Empayer Hatiku

Tuesday, April 25, 2006

Tanda tanya


Rindu yang hadir bersama cinta ini tidak pernah aku mengerti ..
Ada suatu tanda tanya di hati apabila nanti kau akan selalu di sisi...
Apakah ia mampu terus begini mendampingi hingga tiada sepi ..
Apakah kau akan jemu mengasihi bermesra dan melayani diri ini...
Tanda tanya di hati ini tiada jawapan yang pasti..
Hanya mampu untuk diiringi doa berserta janji ..
bahawa ku akan terus berusaha mencari jalan membahagiakanmu..
bahawa ku akan terus bersama selagi kau meredhai hadirku..
dan tak mungkin aku melepaskanmu sekalipun kau beralih pandangan ..
malahan aku akan terus menjadi isterimu yang setia..
posted by Nona at 8:33 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home