Empayer Hatiku

Sunday, September 03, 2006

Rawatan Islam

Hari ini aku cuba pergi buat rawatan dgn Ustaz Jumadi Mustar. Sedihnya suami tak nak ikut serta. Aku tau dia mmg tak berminat ttg rawatan yg aku jalani. Sampai hatinya membiarkan aku pergi sendiri. Mujur ada kakakku yg menemani. Prasaan aku sukar digambarkan. Lama menanti giliran utk bertemu ustaz. Mmg sedikit sebanyak ianya menduga kesabaranku. Tapi oleh kerana ingin pulih, aku kuatkan smgt.
Teruk aku dikerjakan oleh ustaz2 yg ingin kluarkan gangguan dari badanku. Ada orang yg hantar jin ini utk pisahkan aku dan suami. Dia geram dgn aku tapi mengaku hanya ingin mengambil wang suami. Mungkin inilah pertama kali orang yg ingin ditipunya menepis segala hantaran sihir dari nya. Syngnya suami tidak ada disisi melihat keadaan aku yg histeria, memekik2, hingga tidak ada suara. Aku dirawat 2 ustaz sekali gus. Dipukul dgn kayu nona dan dicubit agar gangguan itu kluar dari badan. Perutku sakit dan aku cuba memuntahkan benda2 kotor yg ada dlm perutku. Rasa bisa perutku.
Setelah selesai, badanku longlai. Aku menangis tersedu2. Ustaz kata aku trauma, mungkin mengambil masa utk tenangkan diri. Adakah ini cubaan yg Allah turunkan utk aku? Adakah ini ujian yg harus aku tempuh ? Adakah ini balasan atas dosa2ku yg lalu dgn aku sedar atau tanpa aku sedari? Ya Allah berilah aku kekuatan menempuhi hari2 yg mendatang. Lindungilah aku dan kluargaku. Hancurkanlah sihir yg bertapak padaku Ya Allah. Kau lah Maha berkuasa atas tiap2 sesuatu. Hentikanlah perbuatan terkutuk perempuan itu Ya Allah. Berikanlah petunjuk agar suamiku faham keadaanku. Berilah petunjuk agar suatu hari suamiku percaya segala sihir ini dtg dari betina jalang itu.
posted by Nona at 9:22 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home