Empayer Hatiku

Friday, December 08, 2006

Midnight blues

Smalam kami bertengkar hanya atas perkara kecil. Dia kata hari ni dia masuk awal so dia expect aku bangun awal juga kalau nak dia hantar ke tempat kerja. Aku diam lalu bertanya , apakah pekerjaan yg harus dia lakukan sehingga perlu ke tempat kerja seawal 6.15 pagi. Dia jadi marah dan dgn suara yg tinggi mengatakan yg aku mmg sengaja bertanya soalan yg bodoh. Padanya aku mmg tak percayakan setiap kata2nya. Tapi aku langsung tak berniat mcm tu, hanya sekadar bertanya.

Aku bertambah kecil hati bila dia suruh aku naik je bas kalau tak larat nak bangun pagi. Since I start work 8.45 a.m. Katanya aku ada byk masa. Ok I told him, I got his message. I will take my own transport to work. There is 1 stage bila dia tgh bermain kayu 3 dulu, aku pun slalu ditinggalkan pegi keje sendiri naik public transport. So Y not, its not a problem to me. I will not depend on him. I can do it ! Ni dah mula beri sentence mcm tu, agaknya mmg dia tak nak hantar aku ke tempat keje lagi kot. Mungkin nak hantar betina lain agaknya !

Satay diatas piringku sudah mula diisi oleh butir2 air mataku yg mengalir laju. Aku mmg sensitif, pantang dia tinggikan suara, air mataku akan kluar tanpa dipaksa2. Selera aku tertutup, aku bingkas bangun, cuci tangan lalu kluar dari dapur dan duduk termanggu di ruang tamu. Bila aku berdiri di depan tingkap, dia ajak aku tidur, tapi aku katakan yg aku belum ngantuk. Aku hanya masuk tidur 1/2 jam selepas dia masuk kamar. Smalam aku tidur membelakangkannya. Aku tau aku berdosa, tapi bila aku rasa aku tak bersalah aku malas nak pandang wajahnya.

Hari ini aku bangun lwt dan pergi ke kerja menaiki bas. I'm fine with that. I hate to have a tiff with him, kalau gaduh je mood aku terus hilang. Nak buat keje pun jadi tak karuan. I hate this feeling . I HATE IT !
posted by Nona at 8:38 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home