Empayer Hatiku

Wednesday, January 10, 2007

Mak berubah

Hari ni aku cuti kerana anakku yg kedua demam. Pulang dari doktor aku sempat panggil tukang urut indo dtg rumah urut badanku yg sakit2.
T/hari ibu mertuaku dtg bawa beg pakaian yg diisi dgn baju dan langsir2 lama utk diberi pada si tukang urut itu. Sambil berbual, ibu mertuaku menyatakan hasrat ingin bekerja sepenuh masa. Bila aku tanya b'mana dgn anak2 ku, dia hanya kata "entahlah". Aku dapat membayangkan yg dia sudah tidak berminat nak menjaga anak2ku. Fikiranku terus buntu. Dari patah kata2nya, mmg jelas menggambarkan yg beliau sudah tidak mahu menjaga cucu2nya lagi.

Lama aku termenung. Anakku yg sulung pun muncul di muka pintu. Baru balik dari rumah nyainya. Katanya nyai sarankan agar kami ambil saja maid. Hai...dia ingat aku ni kaya ke? Buat masa aku tak rasa aku perlukan seorang pembantu kerana kakak kat rumah byk membantu mengendalikan kerja2 rumah. Dgn deraian air mata aku pun call hubby lalu menceritakan perihal sebenar. Dia pun hairan dgn perubahan ibunya yg mendadak. Sesuatu yg tidak kami jangkakan telah berlaku. Tapi bak kata suamiku, kita harus terima. If not now, hari itu akan dtg juga bila masa dia tidak akan mampu lagi menjaga anak2ku. Aku akur, tapi fikiran masih buntu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan jalan utk selesaikan masaalah ini.
posted by Nona at 9:56 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home