Empayer Hatiku

Sunday, September 10, 2006

11 tahun dulu

11 tahun berlalu tanpa disedari. Inilah tarikh aku dan suami di ijabkabulkan. Hari yg menyatukan 2 jiwa menjadi 1. Tapi sejak 2 tahun lepas, jiwa yg telah di 1 kan hampir patah 2. Cinta kami hampir tercicir. Kami hampir hilang arah tuju. Namun kami sempat patrikan keretakkan itu agar ia tidak berkecai berkat bantuan yg maha Esa.

Utk menyatukan hati yg telah retak mmg payah dan memerlukan masa kesabaran dan kewibawaan yg tinggi. Ia memerlukan 2 belah pihak utk bangkit berazam memulakan perjalanan yg baru. Walau payah namun ia bukan satu yg mustahil. Demi masa yg tertinggal, demi anak2 yg kecil, demi menjaga maruah sebuah institiusi kluarga, masing2 harus ketepikan ego masing2. Yang paling pasti kami berdua tidak pernah inginkan perpisahan@perceraian. Ini yg memudahkan penyatuan semula hati kami, kerana masing2 berusaha ke arah yg sama. Walau ia makan masa utk pulih, doaku kami akan berjaya bersatu seperti dulu. Smoga bahagia kan menjadi milik kami....

posted by Nona at 8:33 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home