa bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama suami. Kami duduk bersembang dlm keheningan pagi.Baru lah tahun ini aku dapat rasakan diri ini dlm perhatian seorang suami. Dua tahun aku rasa dipinggirkan. Kehadiran aku dan anak2 langsung tidak dipedulikan olehnya seolah2 kami tidak wujud .Dia dgn dunianya yg bercelaru dan dlm alam fantasinya yg tersendiri.

Setiap kali bersahur pun dia byk mendiamkan diri. Tanpa kata, tanpa suara. Habis makan, tanpa berlengah dia terus masuk bilik. Pergi kerja pagi2 buta, pulang lewat mlm. Rutin harian yg sama setiap hari sehingga seperti ada jurang pemisah antara kami. Kami tiada komunikasi langsung. Setiap mlm dia akan pulang dgn muka yg ronyok seribu. Kadang aku sendiri tak tau apa yg ada difikirannya. Aku sendiri kadang tak pasti apa yg telah aku lakukan yg membuat dia marah atau benci ketika itu.
Berbeza dgn tahun ini, selepas makan sahur, dia akan duduk bersembang dgn aku dan anakku yg sulung. Sesekali dia sempat berjenaka dan kami akan ketawa bersama2. Dah lama aku rindukan situasi sebegini. Rindukan kemesraan sebuah hubungan kekeluargaan. Rindukan hilai tawa rumah tangga. Dapatkah bahagia ini berterusan ? Hanya Allah yg menentukan.....
Wednesday, October 04, 2006
D'
Sunday, October 01, 2006
Ibu
Hari ni genap 10 thn ibuku meninggalkan ku. Teringat aku akan keadaan aku yg masih dlm hari ketika ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu tidak sempat melihat cucunya. Anakku dilahirkan tidak cukup bulan. Dia terpaksa berada di hospital utk 2 minggu. Sedih hatiku meratapi pemergian ibu yg amat aku cintai. Dialah teman , dialah tempat aku mencurahkan segala suka duka, ku bila smua kakak2 ku telah mendirikan rumah tangga. Kami amat serasi, walau kadangkala ada perselisihan faham, namun kami cepat berbaik.
