Empayer Hatiku
Sunday, May 27, 2007
Majlis kesyukuran
Smua anggota kluargaku hadir. Tiada yg lebih membahagiakan selain dari mempunyai kluarga yg bersatu. Syukran, kluargaku smuanya rapat kecuali seorang yg tinggal jauh di Indon. Walaupun ketiadaan ibu dan bapa, kami masih terapkan ikatan kekeluargaan yg kuat.
Selain keutuhan kluarga, aku juga ingin keutuhan kasih syg aku dan suami berpanjangan. Namun aku tidak bleh mengharapkan something perfect. Mempunyai suami yg bertimbang rasa, penyayang dan membantu dari byk hal sudah cukup buatku. Aku tidak bleh mengharapkan lebih2, takut nanti Allah akan tarik balik kebahagiaan yg sedia ada.
Kadangkala keewangan kami terasa sempit tapi aku harus tenang menghadapinya. Let's life each day to the fullest. Taking 1 step at a time. Aku berdoa agar dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg padu, diberi ketenangan dan kesabaran dlm setiap masaalah hidup. Smoga Allah panjangkan usiaku dgn dilengkapi ilmu dunia dan akhirat di dada. Sebagai manusia terkadang kita terlalu meminta2 kurniaan yg berlebih2an. Jadi sebaiknya aku tidak harus tamak. Aku harus belajar menghargai setiap kurniaan dari Allah dgn penuh syukur. Ya Allah bimbinglah aku menjadi seorang mukmin yg sejati.
Saturday, May 26, 2007
Slamat Hari Lahir
Slamat Hari Lahir buat insan bergelar aku. Hari ini hari aku dilahirkan. Tahun ini aku menyambut ulangtahun ku dgn prasaan yg penuh bahagia.
Hubby pagi2 dah ajak breakfast dan jalan2. We celebrate dgn simple je tapi cukup membahagiakan. Smoga hidup ku lebih bermakna pada hari2 yg mendatang.....
Friday, May 25, 2007
Hadiah Hari Lahir
Bila idea datang mencurah2 bolehlah aku terus luahkan dilaptop ini secepat kilat. Yahoooo. Inilah hadiah yg paling best pernah ku terima dari kakakku. Smoga aku dpt membalas jasa baiknya kemudian hari. Ya Allah panjangkanlah usia, murahkanlah rezeki, berikanlah dia kesihatan yg padu agar dia dpt melakukan ibadah terhadapmu sebaik mungkin. InsyaAllah.
Wednesday, May 16, 2007
Ibu oh ibu
Prasaan rindu datang mengamit memori silam bersama arwah ibu. Aku terlalu rindu pada kemesraan padanya dulu. Walau dah besar panjang, malah selepas menjadi isteri orang pun aku masih peluk cium dan tidur bersama ibu. Tiada kasih syg yg dapat menandingi kasih ibu. Ketika kehilangannya dulu, aku seperti org kehilangan akal. Payah utk lelapkan mata, tak selera makan, mentelah lagi ketika itu aku masih dlm pantang melahirkan anak yg pertama. Tidak dpt aku jelaskan dari kata2 betapa berdukanya aku kehilangan insan yg teramat aku sayangi yg bergelar MAK.
Monday, May 07, 2007
Suratan
Saturday, May 05, 2007
Bismillah 5
BISMILLA HIS SYAAFII
BISMILLA HIL KAAFII
BISMILLA HIL MU'AAFII
BISMILLA HILLADZI LAA YA DURRU MA'AS MIHI
SYAI UN FIL'ARDHI WALAA FISS SAMAAI WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM
Antara fungsinya ialah:
1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan
4. Penawar bisa batu meroyan
5. Boleh digunakan untuk mengubat sakit yang tidak ketahui puncanya
ERTI:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang
Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
Dengan nama Allah yang mencukupi.
Dengan Nama Allah yang memberi kesejahteraan.
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
Wednesday, May 02, 2007
Renungan sang suami
......hai aku menghela nafas panjang. Adegan yg pendek tapi cukup mendamaikan. Kalaulah setiap suami dapat merenung tajam ke dlm raut wajah isteri2 mereka yg sedang terlena, lalu memuji kecantikan yg Allah beri pada isteri2 mereka. Rasanya tidak akan ada istilah "bermain kayu 3". Rasanya setiap wanita telah diberi Allah kecantikan yg tersendiri. Suami perlulah mencari kecantikkan yg telah sedia ada pada isteri mereka itu .
Sebelum menyaksikan drama tersebut pun, aku mmg suka merenung wajah suamiku bila dia sedang terlena tidur. Setiap kali aku memandangnya, setiap kali itu lah aku akan berdoa pada Allah agar dipanjangkan usia perkahwinan kami. Aku juga sering berdoa agar Allah beri suamiku kesihatan yg baik dan diberi ketetapan iman supaya dia akan menjadi suami yg bertaqwa pada Allah. Doa itu tidak pernah putus dari bibirku, setiap saat dan setiap ketika.
Aku slalu berfikir, adakah suamiku juga akan mendoakan ku?.......