Empayer Hatiku

Thursday, January 11, 2007

Child Care

Aku call beberapa child care berdekatan dgn tempat tinggalku. Kasihan juga kalau anak ku terpaksa berada di child care fm 7am to 7pm. Tentu dia bosan. Sedih, aku menangis lagi. Tapi apa nak buat, aku rasa itu saja lah jln yg terbaik buatnya. Aku terpaksa bercermat kerana mak dah cuci tangan. Dia dah kata pada anakku supaya masak sendiri2. So maknanya aku harus buat budget sendiri utk keluarga ku. Bermakna aku harus ke pasar sendiri tanpa perlu lagi tunggu barang2 pasar darinya. Mungkin juga duit bulanan yg kami beri tidak mencukupi. Mungkin juga dia rasa tak berbaloi duit bulanan kami dgn tenaga yg dikerahnya. Hai...kalaulah aku kaya, smua wang gaji aku nak beri padanya. Apakan daya tangan tak sampai. Namun apa pun berlaku, aku harus berdiri tegak. Aku harus berusaha membangunkan kluarga sendiri tanpa minta bantuan mertua. Susah senang aku dan suami harus bekerjasama pelihara anak2. Kami bukan muda lagi, dah cukup pengalaman utk mendidik dan mengatur perjalanan kluarga kami sendiri.
posted by Nona at 11:18 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home