Empayer Hatiku

Tuesday, September 05, 2006

Jahanam


Sejak rawatan tempohari aku jadi pendiam. Sukar nak berbual dgn suami. Prasaan berkecamuk dan gusar. Menangis setiap masa. Adakah aku harus menyalahkan suamiku? Kerana kecurangannya, membawa pada satu demi satu masaalah. Berdosakah aku berkata demikian, sedangkan setiap apa yg berlaku atas izin Allah. Aku harus percaya pada Qada' dan Qadar. Ini smua ujian buat aku. Aku pasti suamiku juga tidak pernah berniat melakukan perkara yg sememangnya salah. Aku pasti jika dia berfikiran waras, sudah tentu dia tahu membataskan dirinya pada keadaan2 yg tertentu. Aku tahu bahawasanya dia seorang suami yg baik. Dia teraniaya, seperti juga aku. Aku harus terima hakikat itu supaya aku tidak menyalahkan sesiapa.
Hanya kadangkala kata hati ini menuruti bisikan syaitan. Cuba mempengaruhi minda agar aku menjauhi suami. Bila minda dikuasai, aku akan cari pasal dan akan berlakulah pertengkaran. Inilah idaman si pengupah sihir itu. Matlamatnya satu - agar kami berpisah. Kenapa manusia skarang kejam? Knapa sudah tidak ada lagi prasaan kasih sesama ISLAM? Sampai bila dia ingin teruskan sihir ini? Apa yg dia dapat disebalik smua ini? Hanya satu kepuasan. Kepuasan membinasakan insan sesama Islam. Dia seolah2 terlupa ALLAH maha besar. Smoga Allah beri jalan utk dia kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Wahai perempuan jahanam, satu hari Allah akan beri kau balasan atas apa yg kau perlakukan. Jika tidak didunia, pastinya di akhirat kelak kau akan diberi azab, setimpal dgn kejahatan yg kau lakukan.

posted by Nona at 8:27 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home