Empayer Hatiku

Friday, November 16, 2007

Aku yg bergelar mama


Hari ini aku terpaksa bercuti, anak ku yg 2 demam smalam. Risau rasanya bila cuti dah mula susut, begitu juga dgn wang. Hai....wang...wang...wang....semua dlm hidup memerlukan wang. Rasa tersepit sgt kalau wang dlm gengaman mulai menipis. Namun apapun anak2 akan tetap menjadi keutaman buatku. Biarlah kami berlapar jgn sampai anak2 kebuluran.
Bukan mudah menjadi ibu, semua harus difikirkan. Dari soal anak2, suami, keperluan rumah, pendidikan dunia & akhirat. Harapan utk menjadi ibu yg baik setinggi gunung namun belum tentu aku dapat kecapi segalanya.
Terkadang emosiku turut terganggu memikirkan setiap sudut kehidupan yg perlu difikirkan. Aku takut jika emosi mula menguasai mindaku. Aku takut jika terjadi lagi gangguan fikiran seperti 2 tahun dulu. Aku tak mahu menjadi wanita lemah semangat. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menereskan kehidupan harianku dgn penuh semangat. Walau badai melanda kan ku gagahi jua....
posted by Nona at 8:41 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home